MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Khamis, April 17, 2025

Kilang kelapa sawit lepaskan efluen lebih had didenda RM15,000

 

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN

KEMAMAN: Sebuah kilang kelapa sawit didenda sebanyak RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Kemaman, di sini hari ini selepas melakukan kesalahan melepaskan efluen dengan kandungannya melebihi had-had yang ditetapkan Jabatan Alam Sekitar.

Kilang tersebut didapati gagal mematuhi syarat lesen di bawah Seksyen 18(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Terengganu.

Hakim Wan Suhaila Mohd, membuat keputusan itu selepas wakil syarikat itu membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadap syarikat itu.

Kilang itu  melanggar syarat lesen yang melebihi had-had yang ditetapkan di dalam Jadual Pematuhan Lesen, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)(Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977.

Sementara itu, Timbalan Pengarah JAS negeri, Zakaria Ahmad @ Mohd berkata, semua pemegang lesen perlu mematuhi syarat lesen bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

“JAS tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar syarat lesen yang ditetapkan bagi menjamin kelestarian alam sekitar,” katanya. – Suara Timur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.