MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, Disember 12, 2010

Komen Awang Selamat terhadap Namewee

Salam Blogger,

Ulasan Awang Selamat ada kebenaran, ramai yag menganggap pembelaan Nazri kepada Namewe tak ubah peribahasa kera di hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. Untuk apa Namewee diberi pembelaan sedangkan ramai lagi yang harus kerajaan bantu. Saya bukan anti perkauman tetapi seharusnya budak seperti ini tidak harus dilayan dan dimanja. Apakah perlu sesaorang itu membuat sesuatu diluar undang undang barulah kerajaan memberi pengitirafan? Perkara seperti ini juga berlaku dalam politik UMNO, ahli yang berkerja keras bagi memastikan kemenangan UMNO tidak diberi tempat dalam parti pun kerajaan, tetapi apabila ahli dari pembangkang yang maki hamun UMNO, keluar parti dan menyertai UMNO di beri tempat dalam parti dan kerajaan termasuk dilantik Senator.

Utusan Malaysia Online - Rencana

Ahad, Oktober 31, 2010

Hayati Titah Raja Raja Melayu.

Assalamualaikum,

Majlis Raja Raja Melayu melahirkan rasa gusar terhadap perkembangan politik semasa dalam negara yang meniup angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan Negara.

Penyimpan Mohor Besar Raja Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah Dalam kenyataannya semalam berkata, Raja Raja Melayu berpegang bahawa kontrak sosial yang dipersetujui itu adalah watikah yang menjadi asas kepada keadilan sosial di negara ini yang merangkumi cita cita bagi mencapai hasrat pembahagian ekonomi yang adil.

Mesyuarat Majlis Raja Raja Melayu yang ke 222 pada 13 dan 14 Oktober 2010 yang lalu juga mengambil maklum akan kebimbangan akan perkembangan semasa dan kebimbangan yang disuarakan olih individu dan pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ) berhubung perkara yang menyentuh Ugama Islam, Kedaulatan Raja Raja Melayu, Orang Melayu dan Bahasa Melayu.

Raja Raja Melayu menitah setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama harus bersatu serta setia kepada negara demi memelihara kedaulatan dan kemakmuran negara.


Berita Harian Online Raja Melayu gusar

Isnin, Oktober 11, 2010

Cakap macam ular sawa

Kerajaan pusat tidak pernah bermusuh dengan kerajaan PAS Kelantan demikian menurut Presiden Pribumi Perkasa Malaysia ( PERKASA ) Datuk Ibrahim Ali. Beliau juga turut membidas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya nampak kuman di Artartika tetapi kepala keretapi depan rumah tak nampak. Cakap macam ular sawa, inilah politik yang tidak ikhlas," katanya.
Maklumat lanjut sila klik pautan dibawah.
Utusan Malaysia Online - Politik

Ahad, September 19, 2010

Ulasan Awang Selamat mengenai komen Nazri pada Perkasa

Salam Blogger,

Tahniah diucapkan pada Awang Selamat kerana berani membuat teguran yang membina kepada Nazri Aziz yang selama ini begitu lantang menyuarakan pandangan kepada Tun Mahathir.

Nazri sepatutnya lebih menghormati saorang Negarawan seperti Tun Mahathir yang banyak berjasa kepada negara. Perkasa bukanlah sebuah pertubuhan politik, Perkasa adalah pertubuhan bukan kerajaan sepertimana pertubuhan lain yang berdaftar dengan ROS.

Apa pun tahniah kepada Awang Selamat dan Utusan kerana membantu rakyat khususnya orang melayu menyuarakan pendapat mengenai hak hak orang melayu yang semakin layu. Perkasa adalah ngo melayu yang memperjuangkan hak melayu dan bumiputra supaya mereka ini tidak ditindas dan menjadi pelarian di tanah air sendiri.

Utusan Malaysia Online - Rencana

Sabtu, September 18, 2010

Pelakun M Rajoli meninggal dunia.


Assalamualaikum,

Alfatihah.

