MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, Jun 26, 2011

Aktivis PSM cuba hidupkan fahaman komunis

KEPALA BATAS 26 Jun — Siasatan polis mendapati sekumpulan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di plaza Tol Sungai Dua di sini petang semalam cuba menghidupkan semula fahaman komunis, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar.

Beliau berkata, ini berdasarkan pelbagai barangan yang dirampas polis daripada aktivis berkenaan dilihat mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).

"Antaranya risalah dan baju T yang tertulis nama Chin Peng, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah, kesemua mereka ini mempunyai kaitan dengan PKM,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mereka dilihat cuba menghidupkan balik fahaman komunis dengan menyebarkan risalah-risalah berkaitan berkenaan kepada rakyat di beberapa kawasan di sini, katanya.

"Polis terpaksa menahan kesemua mereka kerana membawa unsur menghasut rakyat untuk membenci kerajaan dan ini adalah sesuatu yang serius serta boleh mengancam keselamatan negara,” katanya mengenai penahanan 31 aktivis PSM yang diketuai Anggota Parlimen Sungai Siput Dr. Michael Jeyakumar Devaraj semalam. - Bernama


Petikan Utusan Onlie 26.6.2011

Siapa sebenarnya Ambiga?

KUALA LUMPUR 25 Jun — Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu diminta meneliti siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum mengikut telunjuknya yang meminta rakyat mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini.

Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah tindak tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam terutamanya orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.

Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuai oleh Ambiga.

Penganalisis politik bebas dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datin Paduka Prof. Dr. Ramlah Adam berkata sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan perlembagaan negara.

"Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit daripada pihak polis maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak," katanya kepada Bernama.

Tegasnya, keperluan menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran yang betul seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik dan bukannya mengadakan demonstrasi haram.

Pemerhati politik dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr. Zainal Kling pula menyifatkan golongan yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram itu tidak layak dan tidak patut menjadi pemimpin termasuk Ambiga.

Katanya, mereka terlampau mengikut parti tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing.

"Lebih baik buat tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan NGO. Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik) terutama orang awam tentang kacau bilau dalam parti seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka," katanya.

Zainal menyifatkan tujuan perhimpunan haram itu adalah semata-mata untuk melindungi "kekotoran" dalam parti pembangkang.

"Mereka sedang cuba melahirkan keadaan kacau bilau, huru hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara," katanya. — BERNAMA

Petikan Utusan Online 26.6.2011

Ahad, Jun 19, 2011

SPR keliru tindakan penganjur BERSIH

SPR keliru tindakan penganjur BERSIH

Salam Blogger,

Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) keliru dengan tindakan penganjur perhimpunan BERSIH 2.o yang tetap berkeras mahu meneruskan aktiviti itu seperti dijadualkan 9 Julai ini kononnya bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil di negara ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata penganjur perhimpunan itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil ( BERSIH ) sebelum ini sudah diberi penjelasan mengenai perjalanan pilihan raya di negara ini dan persetujuan mengenai beberapa perkara juga sudah dicapai.

Penulis menganggap keputusan BERSIH 2.0 untuk meneruskan perhimpunan tersebut hanyalah untuk menumbangkan BN dengan cara berdemontrasi ala Syiria dan juga Mesir setelah kegagalan DS Anwar Ibrahim merampas Putrajaya pada tahun 2008.

Jika perkara ini berlaku, banyak kemusnahan akan terjadi dan ini akan mengambil masa yang lama untuk dibaikpulih seperti asal.
Walau pun perhimpunan ini dikatakan aman, penulis bimbang dengan kehadiran ratusan ribu orang turut disertai olih mereka yang mempunyai niat yang tak baik akan mencetus huru hara. Diharap pihak berkuasa terutama polis lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Sabtu, Jun 18, 2011

Harga petrol RON97 turun 10 sen

Harga petrol RON97 turun 10 sen | Muka Hadapan

Berkuatkuasa 16 Julai 2011, harga petrol RON 97 telah diturunkan 10 sen menjadikan bahan bakar itu RM 2.80 seliter.
Sejak awal tahun ini, petrol RON 97 telah mengalami empat kali kenaikan sehinggan mencecah harga semasa RM 2.90 seliter.
Bgaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada harga RM 1.90 seliter.
Pengerusi Persatuan Pengusaha Stesyen Minyak ( PDAM ) Datuk Hashim Othman berkata penurunan itu selaras dengan harga harga pasaran semasa dunia.

