MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, Julai 26, 2009

Lepas ini giliran siapa dan dari mana?

Salam Blogger.
Bermula dengan kemasukan Zaid Ibrahim dari UMNO kedalam PKR dan seminggu yang lalu tiba giliran Chua Jui Meng dari MCA pula menyertai PKR, semalam S. S. Subramanian dari MIC pula menyertai PKR. Kesemua mereka ini adalah bekas pemimpin parti dan juga bekas Menteri, dan Setiausaha Parlimen dari Barisan Nasional.
Lepas ini giliran siapa dan dari parti mana pula yang akan menyertai PKR? Jika dilihat mereka ini saya tidaklah hairan sangat, mereka ini hanya mementingkan jawatan dan kedudukan dari membantu rakyat. Mereka ini tidak mempunyai wawasan untuk membantu rakyat walau pun rakyat telah membantu mereka hingga mereka berjaya seperti hari ini.
Pemergian mereka ini tidak menjadi masalah besar kepada Barisan Nasional kerana mereka ini bukan pemimpin parti yang diwakil. Mereka tewas dalam pemilihan parti masing masing. Walau pun tewas mereka masih mempunyai jiwa yang besar seperti Bos baru mereka Dato' Sri Anwar Ibrahim yang bercita cita menjadi Perdana Menteri 16 September yang lalu.
Kita memerlukan pemimpin yang meletakkan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan dan bukannya kepentingan peribadi dahulukan kroni diutamakan.
Diharap selepas ini tiada lagi pemimpin komponen Barisan Nasional akan menyertai parti pembangkang. Parti parti komponen Barisan Nasional hendaklah mencari jalan penyelesaian dan pendekatan yang patut dibuat bagi mengelak berulangnya bekas pemimpin keluar parti dan menyertai pembangkang.
Dua minggu yang lalu ketika saya sedang minum di sebuah kedai di bandar Cukai Kemaman, datanglah beberapa orang sahabat tumpang duduk sama satu meja dan kami berbual seperti biasa. Saorang dari shabat tadi bertanya saya bilakah UMNO Bahagian Kemaman akan mengadakan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Kemaman. Saya memberitahu sahabat tadi mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Kemaman akan diadakan pada 8 Ogos 2009. Salah saorang dari sahabat tersebut memberitahu bahawa satu kejutan akan berlaku pada mesyuarat tersebut disebabkan YB Wan Abdul Hakim Adun Air Putih akan melepaskan jawatan sebagai Adun kerana tidak sebulu dengan YAB Datuk Ahmad Said Ketua Bahagian yang juga Menteri Besar Terengganu.
Pada 17 Julai lepas, saya berkesempatan berbual dengan YB Wan Abdul Hakim mengenai perkara tersebut dan beliau menjelaskan tidak ada apa yang beliau rasa perlu untuk letak jawatan sedangkan hubungan beliau dengan Datuk Ahmad Said tidak mempunyai masalah. Menurut beliau, memang ada cakap cakap yang mengatakan hubungan ini kurang baik, tapi biarlah orang nak bercakap nak buat macamana. Memang benar jika dilihat ada program yang dihadiri Datuk Ahmad Said, beliau tidak hadir disebabkan beliau mempunyai tanggungjawab lain termasuk lawatan ke kampung kampung di seluruh Air Putih.
Jika ini hendak diambil kira, bagaimana pula PM dan TPM yang sering tidak bersama kerana tugasan masing masing, adakah hubungan PM dan TPM juga renggang? Kepada rakan rakan, cukuplah dengan cerita yang bolih meresah ahli parti dan rakyat. Buatlah kerja masing masing.

Isnin, Julai 20, 2009

Taman Rekreasi dan Zoo Mini Kemaman

Ikan Naga
Ahad 20 Julai 2009 saya dan keluarga menghabiskan cuti mingguan di Taman Rekreasi dan Zoo Mini Bukit Takal Kemaman. Tidak ada yang menarik yang dapat dilihat buat masa ini kerana taman ini masih lagi dalam pembinaan. Sangkar Harimau masih dalam pembinaan, yang dapat dilihat hanyalah Rusa, Kambing, Ular sawa, Beruang, Landak dan pelbagai jenis burung. Anda juga berpeluang mandi di Kolam Air Terjun ciptaan manusia dan juga dapat melihat pelbagai jenis pokok orkid.

