MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Isnin, November 25, 2013

Majlis Perasmian Pusat Pendidikan Alam Sekitar ecoCare di Kertih

StorySITI AIRUNNISA ALAUI ( Utausan Malaysia )
Gambar : MUKHATAR BIN A. RAHMAN


KEMAMAN 20 Nov. - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mahu rasa cinta terhadap alam sekitar diterapkan di segenap lapisan masyarakat kerana tindakan itu berkait rapat dengan kesejahteraan kehidupan masa depan.

Menurut baginda, ini boleh dilakukan dengan mengadakan program kesedaran dan penglibatan meluas secara berterusan dalam memikul tanggungjawab bersama memulihara dan mengekalkan keseimbangan ekologi di negara ini.

Baginda menarik perhatian tentang ancaman terhadap hutan paya bakau yang merupakan ekosistem unik dan menjadi habitat flora serta fauna daratan mahupun kehidupan marin selain berfungsi untuk menapis air ke laut dan menjadi benteng penahan ombak.

Titah baginda, inisiatif Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) bagi menjayakan program tanggungjawab sosial korporat tertumpu kepada usaha perhutanan semula serta melibatkan paya bakau yang spesifik di sepanjang ekosistem sungai perlu dipergiatkan.

"Beta yakin usaha penanaman hutan bakau adalah satu pendekatan integrasi yang perlu diberi keutamaan oleh semua pihak. Beta juga ingin menyarankan agar pengetahuan tentang fungsi hutan paya bakau dapat dipertingkat dari masa ke semasa," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berangkat menyempurnakan majlis Perasmian Pusat Pendidikan Alam Sekitar ecoCare (EEC) di Kampung Labohan dekat sini hari ini.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah; Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan isteri, Toh Puan Sri Norliza Mahmud; Naib Presiden Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Petronas, Raiha Azni Abdullah Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Group Berhad (PCG), Datuk Dr. Abd. Hapiz Abdullah dan Presiden MNS, Prof. Dr. Maketab Mohamed.

Baginda turut berharap agar pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut memberi sumbangan dan komitmen untuk meneruskan baik pulih ekosistem paya bakau di negeri ini.

"Kerajaan beta komited dalam memastikan khazanah negeri terus kekal dan dipelihara dan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh generasi yang akan datang.

"Inisiatif penanaman semula bakau di tebing sungai ini sudah tentun dapat membantu dalam pengurusan hutan bakau secara berkekalan selain program yang dapat meningkatkan penglibatan masyarakat umum," titah baginda.








 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.