18 /6 / 2011


Jumaat, Jun 17, 2011

Lagi lapuran polis terhadap BERSIH 2.0

Salam Blogger,

Chukai, 16 Jun 2011 Jam 2046 penulis telah membuat satu lapuran polis terhadap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil ( Bersih 2.0 ) daripada terus membuat Perhimpunan Rakyat pada hari Sabtu, 9 Julai 2011.

Perhimpunan itu dijangka akan dihadiri 100.000 orang yang mana bolih mengakibatkan kesesakan lalulintas dan mengganggu ketenteraman awan. Jika mereka mahu menghantar memorandum, mereka bolih berbuat demikian dengan cara elok malah pemimpin mereka bolih bercakap didalam Dewan Rakyat supaya isu pengundian ini dikaji semula.

Mereka juga bolih melantik wakil mereka supaya menyampaikan memorandun ini kepada Yang DiPertuan Agong untok diteliti.

Penulis bimbang mereka mempunyai agenda yang tersendiri dan mahu mencetuskan huru hara dalam negara sepertimana berlaku di Asia Tengah seperti Mesir, Syria, Tunisia. Apabila perhimpunan ratusan ribu rakyat, macam macam bolih terjadi, golongan subversif akan mengambil kesempatan sehinggakan keadaan akan jadi huru hara dan kerajaan sementara ditubuhkan dari kalangan mereka.

Apabila rusuhan berlaku sana sini, maka media barat akan memainkan peranan dengan menyiarkan berita berulangkali bahawa Malaysia tidak lagi selamat dikunjungi. Para pelabur pun takut untuk melabur dengan Malaysia dan ini menjadikan satu ancaman terhadap ekonomi, kestabilan politik dan keselamatan negara. Segala bentuk ancamam terhadap keselamatan negara dari dalam dan luar negara haruslah dibendung terlebih awal supaya ianya tidak merebak menjadi lebih parah.

Penulis mengharapkan lebih ramai lagi ngo's dan umno membuat lapuran polis supaya pihak polis dapat bertindak menghalang mereka dari terus membuat huruhara.

Siapa sebenarnya Ambiga Sreenesavan yang sebenar? Beliau merupakan bekas presiden majlis peguam adalah orang yang bertanggongjawab menerima memorandun menuntut perlaksanaan Interfaith Commission ( IFC ) pada 21 Ogos 2001. Majlis peguam telah menerima memorandum untuk menuntut perlaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Apakah ahli ahli PAS yang dipimpin olih Timbalan Presiden yang baru Haji Mohamad Sabu yang juga Timbalan BERSIH 2.0 masih lagi menganggap penubuhan IFC itu satu yang BERSIH bagi mereka? Dalam satu forum anjuran DAP pada Jun 2007, Ambiga mempertikaikan perlaksanaan hukum syariah dalam artikel 121 ( 1A ) berkaitan dengan kes Lina Joy. Apakah Ambiga yang menyokong kebebasan beragama yang dimahukan olih Lina Joy ini dianggap BERSIH olih parti PAS?

Mengapa mereka tidak membuat demontrasi untuk menuntut pembatalan memorandun tersebut di hadapan pejabat Majlis Peguam?




Siapa dikiri kanan Ambiga Sreenevasan?

Timbalan Presiden PAS yang baru Haji Mohamad Sabu





Ahad, Jun 12, 2011

Terengganu Juara FA & SUKMA XIV 2011

Terengganu hari ini muncul Juara Keseluruhan Sukan Malaysia XIV ( SUKMA 2011 ) dan semalam Terengganu menjadi Juara Piala FA ke 22 apabila menewaskan musuh tradisi Kelantan 2 - 1. Tahniah kepada pasukan Terengganu & juga rakyat Terengganu serta Pemimpin Terengganu. Terengganu Nelang, Terengganu Bolih.
Gambar Berita Harian Online 12 Jun 2011

UMNO perlu wujudkan unit tempur siber bersistematik: Ahmad Zahid

BENTONG: UMNO perlu mewujudkan "unit tempur siber" yang lebih bersistematik dan mantap bagi menangani isu yang dibangkitkan pembangkang dalam alam siber.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata unit tempur siber parti ketika ini dilihat tidak memberikan perincian serta penghayatan pada sesuatu isu sehingga gagal menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar.

