14 April 2018 2:31 PM
KEMAMAN 14 April -Kementerian Pertanian & Industri
Asas Tani (MOA) memperkenalkan Pasar Perikanan di Pantai Teluk Mak Nik yang
pertama seumpamanya di negeri ini.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pasar
ini diwujudkan dengan kerjasama agensi kerajaan bagi memberi ruang pasaran
tersendiri kepada nelayan, penternak akuakultur dan pengusaha industri asas
tani memasarkan hasil keluaran mereka.
“Pasar Perikanan ini seumpama pusat pertemuan dan jualan
terus daripada pengeluar kepada pengguna.
“Jabatan Perikanan Malaysia selaku agensi penyelaras
telah membuat projek perintis pada Februari dan Mac lalu yang mendapat sambutan
menggalakkan daripada penduduk setempat dengan nilai jualan hampir RM15,000,”
katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Dataran
Perikanan di Pantai Teluk Mak Nik di sini hari ini.
Yang hadir sama, Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Munir
Mohd Nawi dan Pengarah Perikanan negeri Zawawi Ali.
Sementara itu, Pengarah Perikanan negeri, Zawawi Ali
berkata, Dataran Perikanan ini boleh menjadi medan kepada penduduk setempat
menggunakan kemudahan yang dengan memasarkan produk hasil perikanan mereka di
sini.
Tambah beliau lagi, selain dari aktiviti pemasaran hasil
perikanan, terdapat juga aktiviti berjadual seperti demonstrasi peralatan
menangkap ikan dan membaiki enjin, demonstrasi pemprosesan seperti membuat
nuget ikan di samping promosi produk perikanan seperti ikan bakar garam (snow
fish), sate ikan aya, produk rumpai laut (seaweed) serta ikan bakar berempah,”
jelas beliau lagi. - UTUSAN ONLIN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pasar-perikanan-pertama-terengganu-1.649051#ixzz5CeMxhMCM
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.