Melawat Kampung

Ahli Jawatankuasa JKKK Kampung Lot Seri Jaya melihat jalan dan longkang yang perlu di baiki.
Salam Blogger.

Dah lebih seminggu saya tidak menulis disebabkan beberapa masalah teknikal yang tak dapat dielakan. Pada hari ahad lepas satu program Jawatankuasa Kampung Lot Seri Jaya melawat kampung diketuai olih Pengerusi JKKK YM Tuan Kechil Tuan Tengah. Kami berjalan secara kumpulan dari rumah ke rumah bagi melihat dan mendengar masalah penduduk kampung.

Hampir tiga jam kami mengelilingi kampung dan kami dapati ada beberapa buah rumah yang harus dibaikpulih dan dibantu dari segi peralatan seperti atap, kayu dan keperluan lain yang difikirkan perlu. Kami juga mendapati ada jalan yang perlu diubahsuai dan sistem perparitan perlu dibuat bagi mengelak jalan pecah dan air bertangkung dihadapan rumah penduduk kampung.


Khamis, Julai 09, 2009

Nizar dibenar merayu keputusan Mahkamah Rayuan

DATUK Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (tengah) mengadakan sidang akhbar selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan merayu keputusan Mahkamah Rayuan, 22 Mei lalu yang mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. - Foto Zef Othman

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan itu dibuat tiga Hakim Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Tan Sri Ariffin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Selasa, Julai 07, 2009

Pas masih sedia bincang dengan Umno: Hadi

KUALA KRAI: Pas masih bersedia berbincang dengan Umno dalam hal politik dan ekonomi demi kebaikan negara, tetapi ia mahu berhati-hati sebelum berbuat demikian, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, Pas akan menimbang terlebih dulu perkara yang akan dibincang bagi mengelak pertemuan itu memberi kesan negatif kepada parti berkenaan dan sekutunya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Abdul Hadi mengulas pelawaan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga Ketua Wanita Umno untuk berbincang dengan Dewan Muslimah Pas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berceramah pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di Kampung Sungai Sok malam tadi.

Abdul Hadi sebelum ini menimbulkan polemik dalam Pas apabila menyuarakan hasrat membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno tetapi cadangan itu dibantah Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ditolak oleh kepimpinan pakatan Pas, PKR dan DAP.

Walaupun ada cadangan untuk berdebat oleh Nik Abdul Aziz dan wacana ilmiah oleh Dewan Pemuda Pas, sehingga hari ini belum ada pertemuan antara pemimpin Umno dan Pas diadakan ke arah itu. - Bernama

Tindakan Sultan Perak demi maruah negeri, rakyat: Hakim

PUTRAJAYA: Tindakan Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah betul semasa melaksanakan kuasa prerogatifnya untuk meredakan pergolakan politik Perak dan mengekalkan maruah negeri itu, kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Zainun Ali.

Hakim Zainun berkata, satu daripada kuasa eksekutif yang kritikal bagi seorang Raja dalam melaksanakan tanggungjawabnya mengikut perlembagaan bagi mengekalkan kententeraman awam demi kepentingan awam dan oleh itu kesedaran baginda berhubung signifikan daripada pelaksanaan kuasa prerogatifnya itu tidak boleh dipertikaikan. "Keadaan di Perak pada masa itu boleh dianggap sebagai sudah tidak normal, tidak jika seseorang menganggapnya sebagai normal, ketegangan politik, tekanan politik yang memuncak, suspens dan pengkhianatan dan pertukaran kesetiaan politik, sebagai satu yang rutin dan semuanya dalam pekerjaan harian.

"Kematangan dan kebijaksanaan Raja adalah wajib. Pelaksanaan kuasa prerogatif ini adalah lebih kritikal jika jentera kerajaan yang normal mengalami masalah," kata Hakim Zainun dalam penghakiman bertulisnya setebal 115 muka yang dikeluarkan hari ini. Pada 22 Mei, tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Raus Sharif, Zainun dan Datuk Ahmad Maarop telah memutuskan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah, yang mengubah keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu yang menyebelahi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan, Nizar memfailkan permohonan untuk membuat rayuan, yang dijadualkan didengar di Mahkamah Persekutuan, Khamis ini.
Hakim Zainun, dalam penghakimannya, berkata Sultan Azlan Shah adalah betul untuk mengadakan inkuiri bagi mengesahkan beberapa fakta dan untuk menilai kedudukan politik dengan betul sebelum memutuskan sama ada untuk memperkenan atau menangguhkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Dalam hal ini, ia mungkin kurang bijak bagi Baginda untuk membuat keputusan tanpa merujuk kepada fakta. "Sebagai contoh, jika Baginda mendapati isi kandungan tiga pucuk surat daripada tiga Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) tidak mencukupi untuk menentukan bahawa Nizar hilang majoriti, baginda boleh, dalam melaksanakan prerogatif dan budi bicaranya, mendapatkan penjelasan mengenai fakta yang terkandung di dalam surat daripada ketiga-tiga Adun itu," katanya.

