Kuala Lumpur . 6 Julai 2011
Kabinet tidak benarkan perhipunan haram Bersih, Sabtu ini diadakan di Stadium Merdeka, Stadium Negara & Stadium Nasional Bukit Jalil kerana kumpulan itu tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan ( ROS ) selain faktor keselamatan. Dalam masa yang sama Bersih tetap dengan keputusan yang dibuat olih pengerusinya, S Ambiga agar perhimpunan haram tersebut diadakan di Stadium Merdeka.
Berita Harian Online hari ini melaporkan Tan Sri Muhyidin Yassin membidas penganjur perhimpunan haram Bersih kerana berdegil untuk menganjurkan perhimpunan itu di Stadium Merdeka walau pun Kabinet sudah memutuskan tidak akan membenarkan ia diadakan disitu. Muhyidin berkata, mereka sepatutnya bersikap munasabah kerana kerajaan sudahpun bertolak ansur dengan membenarkan mereka mengadakan perhimpunan itu di stadium.
Nota : Gambar petikan Utusan Malaysia 7 Julai 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.