MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, Februari 13, 2010

Program Sehati Sejiwa Menteri Besar Bersama Rakyat.

Salam 2 All

Program Sehati Sejiwa Menteri Besar Bersama Rakyat anjuran APMT dan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Air Putih bertempat di Padang Awam Binjai Kemaman Terengganu semalam mendapat sambutan yang menggalakan.

Menteri Besar Datuk Ahmad Bin Said disambut dengan iringan perarakan motorsikal sejauh satu kilometer ke Padang Awam Binjai. Menteri Besar turut bersama rakyat membersih kubur lama, membaik pulih rumah dan melawat pesakit. Antara jemputan yang hadir ke majlis tersebut, Ketua Polis Daerah Kemaman, Pengawai Daerah Kemaman, dan Pengarah APMT serta Ajk UMNO Bahagian Kemaman, Ajk Wanita UMNO Bahagian, Ajk Pemuda UMNO Bahagian dan Ajk Puteri UMNO Bahagian.

Majlis berjalan dengan lancar, tetapi ada sedikit kecacatan semasa perarakan motorsikal mengiringi menteri besar. Dalam kegairahan menyambut menteri besar, pihak penganjur kurang peka terhadap keselamatan penunggang motosikal hinggakan perserta perarakan tidak memakai Topi Kaledar walau pun tahu sekarang ini musim perayaan dan Ops Sikap sedang dijalankan. Apa yang dikesalkan seolah olah pihak penganjur tidak menghormati undang undang dan Ketua Polis Daerah Kemaman yang turut serta dalam program tersebut. Diharap, dimasa masa akan datang, pihak penganjur lebih berhati hati mengenai keselamatan dan undang undang dan hendaklah membuat perancangan yang teliti bak cogankata " Teliti Untuk Kualiti "

Sekian

Mukhatar

YB ADUN Air Putih Haji Wan Abdul Hakim Bin Tan Sri Haji Wan Mokhtar ( kiri ) dan YAB Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Bin Said ( kanan ) memberi ucapan di majlis Progran Sehati Sejiwa Menteri Besar Bersama Rakyat di Padang Awam Binjai Kemaman Terengganu semalam.



Perserta perarakan bermotorsikal mengiringi Menteri Besar ke Padang Awam Binjai Kemaman.





Antara jemputan yang hadir di majlis Program Sehati Sejiwa Menteri Besar Bersama Rakyat

Menteri Besar sedang melayan kanak kanak di majlis Program Sehati Sejiwa Bersama Menteri Besar ( kiri ).

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zaharin umum keluar PKR

Salam blogger

Semalam Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil Bebas disebabkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan PKR terutama penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada isnin lalu Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin dalam program soal jawab TV 3 telah menyatakan selepas ini akan ada ahli parti yang akan keluar beramai ramai.

Kata kata Zulkifli Nordin seolah olah beliau mengetahui adanya ahli PKR yang akan keluar parti tersebut. Saya berharap ramai lagi ahli parlimen dan ahli pembangkang yang mengikuti jejak Zaharin keluar parti supaya hasrat dan cita cita Datuk Seri Anwar untuk mengambil alih Putrajaya melalui pintu belakang pada 16 September 2008 lenyap ditelan sejarah.

Zaharin ialah bekas pengerusi PKR Pulau Pinang sebelum ianya diganti olih Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr Mansor Othman.

Isnin, Februari 08, 2010

Zul Kulim dalam soal jawab TV 3

Salam blogger

Saya tak sempat melihat sepenuhnya rancangan soal jawab di TV 3 yang disiarkan pada jam 10.00 hingga 11.00 sebentar tadi disebabkan sentiasa pulang lewat dari tempat kerja.

Apa yang menarik dalam rancangan tersebut adalah soal jawab bersama Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru dari PKR iaitu YB Zulkifli Nordin atau lebih dikenali Zul Kulim yang pernah mencetus kontroversi dengan Ahli Parliman Shah Alam YB Khalid Samad baru baru ini.

Dalam rancangan tersebut, Zul Kulim menyatakan akan berusaha mengumpulkan tiga parti islam supaya duduk satu meja bagi membincangkan mengenai kepentingan islam, orang melayu dan negara.

Beliau menjelaskan sudah sampai masanya orang islam melayu memperkasakan islam sepertimana suatu ketika dahulu orang islam amat disegani dan dihurmati. Beliau melihat apabila dua orang pemimpin kanan PAS, iaitu Mursyidul AM Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang telah senada ingin berbincang dengan UMNO dan berharap pemimpin UMNO tidak berdolak dalih dalam mengenai keikhlasan pemimpin PAS.

