MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Khamis, Julai 07, 2011

Tiada permohonan permit dari penganjur Bersih. Polis

Sehingga semalam polis masih lagi belum menerima permohonan dari Gabungan pilihanraya Bersih dan Adil ( BERSIH 2.0 ) untuk mengadakan perhimpunannya pada 9 Julai 2011

Dibawah disertakan siaran media yang dipetik dari laman web PDRM.



Berita Semasa
Polis belum menerima sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan

Bukit Aman - 6 Julai 2011. Polis Diraja Malaysia menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai pembatalan perarakan atau perhimpunan jalanan yang dicadangkan pada 9 Julai ini.

Melalui Sidang Media yang diadakan di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman pada petang ini, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara berkata, pihak polis juga mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur perhimpunan kerana membatalkan rancangan untuk mengadakan perhimpunan jalanan pada 9 hb Julai ini. "Sehingga waktu ini, pihak Polis belum menerima sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan di mana-mana tempat termasuk di stadium", ucap YDH Timbalan Ketua Polis Negara.

"Saya mencadangkan mana-mana pihak yang ingin mengadakan perhimpunan supaya memohon permit dengan segera dan pihak polis akan memberi keutamaan memproses permohonan tersebut dengan segera," katanya lagi.

Sehingga kini sebanyak 3,256 laporan diterima daripada pelbagai pihak yang membantah perhimpunan itu diadakan dan seramai 235 orang telah ditangkap. Dari jumlah tersebut, 6 orang ditahan di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969, sementara yang lainnya di bebaskan dengan jamin. Daripada jumlah itu juga, seramai 29 orang juga telah dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan dan Seksyen 29(1) ISA. "Saya juga telah mengarahkan Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah untuk mengkaji sekatan-sekatan jalanraya yang di adakan di beberapa lokasi dan sekatan jalanraya akan didirikan hanya di lokasi yang tertentu sahaja". Pihak Polis juga sedang menyiasat SMS yang menyeru orang ramai untuk menyertai perarakan pada 9 Julai ini dari Masjid Jamek ke Masjid Negara dan pihak polis juga masih menyiasat penemuan beberapa senjata yang berkemungkinan ada kaitan dengan perhimpunan pada 9 Julai ini. "Pihak Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mahu meneruskan perarakan, sungguhpun amaran dan peringatan telah dibuat, PDRM akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang masih berdegil", peringatan oleh YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar. Sidang Media oleh YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara kiri...YDH Pengarah-Pengarah PDRM juga turut hadir di Sidang Media oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara Antara wakil-wakil media yang hadir... Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.