MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Khamis, Oktober 16, 2025

BUDI95: KPDN Terengganu tolak dakwaan berlaku manipulasi meter pam

 

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN

KEMAMAN: Kementerian Perdagangan Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu menolak dakwaan berlaku manipulasi meter pam sehingga menyebabkan isian petrol kurang yang tular di media sosial sejak pelaksanaan Budi Madani 95 (BUDI95) melibatkan petrol RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter.

Pengarah Kementerian Perdagangan Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu, Mohd. Mufsi Lat berkata, pemeriksaan dilakukan bersama Metrology Corporation Malaysia Sdn. Bhd. berikutan terdapat empat aduan diterima di seluruh negeri ini setakat ini mengesahkan bacaan meter pam terbabit berada dalam had selisih dibenarkan.

Menurutnya, anggota penguat kuasa KPDN bersama Metrology Corporation Malaysia telah menjalankan pemeriksaan serta penentusahan meter pam minyak di stesen yang menerima aduan.

MOHD. Mufsi Lat (kiri) menunjukan perbezaan isian petrol diantara harga BUDI95 dan harga tanpa BUDI95 di sebuah stesyen minyak di
Jakar, hari ini. – SUARA TIMUR/MUKHATAR A. RAHMAN

Katanya, pemeriksaan itu dilakukan menggunakan alat penentusahan khas bagi memastikan ketepatan bacaan serta pematuhah piawaian ditetapkan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada bukti kukuh menunjukkan berlakunya sebarang manipulasi oleh pengendali stesen minyak,” katanya ketika ditemui selepas melakukan pemeriksaan di sebuah stesen minyak di Jakar, di sini, hari ini.

PERBEZAAN isian petrol di antara harga BUDI95 dan harga tanpa BUDI95

Dalam perkembangan sama, Mohd. Mufsi berkata, KPDN telah menjalankan 164 pemeriksaan di stesen minyak seluruh Terengganu sejak pelaksanaan BUDI95 pada 30 September lalu.

Beliau berkata, setakat ini, tiada sebarang pelanggaran peraturan berkaitan pelaksanaan BUDI95 dikesan di negeri ini.

“Kita juga tidak menerima sebarang kes warga asing menyalahguna petrol RON95 dengan harga subsidi RM1.99 seliter yang dikhaskan untuk rakyat tempatan,” katanya. – Suara Timur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.