MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, Mei 01, 2010

Wan Hakim melawat Kampong Lot Seri Jaya

Assalamualaikum.
Jumaat 30 April 2010 YB Adun Kawasan Air Putih Tuan Haji Wan Abdul Hakim telah mengadakan satu lawatan mengejut ke Kampong Lot Seri Jaya Binjai Kemaman Terengganu.
Tujuan lawatan adalah bagi melihat dan mendengar sendiri masalah orang kampong terutama warga emas.
Kunjungan Adun Air Putih dan kakitangan pusat khidmat masyarakat DUN Air Putih disambut olih Pengerusi JKKK yang juga Ketua UMNO Cawangan Kg Lot Seri Jaya dan ahli jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pemuda dan juga Puteri yang kebetulan sedang membersih persekitaran kawasan surau Kg Lot Seri Jaya.
Dalam lawatan tersebut Wan Abdul Hakim sempat menziarahi lapan buah rumah warga emas dan memberi sedikit sumbangan sebagai cenderahati.
Antara rumah yang dilawati, Bekas Iman Surau Kg Lot Seri Jaya Tuan Haji Saleh Mohd, Puan Fatimah Sulong, En Mohd Hassan, En Ton Lahat Ton Mamat, Puan Aishah Saman, En Ramli Mohd, En Jaffar Karim dan Puan Fatimah Dollah.

Dengan kunjungan tersebut sedikit sebanyak dapat mempeeratkan lagi hubungan rakyat dan pemimpin.
Diharap pemimpin lain dapat mencontohi kepimpinan Wan Abdul Hakim dimasa akan datang.