KEMAMAN 16 Nov – Kerajaan Negeri Terengganu
akan menaiktaraf jalan pantai negeri kepada dua lorong bermula dari Bandar
Chukai Kemaman sehingga ke Bandar Jerteh di Besut untuk memberikan kemudahan
yang lebih selesa kepada rakyat negeri itu.
Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said,
berkata kerajaan negeri sedang menaiktaraf semua laluan pantai utama daripada
dua lorong kepada empat lorong secara berperingkat. Beliau bercakap kepada
pemberita selepas majlis perasmian penutup pertandingan memasak bubur asyura
1435 H / 2013 anjuran Pejabat Daerah Kemaman di Tapak Pasar Tani Kerteh hari
ini.
Turut hadir pada majlis ini, YB Ir Rosli
Othman Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemasik, Tuan Haji Mohamad Kamil
Othman Pegawai Daerah Kemaman, Tuan Haji Mustafa Khalid YDP Majlis Perbandaran
Kemaman, Senator Hajjah Rohani Abdullah Ketua Wanita UMNO Bahagian Kemaman, Ketua
Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kemaman serta dif dif jemputan.
Menurutnya, sebahagian kerja-kerja menaik
taraf laluan itu telah dimulakan kira-kira dua tahun lalu dan ianya dibuat
secara berperingkat bermula dari Bandar Chukai membabitkan kos RM80 juta.
Katanya, antara laluan yang telah siap
dinaiktaraf kepada empat lorong ialah Bandar Chukai hingga ke persimpangan
Bandar Baru Kijal
Menurutnya, kerajaan negeri telahpun
mengeluarkan tender bagi kerja menaiktaraf jalan dari Kampung Bukit Kuang ke
Persimpangan Kampung Anak Dara, Kijal.
Ahmad berkata, pada masa ini juga,
kerja-kerja menaiktaraf jalan kepada empat lorong juga sedang dilakukan dari
persimpangan Bandar Baru Kijal ke Persimpangan Kijal Resort World (Awana Kijal)
dan djangkan siap pertengahan tahun hadapan.
Selain itu katanya, pembinaan jalan empat
lorong dari Pusat Membeli Belah Mesra Mall di Kerteh telah siap sepenuhnya
manakala bermula awal tahun hadapan kerja menaiktaraf jalan dari Awana Kijal ke
Kemasek akan bermula.
Selain itu Ahmad berkata, kerja menaiktaraf
laluan dari Paka ke Bukit Bauk Dungun akan bermula tahun hadapan manakala
laluan empat lorong dalam Bandar Dungun telahpun siap sepenuhnya.
Ahmad berkata, semua kerja menaiktaraf dan
membina laluan empat lorong dari Kemaman ke Besut dijangka siap sepenuhnya
menjelang tahun 2018.
Pada majlis itu sebanyak 150 agensi dan
Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung (JKKK), agensi Kerajaan dan swasta bergotong royong memasak 191 kawah
bubur asyura.
Program kali keempat yang dianjurkan itu
menjadi acara tahunan kerajaan negeri yang dilaksanakan bermula tahun 2007 dan
mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Pada program itu, pihak berkuasa tempatan
Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) muncul johan keseluruhan memasak bubur asyura
dan berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM3000.00 berserta barangan dan
hamper.
Tempat kedua dimenangi JKKK Kampung Kukuran
A Kerteh dengan hadiah wang tunai bernilai RM2000.00 berserta barangan dan
hamper.
manakala tempat ketiga Persatuan Penjaja
Daerah Kemaman wang tunai bernilai RM1000.00 berserta barangan dan hamper.
Hadiah keempat hingga kelapan merupakan
barangan dan hamper
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.