MUKHATAR A. RAHMAN
06 Januari 2018 7:21 PM
Mangsa
banjir yang terperangkap akibat banjir boleh mendapatkan rawatan awal dengan
segera sekiranya tidak sihat di pusat transit berkenaan.
KEMAMAN - Jabatan Kesihatan Terengganu mengambil inisiatif
mewujudkan pusat transit pesakit berisiko dalam kalangan mangsa banjir di
Sekolah Menengah Agama Al-Fatah, Chukai di sini.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohammad Omar berkata,
pembukaan pusat transit pesakit berisiko terbabit bertujuan untuk memudahkan mangsa
banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk mendapatkan
rawatan awal dan susulan.
"Mangsa banjir yang terperangkap akibat banjir boleh
mendapatkan rawatan awal dengan segera sekiranya tidak sihat di pusat transit
terbabit sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman di sini jika penyakit mereka
semakin serius.
"Pusat transit itu juga disasarkan kepada mangsa banjir
terdiri daripada pesakit yang baru dibenarkan keluar dari wad hospital dan
masih menerima rawatan susulan," katanya ketika ditemui di PPS
Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok di sini hari ini. - K! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.