MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Isnin, Jun 29, 2009

3 anakanda Tuanku Mizan sertai larian

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, bersama Raja Pemaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, melihat aksi tiga anakanda baginda dalam acara 'Kids Dash' sempena 'Standard Chartered KL Marathon 2009 di Dataran Merdeka, pagi tadi. - Foto Rosdan Wahid

KUALA LUMPUR: Tiga anakanda Yang di-Pertuan Agong hari ini adalah di antara 500 peserta yang menyertai larian "Kids Dash", program sampingan dalam kejohanan sulung Standard Chartered KL Marathon 2009 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Puteri sulung Tuanku Mizan Zainal Abidin, Tengku Nadhirah Zahrah, 12, mengambil bahagian dalam kategori 3 kilometer (km) dan dua lagi anakanda baginda, Tengku Muhammad Mua'az, 8, dan adindanya, Tengku Fatimatuz Zahra', 7, mengambil bahagian dalam kategori 950 meter yang disertai lebih 500 orang kanak-kanak pelbagai bangsa. Tengku Nadhirah Zahrah yang berbaju T merah dan berseluar trek hitam, bersama-sama kedua adindanya yang berbaju T putih dan berseluar trek hitam serta bertopi kelihatan begitu bersemangat dan tidak sabar untuk memulakan larian.

Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, turut berangkat untuk memberi sokongan kepada ketiga-tiga anakanda baginda berdua sambil bertepuk tangan memberi sokongan sebaik perlumbaan dimulakan. Keberangkatan baginda berdua pada jam 8.30 pagi disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek; dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Tengku Nadhirah Zahrah, puteri sulung Yang di-Pertuan Agong, memulakan lariannya dari Dataran Merdeka melalui Jalan Cenderawasih, Jalan Parlimen sebelum menamatkan larian di Dataran Merdeka.
Bagi acara 950 meter itu, Tengku Muhammad Mua'az dan adindanya Tengku Fatimatuz Zahra' memulakan larian itu di Dataran Merdeka dan mengelilinginya. Walaupun acara itu tidak menawarkan sebarang hadiah, kegembiraan tetap terpancar di wajah mereka yang menyertai larian tersebut.

Bagi ketiga-tiga putera dan puteri Tuanku Mizan, walaupun nampak kepenatan, namun mereka kelihatan gembira setelah berjaya menamatkan larian tersebut. Kids Dash yang terbuka kepada kanak-kanak yang berumur enam hingga 12 tahun adalah satu program yang bertujuan memberikan satu pengalaman menyeronokkan bagi kanak-kanak, di samping menggalakkan mereka menyertai acara sukan sejak kecil lagi.

Selain sijil penyertaan, peserta cilik itu juga mendapat beberapa cendera hati termasuk beg dan buku panduan larian. KL Marathon yang diadakan buat pertama kali tahun ini dan bertemakan 'Run Your Race' dibahagikan kepada kategori maraton penuh (42km), separa maraton (21km), 10km ,5km, Family & Fun Run, serta Kids Dash (3km dan 950m).

Acara pelepasan dan penyampaian hadiah disempurnakan Rosmah. - Bernama

Petikan www.bharian.com.my 28 / 6 /09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.