Setiausaha UMNO Bahagian, Rosli Ahmad berkata, selepas tarikh
akhir percalonan pada Ahad, Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Dr. Haji Ahmad Said
akan di tentang oleh bekas Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Mohamed Rahim
Hussin.
Manakala jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian pula
melibatkan persaingan dua penjuru antara Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Tuan
Kechil Tuan Tengah dan Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid bekas calon Dun Chukai pada pilihan raya umum ke 13 lalu.
Bagi jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian pula, Timbalan Ketua
UMNO Bahagian, Mohd Hisham Zubir akan di tentang oleh Ahli Jawatankuasa UMNO
Bahagian, Datuk Mustafa Ab. Rahman.
Seramai 35 orang merebut jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa
UMNO Bahagian dan tiga orang merebut jawatan sebagai pemeriksa kira-kira.
Menurut Rosli, mantan Adun Kemasik Ir Rosli Othman dan mantan Adun Air Putih Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar buat kali pertama turut bertanding jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian.
Manakala jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian, Rosmiza Mokhtar dan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian, Asmida A. Rahman yang menggantikan Wan Nora Wan Ibrahim yang bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian menang tanpa bertanding dan 20 orang ahli pergerakan itu merebut jawatan Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian.
Sementara itu Bendahari Pemuda UMNO Bahagian, Zulkefli Abu Bakar mencabar Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Mohd Fadini Rahim bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian.
Seramai 19 orang merebut jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian pada pemilihan Sabtu 11 Mac 2023 hadapan.
Semua 15 orang Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian menang
tanpa bertanding dengan Sulieana Aziz sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian dan
Nur Syafiqah Zulkifli sebagai Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian.
Mengulas mengenai proses pemilihan kali ini, Rosli
berkata, parti itu membuka ruang seluas-luasnya buat mana-mana pihak untuk
bertanding dalam memastikan pertembungan sihat antara setiap calon terlibat.
“Bagi saya pemilihan kali ini tiada masalah dan diharapkan
jawatankuasa baharu yang dibentuk nanti dapat memberi nafas baharu buat UMNO
Bahagian Kemaman memandangkan setiap calon yang bertanding pastinya komited
untuk berkerja,” katanya.
Habis