14 April 2018 9:43 PM
KEMAMAN
14 April- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperkenalkan baka
baharu lembu Kedah-Kelantan (KK) Elit hasil penambahbaikkan dari baka lama oleh
Stesen Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di sini.
Menterinya, Datuk
Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, baka lembu pedaging tempatan ini yang lebih
cepat membesar, tahan terhadap cuaca persekitaran (panas dan lembab) dan
serangan penyakit.
"Baka
lembu ini juga mempunyai prolifik yang sangat tinggi dengan kadar kelahiran
melebihi 90 peratus setiap tahun dan kadar kematian yang rendah kurang dari dua
peratus," ujarnya.
Beliau
berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan baka KK Elit dan
lembah Pedaging Kemaman di Dewan Pemindahan Mangsa Banjir Pasir Gajah hari ini.
Yang
turut hadir, Pengerusi Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. merangkap Pengerusi
MARDICorp Sdn. Bhd., Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar; Ketua Pengarah Mardi, Datuk
Dr. Roff Mohd Noor; Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Quazza
Nizamuddin Hassan dan Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian (FAMA), Datuk
Ahmad Ishak.
Beliau
menyifat baka terbaharu ini yang terbaik dari tiga generasi baka lembu KK yang
telah dipilih oleh Mardi Kemaman bagi menghasilkan lembu yang lebih besar dan
cepat membesar.
"Dengan
penemuan terbaharu ini diharap dapat membantu mempertingkatkan pengeluaran
daging dalam negara.
“Dalam
masa yang sama daerah ini juga akan dibangunkan sebagai Lembah Pedaging Kemaman
memandangkan Mardi Kemaman mempunyai pusat penyelidikan dalam bidang ini,
"katanya.
Selain
itu katanya di daerah ini juga terdapat para penternak lembu yang bersifat
lebih komersial yang akan turut memberi peluang kepada tanaman rumput Napier
oleh penduduk di sini untuk dibekalkan kepada mereka.
"Tidak
semestinya pemilik ladang ternakan sendiri yang mengusahakan penanam rumput
Napier, sebaliknya sesiapa sahaja boleh menanam dan menjual bagi menambah
pendapatan, ujarnya.
Ahmad
Shabery berkata, Lembah Pedaging yang dirintis di negeri ini kan dibuka seluruh
negara kelak.
"Ladang
Rakyat Terengganu Sdn. Bhd bersetuju menjadikan Lembah Pedaging Kemaman sebagai
modul sebelum diperluaskan ke seluruh negara," ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.