Pengerusi Kelab Media Kemaman Sedang menemubual Pengurus Pemasaran dan Promosi Nestle Products Sdn. Bhd Wilayah Timur, Noor Misbah Md. Nasirudin Kamal |
KEMAMAN 22– Lebih 2000 penduduk warga Kemaman
hadir memeriahkan Program Kibaran Tenaga Milo di Padang Awam Binjai di sini
hari ini.
Pengurus Pemasaran dan Promosi Nestle
Products Sdn. Bhd. Wilayah Pantai Timur,
Noor Misbah Md. Nasiruddin Kamal, berkata pihak syarikat terharu dan berpuas
hati dengan sambutan menggalakkan yang diberikan terhadap prgram itu.
Katanya, program tersebut juga adalah sebagai
satu usaha berterusan syarikat itu bagi memberikan sokongan padu kepada para
atlet yang bakal menyertai Sukan SEA akan datang.
Menurutnya, di samping itu ianya juga adalah
satu usaha syarikatnya menjalankan program khidmat sosial (CSR) bersama
masyarakat dan membantu mereka tentang perlunya amalan gaya hidup sihat setiap
hari untuk menjadi seorang warganegara cergas dan sihat.
Noor Misbah berkata, antara aktiviti yang
diadakan ialah pertandingan mewarna kanak-kanak, senamrobik, futsal padang,
bola tampar, sukaneka, cabaran street soccer terbuka dan sebagainya.
Sambutan yang begitu ramai diterima daripada
warga Kemaman ke program itu menjadikannya amat meriah lebih-lebih lagi dengan
kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Air Putih Haji Wan Abdul Hakim Tan Seri Wan Mokhtar yang
merasmikannya.
Pada majlis itu Wan Abdul Hakim turut
menyertai beberapa aktiviti yang diadakan bersama warga Binjai seperti futsal
padang, bola tampar dan sukaneka sekaligus dapat merapatkan tali silaturahim.
Sementara itu beberapa penduduk warga Kemaman
yang hadir ketika ditemui memuji langkah syarikat itu yang telah menjalankan
program tersebut yang dilihat amat bermanafaat kepada warga Kemaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.