Ahmad
Razif (tengah) bersama sebahagian anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamtan
Kampung Daerah Kemaman dalam Program Bersama Menteri Besar hari ini
09 April 2018 7:51 PM
KUALA TERENGGANU 9 April - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mahu ahli UMNO menumpukan kepada
gerak kerja memenangkan parti dan bukan soal siapa yang akan dipilih sebagai
calon dan bakal menerajui negeri ini.
Katanya, sesiapa sahaja yang dipilih, perlu diterima, dan jangan
meletakkan kepentingan sendiri sehingga menjejaskan parti dalam usaha meraih
lebih banyak kerusi bagi memperkukuhkan kerajaan yang bakal dibentuk, dan terus
merencanakan masa depan untuk negeri dan rakyat.
“Siapa sahaja yang bertanding atas tiket BN, kita kena sokong.
Kepada bekas wakil rakyat, sekiranya tidak terpilih, jangan sabotaj parti
sebaliknya sentiasa memberi sokongan kepada calon yang dipilih oleh pucuk
pimpinan parti.
“Jangan kianat parti jika nama kita tidak dicalonkan... kita kena
ingat masa kita bertanding dulu kita disokong oleh ahli parti,” katanya yang
juga Pengerusi BN negeri dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar yang
dihadiri kira-kira 2,000 orang di sini hari ini.
Beliau mengajak semua agar berusaha untuk membawa kebaikan kepada
parti dan kepentingan negeri.
“Jika saya sendiri tidak diperlukan bertanding... saya tidak akan
bertanding. Kita juga jangan fikir siapa menteri besar selepas ini... yang
penting kemenangan BN dan kita dapat mengekalkan kuasa.-UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pru-14-jangan-tumpu-soal-calon-dan-bakal-mb-1.645416#ixzz5CB67y3Yp
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.