Jambatan Teladas tidak
boleh dilalui
Mohd Said (tiga dari
kiri) bersama Rizal meninjau keadaan di pusat pemindahan Kampung Teladas Kemaman
02 Januari 2018 4:49 PM
KEMAMAN 2 Jan. - Hujan berterusan menyebabkan
beberapa kawasan terutama di kampung Teladas Air Putih di sini dinaiki air, dan
memaksa seramai 87 penduduk daripada lapan keluarga berada di pusat pemindahan
bermula awal malam tadi.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Said
Ibrahim memberitahu, mangsa ditempatkan dI pusat pemindahan sementara di Dewan
Orang Ramai Teladas dan Surau Haji Othman Seberang Tayor Hulu.
Mohd Said mengingatkan orang ramai sentiasa
mengikut arahan pihak berkuasa dengan menitikberatkan aspek keselamatan diri
dan keluarga dalam keadaan yang sukar dijangka.
Beliau ditemui ketika meninjau pusat
pemindahan sementara di Dewan Orang Ramai Teladas hari ini bersama Ketua
Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah, Asisten Superintenden
Rizal Mohd Dan. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/terengganu/banjir-hampir-90-penduduk-teladas-berpindah-1.583455#ixzz5331nsU8g
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.