Oleh itu, beliau berkata keputusan hakim Mahkamah Tinggi bahawa Sultan Azlan Shah tidak layak untuk menemubual beberapa Adun pada 5 Februari untuk menentukan siapa yang menguasai dewan itu adalah jelas salah. - Bernama
Petikan http://www.bharian.com.my/ 7 / 7 / 09

Tak apa kalau Najib tak mahu jumpa: Nik Aziz

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akur dengan keputusan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang menolak pelawaannya untuk mengadakan pertemuan dan debat secara terbuka antara PAS-Umno.

Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata terpulang kepada Najib sama ada ingin menerima atau tidak pelawaannya kerana bagi beliau, tugasnya untuk mengajak seseorang mencari jalan kebenaran atau pendakwah dianggap sudah selesai.

"Tugas saya sebagai seorang pendakwah ada tiga cara; pertama: ajak manusia dengan cara bil-hikmah (kebijaksanaan), macam saya mentadbir sesebuah negeri mengikut cara Islam; kedua dengan nasihat, melalui ceramah, usrah, kuliyah, siaran internet dan yang terakhir ialah secara mujadalah (debat), Kalau tak mahu tak apa, selesai sudah kerja saya," katanya di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Semalam, ketika diminta mengulas hasrat Nik Abdul Aziz untuk bertemu beliau bagi membincangkan mengenai perdebatan yang dicadangkan antara kedua-dua mereka, Najib berkata: "Saya dah kata, debat tidak ada gunanya dan semua orang pun kata demikian. "Kalau nak bertemu, jangan kutuk dulu, ini tidak timbulkan suasana kondusif untuk kita bertemu," kata Perdana Menteri. - Bernama
Petikan http://www.bharian.com.my/ 7 / 7 / 09

Isnin, Julai 06, 2009

Kerajaan Perpaduan atau Pakatan Rakyat Yang Berkubur.

Salam Blogger

Saya tertarik membaca kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam utusan online berkenaan kerajaan perpaduan telah berkubur. “Isu (kerajaan) perpaduan kami dah tanam, dah berkubur. Pakatan adalah lebih melambangkan perpaduan, lebih daripada maksud perpaduan iaitu ia terdiri daripada berbilang kaum.
“Melayu buat apa? Tak usahlah timbul isu perpaduan itu lagi kerana kami dah baca talkin, jadi apa masalahnya?” ini adalah petikan kata kata beliau semasa menjawab pertanyaan wartawan dipusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra Satu Kuala Krai Kelantan hari ini.

Nik Aziz bertanya " Melayu buat apa?" seolah olah Nik Aziz bukan orang melayu. Bagi Nik Aziz Pakatan Rakyat lebih perpaduan, hinggakan DAP Kedah keluar dari Pakatan di Kedah kerana perpaduan. Kerana Pakatan lebih dari perpaduan menyebabkan kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP memecat Ketua Whip Parti Keadilan Rakyat (PKR), Johari Kassim sebagai ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) olih kerana Johari sebagai ahli majlis memboikot pelantikan Yang Dipertua MPSP, Mokhtar Mohd Jait pada 4 Jun lalu lalu. Inilah yang dikata perpaduan oilh Nik Aziz yang sebenarnya Pakatan Rakyat yang berkubur.