Malah, katanya, unit berkenaan juga selalu kalah dalam menjawab isu yang dibangkitkan pembangkang dalam media baru itu. "Berbanding pembangkang, mereka (unit siber) dikumpulkan dan mengupas isu mengikut tafsiran masing-masing yang kebanyakannya menjurus ke arah membelasah kerajaan.

"Padahal kita ada kumpulan yang lebih besar tetapi mungkin satu unit tempur siber yang bersistematik perlu diwujudkan bagi membalas segala serangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Bentong di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, yang juga Ketua UMNO bahagian itu. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, maklumat yang tepat dan jelas, penting bagi menarik masyarakat khususnya golongan muda dan pengundi atas pagar daripada terjebak dalam dakyah pembangkang.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut meminta semua ahli UMNO memainkan peranan dalam memberikan penerangan mengenai dasar kerajaan dan tidak hanya berharap ia dilakukan oleh pemimpin mereka. - BERNAMA
Petikan Berita Harian Online 12Jun 2011

Sabtu, Jun 04, 2011

Wawancara Ahmad Lutfi Othman dan Suria Janib bersama Haji Mohamad Sabu 14 Jun 1998






Semua diatas adalah realiti dan fakta 13 tahun lalu ketika DS Anwar Ibrahim masih lagi lagi Timbalan Perdana Menteri dan Haji Mohamad Sabu sebagai Ahli Parlimen.

Hari ini DS Anwar Ibrahim berjuang mendaki jawatan tertinggi negara dengan apa cara sekali pun termasuk mendapat sokongan dari rakan rakan berlainan parti.

DS Anwar Ibrahim yang sanggup buat apa sahaja termasuk menjalin hubungan dengan USA dan bangsa Yahudi seperti Paul Wolfowift demi cita citanya menjadi Perdana Menteri.

PAS dan Haji Mohamad Sabu sudah lupa kenyataan diatas. Demi kuasa dan harta akhirnya mereka lalai. Tetapi mereka juga lupa yang kenyataan mereka telah dirakam dalam lembaran kertas yang ditulis olih Ahmad Lutfi Othman dan Suria Janib dari Majalah Tamadum pada keluaran Julai 1998.

Kenyataan diatas juga telah membuktikan PAS dan Haji Mohamad Sabu adalah hipokrit apabila PAS telah menerima dan bergabung dengan DS Anwar sebula selepas pemecatan beliau pada 2 September 1998.

Hari ini Haji Mohamad Sabu telah ditabalkan menjadi Timbalan Presiden PAS yang baru menggantikan Nasharuddin Mat Isa yang tewas dalam pertandingan 3 penjuru pada Muktamar PAS ke 57 di Taman Malewar hari ini.

Senarai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat 2011 / 2013

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersalaman bersama timbalannya yang baru, Mohamad Sabu selepas diumumkan memenangi kerusi Timbalan Presiden PAS bagi sesi 2011/2013 selepas menewaskan penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib presiden parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di Taman Melewar, Kuala Lumpur, hari ini.
Foto Sairien Nafis / Berita Harian.

Mohamad Sabu dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru bagi sesi 2011 / 2013 selepas menewaskan penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib presiden parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau memperoleh 420 undi daripada 1,045 perwakilan yang mengund,i manakala pencabar terdekat, Tuan Ibrahim memperoleh 399 undi dan Nasharuddin hanya mendapat 224 undi daripada perwakilan.

Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat sesi 2011-2013

Presiden :
Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden :
Haji Mohamad Sabu

Naib Presiden :
Salahuddin Ayub
Datuk Mahfuz Omar
Datuk Husam Musa

Ahli Jawatankuasa :

1. Mazlan Aliman
2. Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli
3. Datuk Kamarudin Jaffar
4. Mohamed Hanipa Maidin
5. Datuk Seri Azizan Abdul Razak
6. Dr. Dzulkefly Ahmad
7. Dr. Mujahid Yusof Rawa
8. Khalid Abdul Samad
9. Abdul Ghani Shamsuddin
10. Ir. Amiruddin Hamzah
11. Abdul Wahid Endut
12. Datuk Abu Bakar Chik
13. Datuk Mohd Amar Abdullah
14. Datuk Dr. Mahfodz Mohamed
15. Dr. Siti Mariah Mahmud
16. Datuk Dr. Hassan Ali
17. Abdul Ghani Abdul Rahman
18. Nuridah Salleh