Pelakon veteran M Rajoli meninggal dunia pada jam 11.00 malam 17.9.10 di Hospital Ampang Kuala Lumpur selepas dimasukkan ke wad kecemasan setelah mengalami tekanan darah rendah dan tekanan jantung.
Sebelum ini M Rajoli pernah pernah menjalani pembedahan kepala akibat penyakit tumor sejak 4 tahun yang lalu.
Jenazah Allahyarham akan di kebumikan di tanah perkuburan keramat selepas zohor nanti.
Kita kehilangan saorang pelakon dan pelawak terkenal tanahair. Kepada keluarga Allahyarham diucapkan takziah diatas pemergian Allahyarham dan bersama sama kita doakan supaya Allahyarham ditempatkan bersama golongan mereka mereka yang solih. Amiiiiin.

Utusan Malaysia Online - Terkini

Khamis, September 16, 2010

Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke 47

Salam Blogger,

Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957 dah 53 tahun lamanya. Setiap tahun negara menyambut ulang tahun kemerdekaan. Pada 16 September 1963 dengan kemasukan Sabah dan Serawak ke dalam Persekutuan Tanah Melayu maka terbentuklah sebuah negara yang diberi nama Malaysia. Hari ini kali pertama kita menyambut Hari Malaysia sejak ia ditubuhkan 47 tahun yang lalu.

Ramai yang tertanya tanya mengapa sekarang baru menyambut Hari Malaysia? Jawapannya cukup mudah, sambutan hari ini juga sempena ulang tahun kedua Dato' Seri Anwar Ibrahim dan rakan kabinet bayangannya mengambilalih Putrajaya. Maka sempena ulang tahun tersebut buat pertama kali negara menyambut Hari Malaysia. Selamat Menyambut Hari Malaysia dan Selamatkan Malaysia dari Anwar Ibrahim.

Isnin, September 13, 2010

Jauhi Perkasa

Salam Blogger

Saya amat bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir mengenai sokongan UMNO terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia ( PERKASA ) yang dipimpin olih Datuk Ibrahim Ali.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur yang mempengerusikan mesyuarat Barisan Nasional di Putra Jaya Baru baru ini.

Keputusan Barisan Nasional sebulat suara 13 parti komponennya termasuk UMNO menolak untuk berkerjasama dengan PERKASA atau Presidennya Datuk Ibrahim Ali dalam pilihanraya umum akan datang kerana kekuatiran kehilangan undi dari kalangan bukan melayu. Apakah hari ini UMNO membela nasib orang melayu? Jika ada pun itu hanyalah tanggungjawab kerajaan kepada rakyat, ibarat pertolongan bapa kepada anak.

Dengan pengumuman demikian, demi menjaga hati parti komponen UMNO telah memerangi perkasa. Walaupun pilihanraya masih tidak diketahui tarikhnya, Perkasa bolih mempersiapkan diri mempertahankan presidennya atau mendaftar sebagai sebuah parti politik.
Jika ini berlaku, UMNO akan kehilangan lebih banyak kerusi dan gagal membentuk kerajaan. Perkasa diwujudkan diatas kesedaran untuk membela nasib orang melayu islam yang semakin layu. Orang melayu amat memerlukan sebuah badan NGO seperti Perkasa bagi melindungi kepentingan mereka. Sekarang ini Perkasa telah wujud di setiap negeri dan parlimen. Kekuatan Perkasa tidak bolih dipandang remeh olih pemimpin UMNO.

Seharusnya UMNO perlu mencari mengapa masih ramai rakyat tidak menyertai parti politik dan tidak mendaftar sebagai pemilih? Mereka sebenarnya bosan dengan parti politik yang mempunyai fahaman sempit dan mengambil sikap berdiam diri. Apabila Perkasa diwujudkan mereka ini menyertai Perkasa untuk mempertahankan melayu dan pribumi supaya tidak menjadi pelarian ditanahair sendiri.

