Oleh MOHD. AZLI ADLAN dan MUKHATAR A. RAHMAN
02 Januari 2018 11:27
PM
Sebuah
lori terbalik selepas terjatuh ke dalam gaung berhampiran sebuah ladang kelapa
sawit di Kampung Mak Lagam
Mangsa
dikejarkan ke Hospital Kemaman
KEMAMAN - Seorang
pemandu lori dan isterinya menghadapi detik cemas terperangkap selama lebih
empat jam di dalam sebuah lori yang terbalik selepas terjatuh ke dalam gaung
berhampiran sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Mak Lagam di sini hari ini.
Pemandu lori, Abd.
Rahman Che Ruas, 56, cedera parah di bahagian kaki manakala isterinya, Norazah
Lahan, 54, mengalami kecederaan ringan akibat kemalangan yang berlaku pada
pukul 2.13 petang tersebut.
Ketua Zon 2 Jabatan
Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azmi Ab. Rahim berkata, sewaktu kejadian,
pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Felda
Bukit Sagu, Kuantan, Pahang.
"Sebelum
kejadian, mereka telah menghantar barangan di sebuah kedai di Chukai di sini.
"Sebaik tiba di
lokasi kejadian, lori muatan tujuh tan yang kosong dipandu Abd. Rahman
tiba-tiba hilang kawalan di sebuah selekoh tajam sebelum terjunam ke dalam
gaung yang sedalam kira-kira empat meter," katanya kepada Kosmo! di sini
hari ini.
Azmi berkata, usaha
untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa pada mulanya agak sukar kerana sebahagian
besar kepala lori itu sudah tenggelam ke dalam parit yang terletak di bawah
gaung terbabit.
Menurut beliau,
Norazah yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan hanya mengalami kecederaan
ringan dan berjaya dikeluarkan kira-kira 17 minit selepas kejadian berlaku.
"Begitupun usaha
untuk mengeluarkan pemandu lori agak sukar kerana tebing curam dan sebahagian
tubuhnya sudah termasuk ke dalam parit.
"Dia yang cedera
parah hanya berjaya dikeluarkan pada pukul 7 petang sebelum dikejarkan di Unit
Kecemasan Hospital Kemaman di sini untuk menerima rawatan," katanya.
Azmi berkata, keadaan
Abdul Rahman kini dilaporkan stabil manakala isteri mangsa yang cedera ringan
menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.
Beliau berkata, anggota
bomba juga terpaksa menggunakan kemudahan jentolak untuk menarik lori yang
terjatuh di dalam gaung terbabit pada kira-kira pukul 9 malam. - K!
ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.