Kemerosotan undi Cina umpama barah

Petikan Komentar Noor Sulastry Yurni Ahmad


Parti politik melangkaui batasan perkauman kini semakin popular


KEMENANGAN Parti Pesaka Bumiputera (PBB) sememangnya sudah dijangkakan oleh Presiden partinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud seperti yang dinyatakan oleh beliau baru-baru ini dalam media tempatan. Keyakinan beliau yang amat tinggi mengenai kemenangan itu adalah sebuah pendekatan yang positif dalam usaha meningkatkan tarikan pengundi dan penyokong terhadap kepemimpinan Barisan Nasional (BN) secara keseluruhannya.
Namun begitu, dalam aspek yang lain pula, parti lain mengambil langkah yang lebih tangkas untuk memantapkan jentera parti masing-masing bagi memastikan kedudukan mereka terbela dalam pilihan raya umum yang bakal menjelma tidak lama lagi. Kenyataan mengenai kemenangan besar PBB di Sarawak telah memberikan mesej yang sangat jelas kepada semua parti politik terhadap kedudukan BN dalam arena politik lokal tanah air.

Topik yang sering dikaitkan selepas berakhirnya pilihan raya itu ialah berkaitan dengan peratusan pengundi Cina yang kelihatan merosot setiap kali jumlah peratusan pengundian diperoleh. Ramai penganalisis tempatan dan tokoh politik tempatan menganalisis mengenai kemerosotan ini yang mana fenomena ini sudah menjadi barah dalam sistem politik tempatan.

Pelbagai pendapat dan pandangan diberikan berdasarkan kepada statistik pengundi yang diberikan mengenai situasi ini. Pengecutan jumlah pengundi Cina terutama di kawasan bandar dan tertumpu di kawasan perniagaan. Mengapa ini boleh berlaku?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ada mengeluarkan kenyataan mengenai kehendak pengundi Cina yang kurang dipenuhi adalah antara faktor yang menyumbang kepada perkara ini. Ternyata, pandangan beliau ini sedikit sebanyak membuka mata ramai pihak untuk bertindak balas dengan segera sebelum keadaan menjadi parah. Namun begitu, kemerosotan ini bukan suatu perkara baru sehingga menggemparkan dunia politik. Perkara yang membimbangkan ialah mengenai perpaduan politik yang sukar dicapai dalam komponen parti politik BN itu sendiri.

Desas-desus mengenai MCA yang mahu meninggalkan BN juga memainkan peranan terhadap sokongan pengundi Cina yang beralih ‘kasih’ kepada DAP.
Adakah parti MCA dan GERAKAN tidak mampu menyuarakan hasrat masyarakat Cina sehingga mereka terpaksa mencari alternatif terhadap perkara ini atau adakah masyarakat Cina sudah matang berpolitik dan mereka sedar betapa pentingnya hak mereka perlu dipertahankan melalui parti politik? Atau adakah parti politik berasaskan perkauman sudah tidak popular dan relevan dalam konteks politik tempatan dan glokal? Tepuk dada tanyalah selera.

Pelbagai usaha dipergiatkan oleh kepemimpinan BN bagi meraih sokongan masyarakat Cina, termasuk dari segi program dan pelaksanaan kerajaan BN yang sudah, sedang dan akan dijalankan. Namun, kelompok masyarakat Cina masih bersikap dingin dan seolah-olah tawar hati untuk memberikan sokongan padu kepada BN. Isu rasis sudah tidak menjadi masalah pada hari ini oleh kerana tidak mahu membelakangkan sejarah dan perlembagaan, struktur parti politik tempatan yang dibentuk berasaskan kaum pada era sebelum 1957 masih diterima baik oleh semua pihak. Kini, parti politik yang melangkaui batasan kaum menjadi lebih popular. Walau bagaimanapun, konflik yang timbul dalam parti seperti DAP, PKR dan KITA sukar disembunyikan daripada pengetahuan ramai.

Erti kemenangan sesebuah parti politik amat bermakna bagi semua pihak terutama pengundi kerana merekalah juara, raja, permaisuri, majikan dan ketua yang memilih siapa yang bakal memimpin anak bangsa mereka pada masa depan.