Utusan Malaysia Online - Politik

Rabu, September 01, 2010

Tan Sri Ismail Omar dilantik KPN baru

Salam Blogger,

Jabatan polis hari ini telah melantik Tan Sri Ismail Omar 57, sebagai Ketua Polis Negara yang baru menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang bersara hari ini. Muasa 59, yang bersara pada tahun 2007 disambung kontraknya sebanyak dua kali. Musa yang tempoh bersaranya 12 September ini telah berkhidmat dalam pasukan polis selama 41 tahun. Tempat Ismail pula di ganti olih Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awan Datuk Hussin Ismail 57. Tahniah kepada Tan Sri Ismail Omar dan Datuk Hussin Ismail diatas perlantikan dan kepercayaan kerajaan bagi menerajui PDRM yang baru.

Berita Harian Online Tan Sri Ismail Omar dilantik KPN baru

Selasa, Ogos 31, 2010

Khamis, Ogos 26, 2010

Dana Khas Hari Raya 2010

Assalamualaikum Blooger

Hari ini rakyat didalam Dewan Undangan Negeri Kawasan Air Putih Zon 1 menerima sumbangan Dana Khas Hari Raya 2010 bertempat di Dewan Sivik Rumah Murah Binjai Kemaman.

Seramai 2399 orang yang mempunyai pendapatan rendah dan juga warga emas serta orang kurang upaya menerima sumbangan daripada kerajaan Terengganu. Kesemua 12 buah kampung dalam zon 1 menerima sumbangan tersebut.

Terima kasih kepada YAB Menteri Besar Datuk Seri Haji Ahmad Bin Said dan kerajaan negeri Terengganu atas sumbangan tersebut.

26 Ogos 2010

Rabu, Ogos 25, 2010

PENGGANTUNGAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT QBI PACKAGING SDN BHD

Assalamualaikum,

Semalam JAKIM dalam kenyataan laman web http://halal.gov.my telah mengambil keputusan menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd sehingga Jakim berpuas hati dengan kehalalan produk keluaran syarikat berkenaan berkuat kuasa 19 Ogos 2010.

QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.

Hari ini Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP ) menerusi Presidennya SM Mohamed Idris menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya segera menarik balik penjualan minyak sapi QBB dipasaran berikutan tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) yang menarik balik status halal minyak sapi itu yang didakwa mengandungi elemen yang meragukan.

Isnin, Ogos 23, 2010

MEMBANGUNKAN KOMUNITI ISLAM ASIA MELALUI PENDIDIKAN

Assalamualaikum,

Saudaraku, marilah kita sama sama membantu membangunkan komuniti Islam Asia melalui pendidikan dengan menyertai TABARRU' ASIA . Segala sumbangan ikhlas bolih disalurkan melalui no akaun 1211 0000 2747 17 Bank muamalaf diatas nama TABARRU' ASIA atau melalui online banking di http://www.maybank2u.com/

Semoga Saudara mendapat rahmat dari Allah Subhanahualtaala. Amin.

Khamis, Ogos 19, 2010

Bapa Borek Anak Rintik.

Assalamualaikum Blogger,

Peribahasa Bapa Borek Anak Rintik wajar diberi kepada keluarga pemimpin Parti Keluarga Refomasi PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah Anwar.
Sebelum ini Anwar telah membertahu dunia bahawa kepimpinan kerajaan Malaysia telah berlaku tidak adil dan bermacam macam tuduhan.

Pada 4 Ogos lalu anaknda beliau Nurul Izzah pula telah memburukan pertahan negara di Indonesia. Kedua dua mereka adalah Ahli Parlimen Malaysia yang sepatutnya mempertahankan negara dari segi ancaman terhadap keselamatan negara dan bukannya mendedah keburukan negara pada dunia luar.

Untuk mencari pengaruh politik menjelang PRU 13 akan datang sekali pun, bukanlah dengan cara menjual maruah negara kepada negara asing. Cuba pembaca semua ingatkan kembali, apakah yang dilakukan olih Anwar semasa beliau berada dalam kerajaan? Beliau tidak meminda pelembagaan kerana ketika itu beliau merasa selesa dengan jawatan. Sekarang setelah gagal menawan Putrajaya dan gagal meraih simpati rakyat, maka Anwar dan Nurul Izzah cuba meraih simpati sokongan negara luar. Saya yang sekolah rendah pun tidak terfikir yang rakyat negara asing bolih memberi undi untuk Anwar dan Nurul Izzah.

