ISA patut jadi pilihan terakhir tangani perhimpunan haram
ALOR SETAR 5 Julai - Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menahan individu-individu yang terlibat dalam perhimpunan haram sepatutnya menjadi pilihan terakhir kerajaan dalam menangani masalah itu.
Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri Datuk Latt Shariman Abdullah berkata, walaupun beliau merasakan ISA dilihat relevan dalam hal itu, tetapi pencegahan awal yang lain lebih penting dalam menangani perhimpunan haram tersebut.
Katanya, kerajaan mempunyai banyak perkara yang difikirkan betul dalam menangani perhimpunan haram dan kerana itu ISA sepatutnya menjadi pilihan yang terakhir.
“Memang kita takut ada pertumpahan darah dan sebagainya. Contoh terdekat di Thailand memang semua orang kata perhimpunan aman tapi banyak lepas itu mati kena tembak dan sebagainya. Kita tidak mahu di negara kita ada masalah seperti itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Tender Projek Membina Bangunan Masjid Jamek Al-Wahdatul Islamiah, Taman Bersatu, Kuala Kedah dekat sini hari ini. - Bernama
Petikan Utusan Malaysia Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.