Ahmad
Shabery meneliti pelan tapak Karnival Usahawanita di Pantai Kuala Kerteh
Kemaman hari ini.-UTUSAN ONLINE
17 Mac 2018 2:18 PM
KEMAMAN
17 Mac - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menganjurkan
Karnival Usahawanita 2018 di Pantai Kuala Kerteh, di sini selama tiga hari
mulai 5 April ini.
Program
sempena Road to MAHA (pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan
Malaysia) Zon Timur 2018 itu merupakan salah satu inisiatif dalam
menyokong Tahun Memperkasa Wanita Yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Menterinya,
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pendekatan itu juga dalam masa sama
bertujuan meraikan usahawan wanita tempatan di samping menyediakan platform
kepada mereka mempromosi produk yang dihasilkan kepada pasaran yang lebih luas.
"Kita
menjangkakan lebih 500 usahawan wanita akan mengambil bahagian, dan
disasarkan menarik kehadiran kira-kira 30,000 pengunjung.
"Program
ini sepatutnya menjadi kebanggaan wanita 8terutama kaum hawa dari desa yang
saya percaya banyak telah mengangkat martabat mereka dalam memiliki keupayaan
berniaga, ekonomi dan kewangan," katanya.
Beliau
berkata kepada pemberita ketika melawat tapak karnival berkenaan di Pantai
Kuala Kerteh dekat sini, hari ini.
Yang
hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) kementerian itu, Datuk Mohd.
Salehhuddin Hassan dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kemaman, Datuk Rohani
Abdullah.
Antara
aktiviti yang disediakan dalam karnival ini adalah jualan pelbagai hasil tempatan
termasuk ikan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan, produk asas tani,
trak makanan, kosmetik, spa, kraftangan, pusat pendidikan awal kanak-kanak
serta promosi destinasi agropelancongan.
Di
samping, pengunjung turut berpeluang menyaksikan forum perdana, perkongsian
ilmu dan tips oleh usahawan berjaya, demonstrasi masakan dan kraf, pertandingan
memancing wanita, sukan pantai, catur, ping pong serta 'petting zoo.' -
UTUSAN ONLINE
http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/video-karnival-usahawanita-2018-pada-5-hingga-7-april-1.629437
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.