MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, November 24, 2013

LAGI KEDAI 7 ELEVEN KENA SAMUN

KEMAMAN17 Nov– Selepas kedai serbaneka 24 jam di Geliga dirompak dua hari lepas, kini kedai serbaneka 24 jam di Jalan Sulaimani Cukai pula disamun apabila dua pekerja kedai itu diacu dengan sebilah pedang samurai sepanjang dua kaki di perut oleh dua lelaki Melayu bertopi keledar putih yang mempunyai cermin penutup muka sabtu lepas.

Rompakan pada jam 6.15 pagi itu berlaku dalam tempoh hanya satu mint dengan kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 24 tahun berjaya melarikan wang tunai sebanyak RM181.70 dan sejumlah rokok yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM400.

Menurut mangsa Fatin Shahiza Sabri, 22, ketika kejadian beliau bersama saorang lagi rakan Nor Hawa Mohd Talib 21, berada di kaunter juruwang sedang mengira stok dan secara tiba tiba masuk seorang lelaki bertopi keledar menuju ke arah tempat barang sebelum beberapa saat kemudian masuk lagi seorang lelaki juga bertopi keledar dan mengalas beg yang terus berada di depan saya sambil menghunus pedang samurai,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, lelaki di hadapannya itu kemudian mengarahkan dia mengeluarkan duit dan memasukkan ke dalam beg galas yang dibawa sementara seorang lagi lelaki yang lebih awal masuk terus ke dalam kaunter dan mengambil sejumlah rokok pelbagai jenama.

Saya hanya membuka mesin juruwang dan menyuruhnya mengambil sendiri kerana telampau ketakutan. Dia juga arahkan saya keluarkan barang kemas dan telefon bimbit tapi saya suruh dia ambil sendiri,” katanya.

Katanya, suspek yang menghunus pedang samurai yang bertubuh kurus, berkulit hitam dan setinggi kira-kira 5 kaki 3 inci memakai jaket hitam dengan di bahu kanan terdapat angka sementara rakannya yang berkulit cerah pula memakai seluar pendek dan memaki baju T.

“Suspek yang berkulit cerah berbadan tegap dengan rambut mempunyai ekor di bahagian belakang,” katanya.

Akibat terlalu takut dan trauma dengan kejadian itu, Fatin Shahiza bermimpi mengenai kejadian samun itu beberapa kali ketika tidur

 “Saya sering terjaga dari tidur setiap kali bermimpi diacu pedang samurai sepanjang dua kaki seperti yang diacu suspek ke perut saya. Saya benar-benar takut dan trauma.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, kedua-dua mangsa gagal mengecam muka suspek ekoran memakai topi keledar justeru rakaman kamera litar tertutup (CCTV) akan diteliti bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata dan polis kini giat memburu kedua-dua suspek. Orang awam yang mempunyai maklumat diharap dapat tampil membantu siasatan,” katanya.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.