HANAFIAH menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim
dalam program iftar anjuran EPIC di Kemaman semalam.-UTUSAN ONLINE
29 Mei
2018 1:06 PM
KEMAMAN 29 Mei - Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC)
Berhad menganjurkan Majlis Iftar Ramadan Kakitangan EPIC Bersama Anak Yatim dan
Miskin di Pengkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (KSB) di sini petang semalam.
Majlis itu berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran
hampir 1, 400 orang tetamu yang diraikan termasuk seramai 520 orang pelajar
daripada 13 buah sekolah di sekitar daerah ini.
Pengerusi Kumpulan, Datuk Tengku Mahamad Tengku Mahamut berkata,
majlis tersebut diharapkan dapat memberi lebih penghayatan kepada kakitangan
serta jemputan tentang betapa pentingnya nilai kasih sayang dalam kehidupan
berkeluarga dan bermasyarakat
“Melalui program ini EPIC turut menyampaikan sumbangan zakat
bernilai RM52,000 kepada 520 orang pelajar yang diraikan,” katanya ketika
berucap dalam majlis tersebut.
Penyerahan zakat disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa
Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah
Mat.
Selain wang tunai RM100 seorang mereka juga turut dibekalkan
dengan cenderamata dan kuih raya sumbangan anak syarikat kerajaan negeri itu.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC,
Noor Fadzil Mohamed Nor; Ketua Pegawai Operasi EPIC, Wan Shukri Mohammad dan
Pengurus Besar Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat EPIC, Abdul Adzim
Abdul Hamid.
Sementara menunggu waktu berbuka puasa, majlis diisi dengan
ceramah agama, bacaan yasin, tahlil dan selawat di samping persembahan nasyid,
qasidah dan alunan zikrullah oleh kumpulan Seedrain.- UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.