MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, November 24, 2013

POLIS KEMAMAN BERSEDIA MENGHADAPI BANJIR

Kemaman 14 Nov – Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman (PDRM) telah bersiap sedia menghadapi bencana banjir tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Che Suza Che Hitam bercakap pada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Kursus (LDP) Search & Rescue Team IPD Kemaman diTaman Bandar Cukai dekat sini. 
Kursus selama empat hari itu melibatkan 2 pegawai dan 20 anggota dari IPD Kemaman.

Menurutnya lagi dengan kepakaran  pasukan Rescue Team ini, penugasan menyelamat akan lebih berkesan. Rescue Team mempunyai 5 buah bot dari tugas am dan satu buah dari polis marin. Setiap tahun PDRM menaikan taraf pasukan demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

Pasukan ini juga berkerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Pejabat Daerah Kemaman. Segala keperluan dan bantuan untuk mangsa banjir tidak perlu dirisaukan kerana ia mengcukupi dan Pejabat Daerah Kemaman telah melantik pembekal bagi urusan ini.

Che Suza menasihati orang ramai supaya sentiasa mendengar nasihat dari pihak berkuasa dari masa ke semasa mengenai banjir. Semasa banjir tahun lepas, pasukan Rescue Team berjaya membawa keluar mangsa banjir dengan selamat.

Jelasnya, Sebanyak lima siri gelombang banjir dijangka melanda negeri ini berikutan ramalan hujan lebat dan air pasang besar yang bakal berlaku pada musim tengkujuh kali ini yang dikeluarkan  Majlis Keselamatan Negeri baru baru ini.

Gelombang pertama pada 4 hingga 10 November telah pun berlalu, manakala 17 hingga 24 November ini bagi gelombang kedua dan gelombang ketiga pula dijangka pada 2 hingga 9 Disember ini dan gelombang keempat dijangkakan berlaku pada 15 hingga 21 Disember ini.



Katanya, pihaknya sentiasa membuka bilik gerakan 24 jam dan akan menambah anggota bertugas jika berlaku banjir. Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah Kemaman di talian 09-8591999.


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.