BOT
nelayan Vietnam yang ditahan, dilabuhkan di jeti APMM Kemaman pagi ini. -
UTUSAN ONLINE
14 April 2018 12:14 PM
KEMAMAN
14 April – Sebuah bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara untuk
mengaut hasil laut ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
di perairan daerah ini petang semalam.
Bot
berkenaan dikesan oleh sebuah kapal ronda APMM kira – kira 60 batu nautika dari
dari daerah ini ketika sedang melaksanakan Operasi Perkasa Timur di perairan
pantai timur.
Pengarah
Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Datuk Zulkarnain Mohd Omar
berkata, tekong gagal mengemukakan dokumen berkaitan bot dan kesemua enam
awak–awak tiada pengenalan diri yang sah.
Bot
bersama mereka yang berumur antara 23 tahun sehingga 61 tahun itu tiba di jeti
APMM Kemaman kira – kira pukul 10 pagi tadi.
“Mereka
akan disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana
menceroboh perairan Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambah
beliau, bot berserta peralatan menangkap ikan dan hasil laut dianggarkan
bernilai RM500,00 disita untuk proses siasatan. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.