Utusan Malaysia Online - Terkini

Khamis, Ogos 05, 2010

Ahmad Said antara 7 penerima darjah kebesaran Terengganu

Salam Blogger

Tahniah kepada YAB Menteri Besar Terengganu diatas anugerah darjah kebesaran ulang tahun Keputraan ke 48 Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin pada istiadat yang berlansung di Istana Maziah Kuala Terengganu hari ini. maklumat lanjut sila klik pautan dibawah.

Berita Harian Online Ahmad Said antara 7 penerima darjah kebesaran Terengganu

Ahad, Ogos 01, 2010

Calon PRU 13?

Salam Blogger,

Saya terbaca tulisan " Dato' Za Za " pada dinding facebook YB. Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang di tulis pada 21 Julai lalu yang menyatakan bahawa YB. Dato' Din Adam Adun Bukit Besi Dungun Terengganu akan dipilh semula pada pilihanraya umum akan datang. Masih terlalu awal untuk membuat andaian tentang siapa calun PRU 13. Saya teringat kisah saorang rakan di yang diarah turun padang mendamping ahli parti dan masyarakat 6 bulan lebih awal sebelum parlimen bubar dan tiada percalunan disaat akhir. Akhirnya rakan tersebut merasa malu dipermainkan dan terus meninggalkan parti dan sedikit sebanyak menjejaskan parti. Ada juga yang nama mereka diserahkan olih pengerusi perhubungan kepada presiden dan tidak dipersetujui presiden maka ahli tersebut tiada dalam senarai calun. Serah sahaja pada pucuk pimpinan yang menentukan siapa calun PRU akan datang. Tak salah kita berusaha, tetapi jangan menyimpan harapan yang tinggi. Sekian.
Tulisan "Dato' Za Za" Klik disini.

Rukun Negara dicadang dibaca di setiap majlis rasmi kerajaan. T Muruguah

Salam Blogger

Hari ini Timbalan Menteri di Jabatan Pendana Menteri, Datuk T Murugiah menyarankana agar rukun negara dibaca dimajlis rasmi kerajaan selepas nyanyian lagu negaraku.
Berita Harian Online Rukun Negara dicadang dibacakan di setiap majlis rasmi kerajaan Pada pandangan saya bacaan rukun negara ini patut dilakukan di peringkat pra sekolah lagi. Seingat saya sewaktu saya bersekolah rendah masih ada tulisan Rukun Negara dan Lagu Negaraku di belakang buku tulis yang dijual kepada pelajar. Setiap kali ada pembarisan disekolah kami diminta menyanyikan Lagu Negaraku dan membaca ikrar Rukun Negara. Saya tidak mengetahui bila tulisan itu dihapus. Generasi hari ini tidak tahu mengenai Rukun Negara menyebabkan tiada lagi taat setia pada negara. Sekian.

Warga Emas ditetak olih sekumpulan samseng.

Salam Blogger

1 Ogos 2010. Ampang Jaya. Saorang warga emas maut dan dua anaknya cedera parah akibat ditetak olih sekumpulang samseng kerana menghalang kumpulan itu merekrut 2 orang anak mangsa menyertai kumpulan mereka. Berita lanjut sila lawati Utusan Malaysia Online - Terkini

Sabtu, Julai 03, 2010

Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman

Salam Blogger,

Sabtu 3 Julai 2010. UMNO Bahagian Kemaman telah mengadakan mesyuarat agung perwakilan hari ini dirasmikan olih YB Dato' Seri Dr. Haji Ahmad Zahid Bin Hamidi Naib Presiden UMNO Malaysia merangkap Menteri Pertahanan Malaysia. Bercakap kepada pemberita selepas perasmian tersebut, Zahid berkata, pada dasarnya jawatan pengerusi perhubungan UMNO di 5 buah negeri akan diisi olih pimpinan negeri. Sekarang ini pengerusi perhubngan UMNO negeri Pulau Pinang adalah Dato' Seri Dr. Haji Ahmad Zahid, Selangor - Dato' Seri Najib, Wilayah Perskutuan - Tan Sri Muhyiddin, Kedah - Dato' Seri Mohad Shaffie Afdal dan Terengganu - Dato' Seri Hishamudin.