Kerajaan perpaduan telah ‘berkubur’ - Nik Aziz

KUALA KRAI 6 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, cadangan kerajaan perpaduan demi kepentingan Melayu telah ‘berkubur’ dan Pas tidak akan menyebutnya lagi.
Beliau berkata, ruang untuk Pas atau UMNO berbincang lagi mengenai isu tersebut sudah tertutup kerana Pas telah mencapai perpaduan melalui pakatan pembangkang.
“Isu (kerajaan) perpaduan kami dah tanam, dah berkubur. Pakatan adalah lebih melambangkan perpaduan, lebih daripada maksud perpaduan iaitu ia terdiri daripada berbilang kaum.
“Melayu buat apa? Tak usahlah timbul isu perpaduan itu lagi kerana kami dah baca talkin, jadi apa masalahnya?” tegas beliau.
Beliau sekali lagi ditanya berhubung cadangan dicetuskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra Satu di sini hari ini. - Utusan

Sabtu, Julai 04, 2009

Majlis Tahunan Khairat Kematian Kg Lot Seri Jaya

Pengerusi JKKK YM Tuan Kechil Tuan Tengah sedang memberi ucapan
sambil diperhatikan olih YB Wan Abdul Hakim Adun Air Putih ( Tengah )
dan En Zulkefli Mohamad Setiausaha JKKK.
Salam Blogger,
Semalam Sabtu 3 Julai 2009 Khairat Kematian dibawah naungan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kg. Lot Seri Jaya ( JKKK ) telah mengadakan satu majlis perjumpaan tahunan bersama ahlinya di Balairaya Kampung Lot Seri Jaya. Majlis tersebut dihadir hampir semua ahli dan penduduk kampung termasuk belia.
Khairat kematian tersebut mula ditubuhkan pada tahun 2007 dengan pendaftaran sebagai ahli sebanyak RM 10.00 serta yuran tahunan. Yuran tahunan ahli sebanyak RM 24.00 setahun dan yuran tanggungan sebanyak RM 3.00 setahun bagi setiap satu tanggungan.

Diawal penubuhan Khairat Kematian, YB Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid Adun Air Putih telah menyumbang sebanyak RM 1000.00 bagi tabung Khairat Kematian JKKK Kg Lot Seri Jaya.
Tujuan Khairat Kematian ditubuhkan adalah bagi membantu ahli meringankan bayaran urusan pengkebumian jenazah jika berlaku kematian. Khairat kematian akan membayar sebanyak RM 500.00 bagi urusan pengkebumian jenazah. Khairat kematian Kg Lot Seri Jaya bukan sahaja untuk penduduk kampung Kg Lot Seri Jaya sahaja, malah ia dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat. Setakat hari ini, ada 5 keluarga dari kampung berhampiran menjadi ahli.
Semasa majlis sedang berlangsung, Pengerusi JKKK memberitahu bahawa YB Wan Abdul Hakim Adun Air Putih dalam perjalanan untuk datang bersama penduduk kampung pada majlis yang diadakan ini. Saya difahamkan YB Wan Abdul Hakim mempunyai jadual lawatan kampung yang padat pada hari tersebut tetapi masih sempat hadir bagi meraikan penduduk Kg Lot Seri Jaya menjayakan majlis tersebut.
YB Wan Abdul Hakim tiba pada jam 11.00 malam dan memberi sedikit ucapan dan pesanan mengenai khairat kematian. Dalam ucapan beliau, dengan rendah hatinya beliau menderma sebanyak RM 1500.00 kepada khairat kematian Kg Lot Seri Jaya. Selesai majlis tersebut beliau sempat beramah mesra dengan penduduk kampung dan juga belia selama 30 minit sebelum pulang. Majlis tersebut selesai jam 12.15 pagi.

Bolehkah PAS jadi model perpaduan..?

Kata Datuk Seri Haji Hadi Awang, UMNO gagal menjadi model Islam yang sebenar.Ini yang menyebabkan PAS tolak idea kerajaan perpaduan. Kenyataan ini yang dibuatnya di Himpunan 100 ribu di Stadium Kelana Jaya ini yang hanya dihadiri kira-kira 5,000 orang pada malam 30 Jun membuktikan dua perkara. Pertama PAS terpaksa menuding jari mencari kelemahan pihak lain dan kedua gagal menjadi penentu dan jauh sekali mencorakkan arah kepimpinan Islam, sebaliknya dipimpin oleh perjuangan yang menentang Islam.

Kenyataan Presiden PAS itu jelas sekali membuktikan apa yang dilakukannya adalah ibarat ‘cakap tak serupa bikin’. Beliaulah yang asalnya bercakap mengenai kerajaan perpaduan yang disambut baik oleh UMNO. Kecuali golongan Erdogan dalam parti itu yang menentang keras idea itu ramai juga kalangan ahli dan pimpinan yang tidak mahu lihat mereka dicengkam oleh bayang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi reaksi positif.

