KEMAMAN
16 Nov – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said
menyifatkan parti pembangkang, khususnya PAS tidak ubah seperti saudagar janji yang
wujud setiap kali menjelang pilihan raya. Menurutnya, ada antara janji itu
langsung tidak masuk akal seperti untuk menghapuskan bayaran balik Pinjaman
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menurunkan harga minyak dan bermacam
lagi.
Menurut Ahmad, sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan dan
harga minyak diturunkan sewaktu sedangkan harga minyak dunia naik, negara akan
jatuh muflis kerana tidak dapat menampung jumlah wang keluar yang banyak sedang
hasil tidak bertambah.
Katanya, adalah malang dengan janji palsu yang ditaburkan
Pakatan Rakyat pada PRU 13 lalu, ramai rakyat yang terpedaya menyebabkan BN
kehilangan banyak kerusi DUN dan Parlimen.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis
berkhatan beramai-ramai murid-murid sekolah rendah peringkat Dewan Undangan
Negeri (DUN) Kijal, di sini hari ini.
Menurutnya, apa yang sebenarnya berlaku ialah kerajaan
Barisan Nasional (BN) tidak pernah membuat janji kosong sebaliknya telah mengeluarkan
peruntukan besar bagi membangunkan negeri itu termasuk bidang pendidikan
sebanyak RM 300 juta setahun.
Katanya lagi, beliau amat kesal dan kecewa dengan pihak
pembangkang yang layak digelar saudagar janji itu namun mash ramai yang
percaya dan terpedaya.
Pada majlis itu seramai 200 murid dari semua sekolah
rendah dalam DUN Kijal menyertai acara khatan beramai-ramai anjuran Pusat
Daerah Mengundi (PDM) Pekan Kijal.
Katanya, majlis berkhatan itu bertujuan memupuk semangat
muhibah dalam kalangan semua penduduk dan murid sekolah dalam kawasan DUN Kijal
selain dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan.
Sebelum itu, Menteri Besar telah melakukan majlis
menepung tawar, menyuap pulut kuning dan memandikan semua peserta berkhatan.
Sementara itu, dua pelajar yang ditemui melahirkan rasa
gembira kerana berpeluang menyertai program tersebut dan ianya adalah satu
kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.
Syed Bin Herman dari SK Seri Bandi 2 berkata, rasa takut
untuk berkhatan memang ada, tetapi seronok bila bersama rakan rakan sebaya.
Rakannya Mohd Imran Azihar Hashim pule merasa seronok dimandi olih bomba dan
tidak merasa takut untuk berkhatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.