Beliau berharap antara kedua parti ini dapat berbincang mengenai kepentingan islam dan orang melayu walau pun kedua duanya berlainan parti demi kestabilan dan keamanan negara.

Bila ditanya mengenai perpecahan dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang, Beliau menjelaskan DAP dah mula tunjuk taring. Menurutnya lagi, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Mohamad Fairus Khairuddin dari PKR pernah menyuarakan pendapat, tetapi tidak diterima olih pucuk pimpinan kerajaan negeri menyebabkan Mohamad Fairus Khairuddin meletak jawatan.

Begitu juga yang berlaku di negeri Perak apabila ADUN dari PKR tidak diberi layanan yang samarata dengan ADUN DAP, mereka pun meletak jawatan dan Barisan Nasional menerajui negeri Perak. Beliau tidak merasa hairan jika selepas ini ada ahli yang keluar beramai ramai.

Zul menjelaskan sepanjang pentadbiran DAP di Pulau Pinang, parti itu tidak membuat apa apa melainkan mencari kesalahan kerajaan terdahulu. Bagi beliau DAP adalah parti anak beranak dan YB Lim Guan Eng sendiri tidak diterima di Melaka menyebabkan beliau bertanding di Pulau Pinang.

Beliau menjelaskan Almarhun Ustaz Fazhil Nor telah melakukan perkara yang betul apabila bergabung dengan PKN tanpa DAP pada pilihanraya umum 1999. Selepas Almarhun Ustaz Fazhil Nor meninggal dunia, PAS dan PKR bergabung dengan DAP bagi menjatuhkan Barisan Nasional. Pakatan Rakyat tidak menjangka dapat memerintah negeri tetapi hakikat adalah sebaliknya.

Sekarang barulah sedar yang DAP ini tidak diperlukan lansung. Kita kena akui dalam Pakatan Rakyat ada idealogi yang berbeza. Kita ketepikan soal idealogi disebabkan kita nak jatuhkan Barisan Nasional.

Kita tidak bolih menafikan di Malaysia majoriti Ahli Parlimen Islam Melayu paliang ramai dengan UMNO 88 kerusi PKR 23 kerusi dan Pas 21 kerusi. Ahli Parlimen bukan islam 90 kerusi. Islam mempunyai 60 peratus kerusi dalam parlimen berbanding bukan islam 40 peratus.

Beliau berharap ketiga tiga parti islam melayu ini dapat duduk satu meja berbincang mengenai masa depan islam melayu dan beliau akan berusaha kearah itu supaya islam diterima semua pihak termasuk bukan islam. Kita kena tunjuk keadilan islam pada semua. sebagai contoh, orang india dan cina juga ada yang miskin, mengapa hanya orang melayu sahaja diberi bantuan? Sedangkan mereka juga berhak mendapat bantuan.

Ditanya kemana arah jika beliau keluar parti? Beliau menjelaskan, apabila berlaku barulah beliau umumkan dan setakat ini beliau masih lagi Ahli Parlimen PKR.

Ahad, Februari 07, 2010

Pakatan Rakyat @ Pakatan Rapuh

Salam blogger,

Telah lama saya tidak mengemaskini blog disebabkan bebanan tugasan harian yang perlu diselesaikan.

Sejak tahun 1990 ketika saya masih lagi menjadi ahli PAS, saya melihat gabungan pembangkang tidak kekal lama. Menjelang pilihanraya umum 1990 PAS bersama parti melayu semangat 46 ( S 46 ) menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah dan S46 bersama DAP dan PBS menubuhkan Gagasan Rakyat bagi menghadapi Barisan Nasional pada pilihanraya umum 1990.

Tahun 1999 Parti Keadilan Rakyat bersama PAS menubuhkan Barisan Alternanif ( BA ) yang kemudiannya menjadi ( BA ) Bukan Alternatif. Selepas pilihanraya umum 2008 Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP menubuhkan Pakatan Rakyat ( PR ) yang sekarang ini menjadi ( PR ) Pakatan Rapuh.

Apakah dalam pilihanraya akan datang mereka masih menggunakan PR yang semakin rapuh dengan petelagahan pemimpin mereka, antaranya Zul Kulim ( PKR ) vs Khalid Samad ( PAS ), Wee Choo Keong ( PKR ) vs Ooi Chuan Aun atau Jeff Ooi ( DAP ), Tan Tee Beng ( PKR ) vs Lim Guan Eng ( DAP ) Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ( PKR ) vs Lim Guan Eng ( DAP ) dan beberapa nama lagi.