Akibat dari pendirian yang berbeza itu Timbalan Presiden PAS Nasaruddin Mat Isa dikecam hebat oleh Mursyidul Am parti, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mencadangkan agar orang nombor dua parti itu nyah dari PAS dan sertailah UMNO. Nik Aziz juga kata bahawa, pihak yang menyokong idea mewujudkan kerajaan perpaduan itu adalah boneka UMNO dan harus ditentang. Anehnya beliau tidak pula berani mengecam Hadi.

Sepuluh orang ahli parlimen PAS yang memanggil sidang akhbar di luar Dewan Rakyat menyatakan pendirian mereka bersama-sama Nik Aziz hanya membuktikan bahawa bilangan ahli parlimen yang bersama-sama HajI Hadi adalah lebih banyak, PAS mrmpunyaI 25 kerusi parlimen.

Idea kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Hadi tiba-tiba meletup ekoran bantahan Nik Aziz yang berkeras mempertahankan keputusan muktamar parti itu di Ipoh yang tidakpun menyebut bekerjasama dengan UMNO - sebaliknya beliau menegaskan kerjasama hanyalah di kalangan pakatan parti pembangkang.

Lantaran itulah sebaik sahaja Hadi kembali dari London, mereka mengheret idea itu dalam meja perbincangan pakatan pembangkang. Di sanalah, idea Hadi tidak dapat dipertahankan walaupun partinya dan PKR ditunjangi orang Islam yang berhadapan dengan DAP yang menentang habis-habisan pembentukan kerajaan Islam.

Di situlah nampak kepelikannya. PAS terpaksa terus menjalin perpaduuan dengan parti yang sama sekali tidak setuju dengan dasar dan perjuangan Islam yang digembar-gemburkannya.
Tindakan Majlis Perbandaran Alor Setar merobohkan pusat penyembelihan babi haram di bandar itu semalam membuktikan bahawa DAP tidak akan pernah bersetuju dengan PAS. Bagi DAP, daripada menyetujui tindakan kerajaan negeri, lebih baiklah ia meninggalkan kerajaan pakatan itu,

Itu baru di Kedah, sebenarnya parti itu juga sanggup meninggalkan pakatan di negeri lain khususnya di Selangor. Cuma, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak seberani Datuk Seri Azizan Razak di Kedah.untuk mengambil sebarang tindakan kerana pada hakikatnya DAPlah yang memerintah di negeri tersebut.

Berbalik kepada kerajaan perpaduan, HajI Hadi dan Nasaruddin nampaknya terpaksa berputih mata kerana bukan sahaja DAP dan PKR tidak menghala ke arah perpaduan, sebilangan rakan separtinya juga mempunyai pendirian yang sama.

Jika Hadi menyatakan UMNO gagal menjadi model perpaduan di kalangan orang Melayu dan rakyat negara ini, parti manakah menurut PAS boleh menjadi model yang terbaik?

Mungkinkah DAP boleh memegang peranan itu ataupun Parti Keadilan Rakyat mampu dijadikan contoh yang terbaik. Semua orang sependapaat bahawa mustahil DAP boleh menjadi model perpaduan kerana kewujudannya pada pilihanraya 1969 telah menjadi punca utama pecahnya perpaduan di negara ini sehingga berlaku peristiwa malang 13 Mei yang sehingga kini menghantui kenangan orang Melayu khususnya.

Kebiadapan para pemimpin parti itu terhadap kesultanan Melayu khususnya di Perak serta ketidaksopanan mereka ketika berada di Parlimen tidak mungkin mudah dilupakan begitu sahaja.

PKR pula yang diasaskan melalui demonstrasi jalanan termasuk melakukan kekerasan terhadap harta awam lebih wajar diingati sebagai Parti Kacau-bilaukan Rakyat (PKR) ataupun Pakar Kecoh dan Rusuhan. Parti ini juga jauh daripada layak sebagai model apatah lagi jika diambilkira perjuangannya tidak berteraskan Islam seperti mana yang diwar-warkan oleh PAS.

Dengan keadaan UMNO gagal menjadi model dan DAP serta PKR tidak layak ke arah itu, parti mana lagikah yang lebih layak jika bukan PAS? PAS parti dominasi orang Melayu. Mereka beragama dan memperjuangkan Islam, bukankah mereka sepatutnya menjadi model…?

