MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, April 19, 2025

PIBG SMK Kijal sedia peruntukan RM45,000 laksana Projek SPM

 

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN

KEMAMAN: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kijal di sini menyediakan peruntukan sebanyak RM45,000 bagi menjayakan Projek Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

Pengerusi PIBG SMK Kijal, Abdul Ghafar Mohamed berkata, peruntukan tersebut meningkat berbanding RM30,000 tahun lalu.

Menurutnya, PIBG menyediakan peruntukan yang besar pada tahun ini untuk memastikan pencapaian pelajar dalam SPM di sekolah itu membanggakan.

“Bukan itu sahaja, PIBG SMK Kijal juga menawarkan peruntukan RM10,000 sebagai hadiah kepada pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu,” katanya ketika dihubungi Suara Timur hari ini.

ABDUL GHAFAR MOHAMED

Abdul Ghafar yang juga Penghulu Kanan Daerah Kemaman telah dipilih menerajui PIBG SMK Kijal buat kali ketiga pada pemilihannya hari ini.

Pemilihan tersebut berlangsug dalam Mesyuarat Agung Tahunan SMK Kijal kali ke-34 di Dewan Ibnu Sina Universiti Kolej TATI (UCTATI) Teluk Kalong di sini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Tengku Shahrir Tengku Dahlan.

Abdul Ghafar memberitahu, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) utama beliau sama seperti sebelum ini mahu memastikan pencapaian SPM di sekolah itu terus meningkat setiap tahun.

Selain itu, tambahnya, PIBG turut meneruskan sasaran berpusat menjadikan SMK Kijal sebagai medan kejututeraan separa mahir dengan tercapainya Memorandum Persefahaman (MoU) untuk transformasi Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bersama dengan Universiti Kolej TATI (UCTATI) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) pada tahun ini.

“Saya menagih keringat, daya dan apa jua upaya semua ibu bapa dan guru untuk sama-sama bekerja bersama PIBG agar meralisasikan apa yang telah kita rancang dan usahakan ini.

“Tanpa sokongan semua pihak terutama ibu bapa, guru dan kakitangan sekolah, matlamat ini sukar dicapai.

ABDUL Ghafar Mohamed menyampaikan hadiah kepada seorang pelajar pada Mesyuarat Agung Tahunan SMK Kijal kali ke-34 di Dewan Ibnu Sina Universiti Kolej TATI (UCTATI) Teluk Kalong, Kemaman, hari ini.

“Peranan yang ditunjukan oleh Pengetua SMK Kijal, Mohd Nordin Mohd Abdul Majid bagi memastikan kejayaan pelajar dan sekolah amat dipuji dan dihargai,” ujarnya. – Suara Timur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.