Semalam ketika saya dan rakan sedang minum dan bercerita tentang hal hal semasa, datang 4 orang sahabat yang balik dari tempat ceramah anjuran PAS di Kg Berenjut Cukai dan duduk satu meja bersama saya. Salah saorang dari mereka menceritakan apa yang didengar semasa ceramah tersebut. Saya dan rakan tadi hanya mendengar tanpa bercakap apa. Tiba tiba salah saorang dari mereka mengajak saya menyertai pakatan pembangkang, katanya jika saya menyertai sekarang, selepas pilihanraya umum nanti saya akan dilantik sebagai pengerusi JKKK.

Katanya lagi, Pakatan rakyat adalah parti yang terbaik setakat ini dengan berkongsi kuasa dan kesamarataan dan bukanya seperti Barisan Nasional mewujudkan 1Malaysia setelah melihat kejayaan pakatan rakyat mentadbir negeri yang mereka menang. Pemimpin UMNO bercakap dengan ahli UMNO supaya memperkasakan UMNO supaya orang melayu tidak ditindas, begitu juga dengan MCA dan MIC, mereka juga menyuruh orang Cina dan India menguatkan kaum masing masing supaya nasib mereka terbela. Jika ini berterusan berlaku, sampai bila pun kestabilan politik tidak dapat diwujudkan.

Saya menjelaskan kepada mereka, jika saya mahu jawatan lebih tinggi dari sekarang, saya bolih dapat. Jawatan yang ada sekarang pun saya pernah tolak kerana tak mampu nak pikul amanah yang diberi. Saya tak mahu jadi seperti sesetengah pengerusi Jawatankuasa Syura Rakyat ( JSR ) semasa PAS memerintah Negeri Terengganu pada tahun 1999 - 2004 dahulu. Apabila dilantik sebagai pengerusi JSR mereka Jual Suara Rakyat untuk kepentingan peribadi bukannya Jaga Suara Rakyat.

Bagi saya pakatan rakyat hanya wujud dikalangan ahli dan masyarakat sahaja, ini dapat dilihat bila sesuatu program kemasyarakatan berlaku di kampung kampung, semua rakyat berkerjasama tanpa mengira kaum dan agama. Tidak perlulah kita guna perkataan pakatan rakyat, kerana rakyat sentiasa bermaufakat sepanjang masa. Hanya pemimpin pakatan rakyat sahaja yang tidak bolih terima pakatan rakyat sebab mereka pemipin dan bukannya rakyat. Mereka asyik bertelagah kerana ingin berkuasa. Mereka bercakap kesamarataan, apa yang berlaku di Pulau Pinang hari ini adakah kesamarataan?

Petikan utusan online 6/2/2009 mengenai kesamarataan dalam pakatan rakyat.

PULAU PINANG 5 Feb. - Jika semalam Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng mendakwa Lim Guan Eng melayan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti anjing, Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini menyifatkan Ketua Menteri itu sebenarnya lebih zalim daripada itu.

Malah menurut Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan, nasib anjing adalah lebih baik kerana mempunyai tuan yang penyayang dan memberi cukup makan berbanding layanan diterima oleh wakil rakyat PKR.

Beliau menegaskan, ia boleh dilihat berdasarkan keistimewaan diberikan oleh Guan Eng kepada ahli Parlimen dari DAP yang begitu berbeza dengan mereka dari PKR.

"Jika kita kaji, Guan Eng tidak menyediakan peruntukan kewangan kepada semua ahli Parlimen kecuali ahli dewan undangan negeri (ADUN).

"Tapi, dia (Guan Eng) memberi pelbagai jawatan kepada ahli Parllimen DAP seperti exco, pengerusi agensi kerajaan negeri dan banyak lagi termasuk dia yang berjawatan Ketua Menteri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Antara wakil rakyat DAP yang mempunyai jawatan dalam kerajaan negeri ialah Ahli Parlimen Batu Kawan, P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II); Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi (Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri) dan Ahli Parlimen Tanjong, Chow Kon Yeow (Exco).
Cheng Guan memberitahu, tanpa peruntukan, sukar untuk wakil rakyat memberikan khidmat yang baik kepada rakyat.

"Wakil rakyat mahu kemudahan peruntukan bukan untuk diri sendiri tapi membantu rakyat seperti orang miskin dan menyelesaikan masalah mereka," ujarnya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0206&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm&arc=hive