SEBAHAGIAN
daripada penerima sumbangan Masjid Jamek Cukai Kemaman dalam majlis yang
berlangsung semalam. - UTUSAN ONLINE
Mukhatar A.
Rahman
01 Jun
2018 3:21 PM
KEMAMAN 1 Jun- Masjid Jamek Cukai di sini meneruskan tradisi
tahunan yang dimulakan 12 tahun lalu dengan meraikan lebih 100 anak yatim dan
ibu mereka dalam Majlis Berbuka Puasa Perdana semalam.
Dalam majlis itu mereka menerima sumbangan wang tunai agar dapat
menyambut Aidilfitri dalam suasana lebih menceriakan.
Pengerusi masjid, Hamid Johary berkata, pemberian sumbangan kali
ini dibuat secara beramai-ramai di masjid dan tidak lagi dari rumah ke rumah.
“Kami memberi sumbangan sebegini termasuk semasa menjelang
pembukaan seai sekolah menggunakan tabung masjid yang sebahagiannya juga untuk
menambah baik masjid dan urusan pentadbiran,” katanya.
Selepas penyampaian sumbangan, disusuli tazkirah oleh imam
masjid, Abdul Hadi Salleh sebelum jamuan berbuka puasa dan solat maghrib.
Sementara itu Melati Awang Noh, 41, berkata, ini kali pertama
menerima dia dan anak-anak sumbangan dari Masjid Jamek Cukai sejak kematian suami
awal tahun lepas.
Beliau yang tinggal di kediaman Flat Dusun Nyior dan bekerja
sebagai kerani mengucapkan terima kasih diatas keprihatinan jawatankuasa
maajid.
“Sumbangan ini dapatlah membeli pakaian buat dua anak saya, Nur
Izah-Izzati Maliki, 12, dan Nur Aisyah Izzatul Maliki, 7,” ujarnya.
Bagi Zaimah Omar, 54, pula, ini merupakan sumbangan raya kali
keempat yang diterima.
“Makcik ada 11 anak hasil dua perkahwinan. Dua orang anak hasil
perkahwinan pertama tinggal bersama nenek mereka. Sembilan lagi tinggal bersama
makcik.
“Lima masih bersekolah dan Alhamdulillah hari ini empat anak
makcik menerima sumbangan dari pihak masjid,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.