Demikianlah sepatutnya. Presiden dan timbalan Presiden PAS menampakkan kesehaluan mereka ke arah perpaduan apabila idea kerajaan perpaduan itu dilontarkan oleh Hadi. Namun lontaran itu disanggah oleh Nik Aziz dan konco-konconya yang lebih mementingkan kelangsungan politik masing-masing daripada kelangsungan orang Melayu dan masyarakat Islam sendiri.

Jelas sungguh, dalam parti itu sendiri tiada perpaduan - jauh sekali untuk melihat kesatuan dengan ’rakan-rakan’ pembangkang lain di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan juga Kedah.
Sepatutnya, jika Hadi menyatakan UMNO gagal menjadi model, sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, parti itu memainkan peranan utama menjadi model kepada semua parti yang disifatkannya tidak Islam.

PAS sepatutnya boleh ’command’ semua parti pembangkang mahupun parti kerajaan. Ia seharusnya dapat menjinakkan DAP kerana selama ini UMNO dilabelkan bersekongkol dengan MCA dan juga Gerakan. UMNO dilihat sebagai syaitan, komunis dan segala macam keburukan yang boleh digambarkan.

Pun begitu, PAS hanya boleh membuat tuduhan dan tohmahan tetapi tetap gagal menjadi model yang baik kerana para pemimpinnya juga terlibat dengan penyahgunaan kuasa, rasuah dan segala macam perkara negatif yang dimomok-momokkan kepada UMNO dan Barisan Nasional.
Di sana sini, terdengar juga kisah para pemimpin parti berkenaan yang diheret ke mahkamah syariah kerana masalah poligami, ke mahkamah sivil kerana pelbagai tuduhan lain dan macam-macam dakwaan lagi.

Apa yang dijijikkan dalam UMNO nampaknya bukanlah sesuatu yang ‘taboo‘ atau terlarang dalam PAS. Sebagai manusia, mereka juga tidak terlepas daripada apa yang dilakukan oleh orang lain.

Jadi, pada kesimpulannya, bolehkah PAS menjadi model perpaduan orang Melayu dan masyarakat Islam yang sejati.jika mereka sendiri ibarat dua kali lima dan lima kali dua sahaja…? Dalam parti sendiri mereka ‘bergocoh‘ apatah lagi di luar!.-3/7/2009

DAP sengaja cetus isu perkauman - Azizan

ALOR SETAR 4 Julai — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan dakwaan DAP Kedah, yang kononnya kerajaan negeri akan merobohkan kuil-kuil Hindu dan tokong-tokong Cina di negeri itu dan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai sengaja ingin mencetuskan isu perkauman.

Azizan berkata kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak pernah membincangkan tentang perkara merobohkan mana-mana tokong atau kuil di Kedah.

“DAP kata dia berjuang untuk semua kaum tapi kali ni nampak sengaja nak cetuskan isu perkauman sebab Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan dan majlis bandaraya pun tak pernah tau pasal perkara ini, tiba-tiba dia orang (merujuk Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su Keng Siong) boleh tau,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Su di Ipoh semalam yang mendakwa kerja-kerja merobohkan beberapa kuil dan tokong di kawasan Alor Setar telah diluluskan oleh MBAS.

Sehubungan itu, katanya semua Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan dan ketua kampung DAP Kedah meletak jawatan serta merta.

Mengenai pengumuman DAP untuk keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu, Azizan berkata sehingga hari ini masih belum ada wakil daripada parti itu datang bertemu dengannya untuk membincangkan perkara berkenaan.

“Saya cuma tahu DAP nak keluar pakatan daripada akhbar sahaja. Perkara ini boleh dibincangkan secara keluarga, tapi dibesar-besarkan dan ia tak wajar berlaku.

“DAP jangan ingat dia saja mewakili kaum Cina... MCA, PKR dan Gerakan pun wakil kaum Cina juga, saya tak nak bergaduh dengan Cina, apa sahaja bantuan semua dah bagi, kat DAP pun semua bantuan bagi, tak tau tak puas hati kat mana,” katanya.

