Penolong Kanan Penguasa Bomba Yahaya Hanafi |
Kemaman
24 Nov – Jabatan
Bomba dan Penyelamat Cukai telah bersiap sedia menghadapi bencana banjir yang
dijangka berlaku akhir bulan ini.
Ketua Balai Cukai Penolong Kanan Penguasa Bomba Yahaya Bin
Hanafi berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat kini bersiap sedia menghadapi
kemungkinan banjir lebih besar dari
tahun lepas berdasarkan amaran yang dikeluarkan olih Jabatan Metrologi baru
baru ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena tamat
latihan teknik pemanduan bot dan teknik menyelamat yang betul terutama bagi
keselamatan anggota penyelamat itu sendiri dan juga orang awam. Dalam latihan
hari ini perserta terpaksa berenang sejauh 500 meter bagi menguji ketahanan
fizikal. Latihan ini dibuat di Sungai
Kemaman dan Sungai Bukit Kuang.
Katanya lagi latihan
kali ini mengabungkan tiga buah balai bomba terdiri dari Balai Cukai seramai 23
orang anggota termasuk empat orang dari Unit Scuba, Balai Bandar Ceneh Baru
seramai enam orang anggota dan Balai Jalan Abdul Rahman empat orang anggota.
Latihan ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi menguji
stamina bagi menghadapi banjir. Skop atau bidang tugas
anggota bomba bukan saja memadamkan kebakaran semata malah menyelamatkan mangsa
kemalangan jalan raya dan bencana alam yang lain termasuk juga mangsa banjir
Mengenai
kerja menyelamat mangsa banjir, beliau berkata bomba akan bekerjasama dengan
anggota penyelamat lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan
juga Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.