Namun begitu, perkara yang dibincangkan di atas tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia sangat signifikan dalam memastikan survival sesebuah parti politik negara. Topik utama yang menjadi fokus kepada perbincangan ini perlu distruktur semula supaya selaras dengan konsep yang dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Najib iaitu 1Malaysia. Atas platform gagasan inilah, masyarakat Malaysia harus berlatarbelakangkan sejarah dan perlembagaan negara untuk bergerak seiringan bagi membentuk perpaduan nasional.

Perpaduan yang dikatakan ini kelihatan retorik dan mungkin kabur untuk dipastikan kejayaannya tetapi dalam sejarah tempatan, masyarakat boleh bersatu padu demi memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu suatu ketika dulu.
Walaupun ini semua sudah tinggal sejarah, tidak mustahil untuk melakukan perubahan demi kebaikan masa depan anak bangsa dan negara secara keseluruhan.
Penggerak utama kepada perubahan ini perlu dimulakan daripada hubungan dua hala iaitu dari pemimpin kepada rakyat dan pemimpin perlu menerima pandangan rakyat pada masa yang sama supaya hegemoni terhadap masyarakat tidak diperkukuhkan lagi. Pemimpin harus bersikap terbuka untuk menerima perubahan selepas ini kerana kejayaan pada hari ini tidak selamanya akan kekal sehingga akhir zaman.

Penulis ialah panel penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya

Jumaat, Jun 03, 2011

Hina Raja, 14 kes sudah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan lima kes sudah berhasil dengan pelbagai keputusan mahkamah. Datuk Seri Dr Rais

Keratan Akhbar Sinar Harian Edisi Terengganu 30.5.2011

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bersama pihak perundangan lain sentiasa mengambil tindakan terhadap pengendali tulisan dalam internet yang menghina raja, agama dan budaya.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, 14 kes sudah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan lima kes sudah berhasil dengan pelbagai keputusan mahkamah, "namun ini tidak banyak dilaporkan media."
"Berita yang hina raja, Yang di-Pertuan Agong, agama dan budaya adalah tergolong kepada tindakan yang seharusnya kami ambil bersekali dengan polis dan juga pihak yang bertauliah menjalankan tugas di bawah akta atau undang-undang masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Bernama TV di Wisma Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Jaringan Melayu Malaysia semalam mengenai sikap berdiam diri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap pengendali The Malaysian Insider meskipun laporan dibuat terhadap portal berita itu kerana didakwa secara jelas dan sengaja mencetus provokasi perkauman, penghinaan terhadap Raja-raja Melayu dan fitnah terhadap pemimpin negara.

Rais berkata, beliau meminta Peguam Negara memberi beberapa lunas untuk menentukan supaya pihak-pihak ini dikenakan proses pendakwaan dengan mengambil kira kepentingan negara dan rakyat.

"Jadi secara kategori perbuatan menghina Yang di-Pertuan Agong atau menghina Raja-raja yang lain termasuk kerja menghasut berhubung dengan agama, sedang dalam proses penilaian Jabatan Peguam Negara," katanya.

Rais berkata, ini kerana banyak kes seperti itu diketepikan sahaja di peringkat awal.
"Dan saya sendiri rasakan sudah sampai masanya bahawa lunas undang-undang hasutan, undang-undang mencerca dan memberi berita palsu dan undang-undang yang memberi kesan negatif dari segi undang-undang kerajaan kita, perlu diambil tindakan," katanya.

Rais berkata, beliau memklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam mesyuarat kabinet semalam.

"Tinggal lagi perkara-perkara berhubung mensia-siakan nama baik Yang di-Pertuan Agong itu kami ambil tindakan serius...hasilnya kami akan lapor pada ketika yang munasabah.

"Apa yang kami ambil tindakan sebagai lunas undang-undang tidak semestinya diumumkan peringkat demi peringkat," katanya.

Terdahulu ketibaan Rais yang diiringi Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf di Wisma Bernama, disambut Pengerusi Bernama, Datuk Abdul Rahman Sulaiman, Pengurus Besar Bernama Datuk Hasnul Hassan, Ketua Pengarang Datuk Yong Soo Heong serta pegawai kanan lain.

Beliau turut diberi taklimat oleh Hasnul sebelum melawat operasi Bernama TV di tingkat tiga bangunan itu. - BERNAMA


Petikan Berita Harian online 2 Jun 2011

Ahad lalu penulis membuat laporan polis terhadap satu "Fan Page" Facebook yang menghina Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin.