MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Jumaat, Disember 07, 2018

Disunat jurukhatan berbaju Melayu lengkap bersampin, tanjak

MUKHATAR A. RAHMAN
07 Disember 2018 4:39 PM

KEMAMAN - Program berkhatan beramai-ramai anjuran Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kemaman hari ini cuba membuat kelainan dengan jurukhatan terlibat segak berpakaian baju Melayu lengkap bersampin dan tanjak.

Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman, Dr. Mohd. Anuar Abd. Rahman berkata, pendekatan tersebut bertujuan untuk menghiburkan dan mengurangkan kegentaran 18 kanak-kanak lelaki yang menyertai program berkhatan terbabit.

"Kita juga mahu menonjolkan tradisi berpakaian Melayu kepada generasi muda tersebut agar menjadi inspirasi kepada mereka apabila melangkah alam kedewasaan kelak.

"Kesemua kanak-kanak lelaki yang berkhatan pada program anjuran bersama Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi PKD Kemaman ini terdiri daripada anak kakitangan," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Anuar berkata, program berkhatan beramai-ramai tersebut merupakan acara tahunan kali kedua selepas kejayaan penganjuran sulung pada tahun lalu. - K! ONLINE



`Pahlawan Melayu' khatankan 18 kanak-kanak

Mukhatar A. Rahman
07 Disember 2018 1:43 PM

12
KEMAMAN 7 Dis. - Sebanyak 18 kanak-kanak daripada keluarga kakitangan kerajaan sekitar daerah ini diraikan dalam majlis berkhatan beramai-ramai sempena cuti persekolahan di Klinik Batu 2 1/2 Jalan Air Putih di sini hari ini.

Mereka terdiri daripada anak-anak kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kemaman, Hospital Daerah Kemaman, Klinik Pergigian dan Klinik Kesihatan daerah ini dan program itu merupakan anjuran bersama PKD Kemaman dan Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi (Kesukes) PKD itu.

Lebih menarik, program itu menampilkan kelainan dengan kemunculan juru khatan yang mengenakan pakaian pahlawan tradisional Melayu yang antara lain bertujuan mengurangkan ketakutan kanak-kanak selain memastikan nilai budaya tradisional Melayu tidak terus pupus.

Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Mohd. Anuar Abd. Rahman berkata, program berkhatan beramai-ramai itu adalah sebahagian daripada aktiviti kebajikan PKD Kemaman untuk kakitangan mereka yang mula diperkenalkan tahun lalu.

“Berikutan sambutan menggalakkan, program itu telah dijadikan acara tahunan sempena cuti sekolah,” katanya semasa merasmikan majlis berkenaan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pegawai Perubatan Klinik Batu 2 ½, Dr. Anis Ahmad; Pegawai Kesihatan Daerah 2 (Pengurusan), Dr. Norulhuda Che Nordin; Pakar Perubatan Keluarga, Dr. Mohamad Hassan Ahmad dan wakil bahagian pergigian daerah, Dr. Noor Fatiha Abdul Rahim.

Dr. Mohd. Anuar berkata, program itu diadakan selaras dengan saranan Pengarah Kesihatan Negeri dalam usaha memberi penekanan terhadap kepentingan kebajikan sebagai menghargai kakitangan PKD. - UTUSAN ONLINE

Khamis, Disember 06, 2018

[VIDEO] Lori bawa air mineral terbalik

MUKHATAR A. RAHMAN
06 Disember 2018 5:58 PM


KEMAMAN - Seorang pemandu lori cemas selepas lori dipandunya yang sarat membawa muatan botol air mineral terbalik di persimpangan lampu isyarat Jalan Jakar di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 petang itu, Mohd. Ahmadha Azzarudin Mat Jusoh, 22, terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, sewaktu kejadian, Mohd. Ahmadha Azzarudin yang berasal dari Felda Cherul dekat sini dalam perjalanan untuk membawa ributan botol air mineral terbabit ke sebuah pasar raya di Jalan Abdul Rahman di sini.

"Sewaktu membelok untuk memasuki simpang kanan dari lampu isyarat di Jalan Jakar, lori dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbalik di sebelah kiri jalan.

"Dia bernasib baik terselamat tanpa sebarang kecederaan sebelum dibantu pengguna jalan raya lain yang turut menyaksikan kejadian itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Mohd. Said berkata, siasatan awal tidak menolak kemungkinan lori itu terbabit kerana muatan berat dan permukaan jalan licin kerana cuaca hujan.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - K! ONLINE

http://www.kosmo.com.my/negara/video-lori-bawa-air-mineral-terbalik-1.800359

Banjir: Penduduk perlu patuh arahan untuk berpindah

Mukhatar A. Rahman
06 Disember 2018 2:16 PM

3
KEMAMAN 6 Dis. - Penduduk daerah ini terutama di kawasan berisiko berlaku banjir dinasihatkan sentiasa mendapat maklumat tepat mengenai perkembangan cuaca daripada Pusat Bencana Daerah yang beroeperasi di Pejabat Daerah Kemaman dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, masyarakat perlu mematuhi arahan Pusat Bencana Daerah dan bersedia berpindah dengan segera sekiranya diarah berbuat demikian.

Beliau menegaskan, keenganan mereka untuk berpindah menjadi satu kesalahan kerana mengingkari arahan pihak berkuasa yang diberi tanggungjawab menyelia dan membantu menyelamat mangsa banjir.

“Pernah berlaku apabila pihak berkuasa mengeluarkan arahan pindah tetapi mangsa banjir tidak mahu berpindah dengan alasan di kawasan mereka sudah biasa air naik dalam masa dua tiga jam sebelum surut semula apabila hujan berhenti.

“Sedangkan hujan turun berterusan menyebabkan air semakin naik dan ini menyukarkan pasukan penyelamat untuk membantu menyelamat terutama waktu malam,” katanya sempena Program Perasmian Flag Off Rakan Sahabat 4x4 bersama Team Rescue IPD Kemaman di perkarangan IPD itu di sini hari ini.

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Chukai, Hanafiah Mat.


Sementara itu, sehingga pukul 11 malam tadi, seramai 114 orang mangsa banjir daripada 28 keluarga telah dipindahkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu 42 orang di PPS Pondok Polis Kemasik, di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badrul Alam Shah, Kemasik (15 orang) dan 57 orang di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kg. Baru Kerteh. - UTUSAN ONLINE

Insuran banjir kampungku


OLIH:  MUKHATAR  A. RAHMAN         

KEMAMAN 6 Dis. – Kerajaan Terengganu akan meneruskan Insuran Bencana kepada mangsa banjir sepertimana yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional sejak tahun 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat berkata, kerajaan negeri memahami masalah yang dihadapi mangsa banjir yang mengalami kemusnahan harta benda akibat bencana banjir dan Insuran Bencana akan bermula tahun hadapan.

Beliau yang juga Adun Chukai berkata demikian ketika merasmikan
Program Perasmian Flag Off Rakan Sahabat 4x4 bersama Team Rescue IPD Kemaman di perkarangan IPD Kemaman disini hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Said Ibrahim, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik (KBKA) Daerah, Asisten Superintendan Hairol Azhar Abdul Aziz, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KBPJKK) Daerah, Asisten Superintendan Muhamad Sukeri Hassan dan Pegawai Kanan serta Ketua Balai dalam daerah Kemaman.

Turut hadir, Presiden PAKAT Kemaman, Johan Ismail merangkap penaung Kelab Radio Amatur Kemaman, Presiden TEXAS Kemaman, Shukri Yaakop dan Presiden Begenner Kemaman, Ahmad Khairuddin.

Menurut Hanafiah, beliau telah meminta kerajaan negeri agar menyegerakan bayaran bantuan kepada mangsa banjir lebih awal (dalam masa dua atau tiga minggu) sebaik sahaja banjir surut dan bukan tiga empat bulan seperti sebelum kerana mangsa banjir amat memerlukan bantuan tersebut bagi membeli keperluan dan kelengkapan dapur dan lain-lain yang musnah akibat banjir.

Hanafiah berkata, inilah masa yang saya tunggu-tunggu sejak banjir 2013 melanda daerah Kemaman bagi menyatukan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (Ngo) ini dengan pasukan polis dan masyarakat.

“Selama ini kita (Ngo) amat susah untuk berkerjasama dengan pasukan polis dan masyarakat disebabkan perbezaan politik sedangkan mereka inilah yang banyak membantu mangsa banjir tahun 2013 tanpa mengambil kira idealogi politik,” ujarnya.

“Mereka ini merupakan Ngo pertama di Malaysia yang turun padang membantu mangsa banjir 2013 dan ada yang tidak pulang berhari-hari ke rumah bagi memastikan mangsa banjir selamat ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan mendapat bekalan makanan yang mengcukupi.

Hanafiah berharap Ngo ini dapat berkerjasama sama sebaik mungkin dengan pihak polis dan masyarakat dalam menghadapi apa jua bencana dan bukan sahaja bencana banjir.

Menurutnya, Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah berjanji bahawa kita tidak akan pisahkan rakyat walaupun berlainan idealogi politik.

“Pada majlis itu sebanyak 25 buah kenderaan pacuan empat roda (4X4) terdiri daripada Tean Rescue IPD (5 buah) dan Team Sahabat Radio Amatur Kemaman (20 buah) berkonvoi ke Kg. Air Putih dan berakhir di Balai Polis Air Putih.

Hanafiah Mat (baju putih)  bersama Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Said Ibrahim (dua kanan) menampal poster Rakan Sahabat 4x4 Tean Rescue IPD Kemaman pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri merangkap Adun Cukai, Hanafiah Mat (baju putih) bersama konvoi Rakan Sahabat 4x4 Tean Rescue IPD Kemaman pagi tadi


Selasa, Disember 04, 2018

Kereta jururawat terbabas masuk parit, elak babi hutan


MUKHATAR A. RAHMAN
04 Disember 2018 5:38 PM

KEMAMAN - Gara-gara mengelak babi hutan, seorang jururawat hampir lemas selepas kereta Proton Saga BLM yang dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam parit di Kilometer 8, Jalan Chukai-Air Putih dekat sini hari ini.

Dalam kejadian 7.40 pagi itu, Engku Ermanizara Engku Azmi, 29, terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas berjaya keluar dari keretanya yang kemudiannya tenggelam ke dalam parit berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, sewaktu kejadian, Engku Ermanizara dalam perjalanan untuk bertugas di Klinik Kesihatan Air Putih di sini.

"Sewaktu tiba di lokasi kejadian, seekor babi hutan tiba-tiba melintas jalan menyebabkan kereta Proton Saga BLM dipandu mangsa terbabas selepas dia cuba mengelak haiwan liar berkenaan.

"Kenderaan itu kemudiannya terjatuh ke dalam parit di tepi jalan sebelum tenggelam. Mangsa bernasib baik berjaya keluar dari keretanya sebelum dibantu orang ramai yang menyaksikan kejadian itu," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE


Isnin, Disember 03, 2018

Tebang pokok persediaan hadapi banjir


03 Disember 2018 11:10 AM

KEMAMAN 3 Dis. - Sebagai persediaan awal menghadapi musim tengkujuh, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) mengambil inisiatif melakukan kerja memangkas dan menebang pokok di kawasan pentadbirannya sejak tiga bulan lalu.

Yang Dipertuanya, Johan Ibrahim berkata, langkah itu bagi memastikan keselamatan orang ramai, khususnya penduduk di kawasan taman perumahan dan perkampungan yang berisiko banjir.

Katanya, setakat ini, kerja memangkas dahan dan menebang pokok sepanjang tahun dilakukan secara berjadual setiap minggu dengan mengenal pasti pokok yang mengundang risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya.

“Dalam keadaan cuaca tidak menentu, kerosakan harta benda termasuk kenderaan dan rumah dapat dielakkan jika pokok yang dikategorikan berisiko ditebang lebih awal,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini, hari ini.

“MPK sendiri mempunyai Unit Tindakan Khas (UTK) untuk melakukan kerja terbabit, bukan saja menunggu aduan daripada orang awam.

“Selain MPK, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut membantu memangkas rimbunan pokok yang menghalang pandangan pengguna jalan raya,” ujarnyq.

Johan berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu turut meminta kerjasama orang ramai supaya segera menghubungi MPK di talian 09-8597777 dan Whatsapp MPK Cakna 013-9237798 jika mempunyai maklumat lokasi pokok yang mengancam keselamatan termasuk pokok yang menghalang pandangan pengguna jalan raya.

Menurutnya, aduan bukan saja membabitkan pokok, malah kes lain seperti longkang tersumbat supaya air dapat disalurkan dengan lebih cepat.

“Kita tidak mahu apabila musim tengkujuh nanti, berlaku masalah saluran perparitan tersumbat yang boleh menyebabkan banjir kilat,” katanya. - UTUSAN ONLINE




Peringatan MPK kepada pemilik haiwan ternakan


03 Disember 2018 9:00 AM
9

KEMAMAN 3 Dis. – Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) meminta pemilik haiwan ternakan seperti kerbau, lembu dan kambing agar memastikannya tidak dibiar berkeliaran sehingga membahayakan pengguna jalan raya.

Yang Dipertua MPK, Johan Ibrahim berkata, sepanjang Januari 2018 hingga sekarang, sebanyak 26 ekor haiwan ternakan merayau ditangkap terdiri daripada 23 ekor kambing, dua ekor lembu 2 dan seekor kerbau.

“MPK tidak akan berkompromi dan akan mengenakan kompaun RM250 bagi setiap ekor haiwan peliharaan yang ditangkap merayau di kawasan tumpuan awam sehingga mengamcan nyawa pengguna jalan raya serta mencacat pemandangan.

“Tindakkan tegas diambil bagi memastikan pemilik haiwan itu lebih bertimbang rasa serta tidak sewenag-wenangnya membiarkan kerbau, lembu dan kambing tanpa pengawasan,” katanya ketika dihubungi Utusan Online disini hari ini.

Johan berkata, MPK akan meningkatkan operasi menangkap haiwan ternakan yang berkeliaran bagi memastikan orang ramai dan nyawa pengguna jalan raya diutamakan selain kebersihan dan keindahan persekitaran Bandar Cukai lebih terjaga. - UTUSAN ONLINE