Rabu lalu, Su mengumumkan DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak puas hati dengan pentadbiran PAS di negeri itu yang merobohkan pusat penyembelihan babi yang terletak di Kampung Berjaya, di sini. — BERNAMA
Petikan http://www.utusan.com.my/ 4 Julai 2009

Khamis, Julai 02, 2009

Pandangan Zabidi Hj Saidi keterlaluan.

Kerajaan sedia menimbang cadangan untuk mengurniakan darjah kebesaran membawa gelaran 'Tun' kepada pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.Dalam jawapan bertulis kepada Hamim Samuri (BN-Ledang) pada persidangan Dewan Rakyat semalam, Perdana Menteri berkata pengurniaan darjah kebesaran itu adalah berdasarkan sumbangan besar Onn ke arah menyatukan rakyat Malaysia (Persekutuan Tanah Melayu ketika itu) dan perjuangan mencapai kemerdekaan negara.
Selain jasanya mengasaskan Umno, Allahyarham Onn juga banyak sumbangan ke arah meningkatkan kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu dengan menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa.
Allahyarham telah memainkan peranan yang penting dalam memulakan langkah untuk Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Onn meninggal dunia pada 1962 pada usia 67 tahun.
Izinkan saya mengulas sedikit di sini bahawa pada hemat saya tidak perlu beri gelaran Tun kepada Datuk Onn Jaafar kerana di akhir perjuangannya beliau menentang UMNO. Jika kerajaan memberi gelaran Tun kepada beliau, ini bermakna UMNO mengiktiraf penentang UMNO. Beliau mati sebagai Presiden Parti Negara. Oleh itu tidak perlu beri gelaran Tun kepada pengkhianat UMNO.
Disediakan oleh Zabidi Hj Saidi Ahad, Jun 28, 2009

Saya menerima sms dari saorang sahabat supaya membaca ulasan Zabidi Hj Saidi di memobelakang.bolgsport.com mengenai cadangan kerajaan memberi gelaran TUN kepada Allahyarham Dato Onn Jaffar.
Pada pendapat saya, Saudara Zabidi amat keterlaluan apabila menggelarkan Dato Onn sebagai Pengkhianat UMNO. Tanpa Dato Onn, UMNO tak mungkin wujud. Untuk makluman Saudara Zabidi, yang nak bagi pingat TUN pada Dato Onn adalah kerajaan yang diterajui olih Barisan Nasional, di pimpin olih UMNO dan bukanya UMNO yang nak bagi pingat TUN pada Dato Onn. Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein juga bekas Presiden UMNO, tetapi meninggal dunia di luar UMNO. Dato Onn adalah salah saorang yang berjuang menuntut kemerdekaan dari British dan adalah wajar kerajaan memberi gelaran TUN walau pun sudah 5 dekad beliau meninggalkan kita. Semoga Allah menempatkanya bersama orang orang yang solih. Aminnn.

Siapa benar antara DS Hadi, DS Anwar dan Lee Guan Aik.

Minggu lepas saya ada membaca akhbar yang menyiarkan kenyataan DS Abdul Hadi Awang mengenai kerajaan perpaduan. Menurut DS Hadi bahawa Pakatan Rakyat lebih mengutamakan perpaduan dari UMNO. Macamana nak sertai UMNO, jika UMNO sendiri tiada perpaduan sesama UMNO.

Hari ini akhbar telah menyiarkan perpaduan dalam pakatan rakyat telah menuju kehancuran apabila Parti DAP Kedah membuat kenyataan akan keluar dari pakatan rakyat di negeri Kedah ekoran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan rumah penyembelihan babi di Kampung Berjaya Alor Setar Kedah. Hari juga DS Anwar Ibrahim menafikan DAP Kedah keluar dari pakatan rakyat negeri Kedah.

Menurut Setiausahanya DAP Kedah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Darul Aman, Lee Guan Aik, berkata mereka ada hak untuk menolak keputusan pimpinan tertinggi parti itu jika permohonan mereka tidak diterima kerana ia keputusan sebulat suara dibuat dalam mesyuarat tergempar, kelmarin. "Kita tetap dengan keputusan untuk keluar dan ia tetap setakat ini... Buat masa ini DAP pusat belum membuat apa-apa keputusan dan kita tunggu bila tiba masanya.

"Bagaimanpun kita ada hak untuk enggan menerima keputusan pusat dan tetap dengan pendirian keluar dari kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah.

Apakah ini perpaduan dalam pakatan rakyat? Fikir fikirlah sendiri.