MUKHATAR A. RAHMAN
21 Mac 2018 5:26 PM
Timbalan Pengarah Operasi Maritim
Wilayah Timur, Kepten Maritim V. Pannir Selvan menunjukkan sotong jarum yang
dirampas selepas menahan sebuah bot nelayan warga Vietnam di perairan Kuala
Kemaman semalam.
KEMAMAN - Maritim
Malaysia (APMM) berjaya menahan sebuah bot nelayan asing warga Vietnam yang
dipercayai menceroboh perairan negara untuk menangkap ikan kira-kira 75 batu
nautika dari timur Kuala Kemaman semalam.
Timbalan Pengarah
Operasi Maritim Wilayah Timur, Kepten Maritim V. Pannir Selvan berkata,
nelayan-nelayan terbabit dikatakan sedang leka menangkap ikan sebelum perbuatan
mereka dikesan oleh sebuah kapal APMM yang melakukan rondaan pada pukul 2
petang.
Menurutnya, hasil
pemeriksaan mendapati bot dengan nombor pendaftaran BD 30459 TS itu gagal
mengemukakan sebarang dokumen berkaitan selain tidak mempunyai permit untuk
menangkap ikan di perairan negara.
"Pemeriksaan
lanjut turut mendapati tekong bot bersama enam awak-awak berusia lingkungan 16
hingga 55 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
"Ketika itu,
terdapat dua buah bot nelayan asing sedang menangkap ikan sebelum salah sebuah
daripadanya melarikan diri sejurus menyedari kehadiran kapal peronda KM
Pekan," katanya pada sidang akhbar di Pengkalan APMM Teluk Kalong di sini
hari ini. - K! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.