KEMAMAN 16 Nov – Seorang
murid tahun lima sebuah sekolah rendah di sini dikhuatiri lemas setelah
terjatuh ke dalam Sungai Kemaman ketika memancing bersama seorang rakannya
berhampiran Loji Rawatan Air Sungai Pinang di sini lewat petang ini.
Sebelum kejadian mangsa, Mohamad
Shafei Mohamed Amin, 11, dikatakan keluar memancing di sungai berkenaan bersama
rakannya berusia 21 tahun kira-kira jam 3.30 petang tadi.
Difahamkan
mangsa bersama rakannya itu dikatakan bot fiber
terbalik dan terjatuh ke dalam sungai berarus deras berhampiran sebuah
empangan kecil lalu dihanyutkan air.
Bagaimanapun rakan mangsa berjaya
berenang ke tepi untuk menyelamatkan diri manakala mangsa dihanyutkan arus lalu
tenggelam ke tengah sungai.
Menurut bapa mangsa Mohamad Amin
Salleh, 61, (Gambar ) sebelum kejadian anaknya itu baharu sahaja selesai menghadiri satu
majlis kenduri kahwin di Kampung Binjai kira-kira 2.30 petang.
Mohamad Amin Salleh |
Menurutnya lagi, mangsa ada meminta izin untuk ke sawah padi paya paman
untuk memancing dan dia tidak menyedari anaknya itu ke sungai
berkenaan bersama seorang lagi rakannya dan hanya mengetahui kejadian itu
apabila dimaklumkan rakan anaknya itu yang berjaya berenang menyelamatkan diri
dan terus menghubungi pihak berkuasa.
Sementara itu pegawai operasi
pasukan mencari dan menyelamat Penolong Kanan Penguasa Bomba Yahya Hanafi,
berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 3.35 petang dan terus
bergegas ke tempat kejadian bersama lima belas anggota untuk menjalankan
gerakan mencari dan menyelamat.
Katanya, sepasukan skuad penyelam
turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan kerja-kerja menyelam dan
membantu operasi mencari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.