MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Khamis, Oktober 16, 2025

PIBG sekolah di daerah Kemaman rangkul pelbagai anugerah

 

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN

KEMAMAN: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kemaman melahirkan rasa bangga di atas pencapaian Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah di daerah ini yang merangkul pelbagai anugerah daripada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Isnin lalu.

Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Tengku Shahrir Tengku Dahlan berkata, kejayaan ini bukan untuk PIBG sekolah tertentu sahaja, malah ia perlu dikongsi dengan sekolah lain sebagai inpirasi mereka untuk sama-sama mencapai kecemerlangan di masa hadapan.

Menurutnya, pada majlis Anugerah Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) di Dewan Besar, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai, Marang, Terengganu itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail Kemaman menerima Anugerah Pengurusan PIBG Cemerlang kategori Sekolah Rendah Negeri Terengganu 2025.

TENGKU  Shahrir Tengku Dahlan (tengah) bergambar bersama pengurusan PIBG sekolah daerah Kemaman yang menerima pelbagai anugerah, Isnin lalu. – SUARA TIMUR/MUKHATAR A. RAHMAN

Sementara itu, katanya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Binjai, Kemaman menerima Anugerah Pengurusan PIBG cemerlang sekolah menengah Negeri Terengganu 2025 dan Pengerusi PIBG SMK Air Putih, Kemaman. Tuan Nazam Tuan Sidek pula menerima Anugerah Yang Dipertua PIBG Berjasa Negeria Terengganu 2025.

Jelasnya, program ini bertujuan meningkatkan profesionalisme PIBG serta memberi pengiktirafan kepada pengurusan PIBG yang cemerlang di peringkat negeri.

“Ia juga menjadi platform penting untuk perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan dan pelaksanaan program PIBG di sekolah,” katanya ketika ditemui Suara Timur selepas mengadakan majlis ringkas meraikan kemenangan sekolah terbabit di Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman di sin,i hari ini.

SUKRI Kamarudin (kanan) menerima sijil penghargaan daripada Pegawai Pendidikan Daerah, Tengku Shahrir Tengku Dahlan (tengah) dan Mohd Nasir Mat Omar (kiri). – SUARA TIMUR/MUKHATAR A. RAHMAN

Dalam pada itu, Yang DiPertua (YDP) PIBG SK Sultan Ismail Kemaman, Datuk Sukri Kamarudin berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada JPNT atas kepercayaan  SK Sultan Ismail menerima Anugerah Pengurusan PIBG Cemerlang kategori Sekolah Rendah Negeri Terengganu 2025.

“Terima kasih juga kepada Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman dan pegawai serta kakitangannya dan seluruh warga SK Sultan Ismail. Tanpa usaha dan sokongan semua pihak, kejayaan ini tidak akan tercapai,” katanya.

SHARIFAH Rohaya Syed Yahya (kanan) menerima sijil penghargaan daripada Pegawai Pendidikan Daerah, Tengku Shahrir Tengku Dahlan (tengah). – SUARA TIMUR/MUKHATAR A. RAHMAN

Pengetua SMK Binjai Kemaman, Sharifah Rohaya Syed Yahya berkata, anugerah PIBG Cemerlang Sekolah Menengah Negeri Terengganu 2025 yang diterima itu merupakan kali pertama diterima SMK Binjai.

“Anugerah ini merupakan satu penghargaan kepada warga pendidik dan kami boleh merealisasikan slogan JPNT iaitu ‘Memacu Prakarsa Pendidikan’.

“Apa yang dilakukan oleh team PIBG SK Binjai menepati kehendak JPNT dan PPD Kemaman dan PIBG telah banyak membantu perancangan yang dilakukan sekolah dan semuanya berjaya dilaksanakan,” ujarnya.

TUAN Nazam Tuan Sidek (kanan) menerima sijil penghargaan daripada Pegawai Pendidikan Daerah, Tengku Shahrir Tengku Dahlan. – SUARA TIMUR/MUKHATAR A. RAHMAN

Yang Dipertua PIBG, SMK Ayer Puteh, Tuan Nazam Tuan Sidek pula berkata, Anugerah Yang Dipertua PIBG Berjasa Negeria Terengganu 2025 yang diterima itu adalah  terbesar sejak menyandang jawatan tersebut lebih 20 tahun lalu.

“Sebelum memegang jawatan YDP PIBG, saya terlebih dahulu memagangan jawatan sebagai Naib YDP SK Air Putih. Dua tahun kemudian saya memegang jawatan sebagai YDP SK Air Putih dan SMK Air Putih serentak.

“Anugerah ini menjadikan saya lebih bersemangat menabur bakti kepada anak bangsa dan terima kasih Ketua Pegawai Pendidikan Daerah kerana telah mencalonkan saya bagi kategori ini,” tambahnya. – Suara Timur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.