03
Disember 2018 9:00 AM
9
KEMAMAN
3 Dis. – Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) meminta pemilik haiwan ternakan
seperti kerbau, lembu dan kambing agar memastikannya tidak dibiar berkeliaran
sehingga membahayakan pengguna jalan raya.
Yang
Dipertua MPK, Johan Ibrahim berkata, sepanjang Januari 2018 hingga sekarang,
sebanyak 26 ekor haiwan ternakan merayau ditangkap terdiri daripada 23 ekor
kambing, dua ekor lembu 2 dan seekor kerbau.
“MPK
tidak akan berkompromi dan akan mengenakan kompaun RM250 bagi setiap ekor
haiwan peliharaan yang ditangkap merayau di kawasan tumpuan awam sehingga
mengamcan nyawa pengguna jalan raya serta mencacat pemandangan.
“Tindakkan
tegas diambil bagi memastikan pemilik haiwan itu lebih bertimbang rasa serta
tidak sewenag-wenangnya membiarkan kerbau, lembu dan kambing tanpa pengawasan,”
katanya ketika dihubungi Utusan Online disini hari ini.
Johan
berkata, MPK akan meningkatkan operasi menangkap haiwan ternakan yang
berkeliaran bagi memastikan orang ramai dan nyawa pengguna jalan raya
diutamakan selain kebersihan dan keindahan persekitaran Bandar Cukai lebih
terjaga. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.