Dalam ucapan perasmiannya Zahid berkata, rakyat negeri Terengganu beruntung dapat pemimpin yang prihatin kepada masalah rakyat dan sentiasa turun padang mendengar masalah rakyat. Beliau juga menasihatkan ahli UMNO supaya tidak melaga2kan pemimpin tentang siapa yang patut menjadikan Menteri Besar Terengganu kerana ini adalah ketentuan ALLAH yang telah memilih Dato' Ahmad Said menjadi menteri besar Terengganu.
Menteri Besar Dato' Ahmad Said pula menegaskan pemimpin UMNO peringkat akar umbi mestilah kerap turun padang berjumpa dengan rakyat walau pun pilihanraya masih jauh supaya rakyat sentiasa rapat dengan pemimpin. Banyakkan aktiviti kemasyaraktan yang dapat mengeratkan pemimpin dengan rakyat.
Sebelum itu Setiausaha UMNO Bahagian Kemaman En. Rosli Ahmad dalam ucapan aluannya mewkili UMNO Bahagian Kemaman meminta YB Dato' Seri Ahmad Zahid selaku Naib Presinden UMNO paling kanan menyampaikan hasrat UMNO Bahagian Kemaman supaya jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dikembalikan kepada Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said dan mendapat tepuk gemuruh daripada perwakilan menandakan sokongan dengan cadangan tersebut.

Rabu, Jun 30, 2010

Kecelaruan dalam pakatan rakyat.

Salam blogger

Kecelaruan dalam pakatan rakyat semakin menjadi. 18 Jun yang lalu Pengerusi DAP YB Karpal Singh telah membuat kenyataan bahawa kerusi Parlimen Batu perlu diistiharkan kosong ekoran perintah Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman denda RM 2000 atau penjara dua bulan terhadap YB Tian Chua dari PKR kerana mengigit saorang anggota polis pada Disember 2007.

Walau apa yang dikatakan olih Karpal itu ada betulnya, tetapi pandangan rakyat seperti ada pergeseran diantara DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Hari ini Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara islam acuan PAS yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun adalah salah.

Menurut Datuk Nik Abdul Aziz, PAS akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sekian lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam pakatan pembangkang termasuk DAP.

Katanya, jika terdapat suara sumbang yang datang daripada pemimpin parti pakatan pembangkang yang mencurigai hasrat PAS itu, ia adalah pendapat peribadi masing masing.

Sabtu, Jun 19, 2010

Terengganu juara Sukma 2010

Melaka 19 Jun 2010. Terengganu muncuk juara keseluruhan buat kali kedua berturut turut pada termasya Sukan Malaysia ( SUKMA ) XIII Melaka 2010 yang berakhir hari ini.

Kali pertama Terengganu muncul juara keseluruhan pada tahun 2008 ketika Terengganu menjadi tuan rumah SUKMA XII.

Dengan 47 pingat Emas, 30 pingat Perak dan 43 pingat Gangsa Terengganu dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Tempat kedua dimiliki oilh Negeri Selangor dengan 43 pingat Emas, 43 pingat Perak dan 58 pingat Gangsa.

Tempat ketiga milik Wilayah Persekutuan dengan 43 pingat Emas, 42 pingat Perak dan 49 pingat Gangsa.

Sabtu, Mei 01, 2010

Wan Hakim melawat Kampong Lot Seri Jaya

Assalamualaikum.
Jumaat 30 April 2010 YB Adun Kawasan Air Putih Tuan Haji Wan Abdul Hakim telah mengadakan satu lawatan mengejut ke Kampong Lot Seri Jaya Binjai Kemaman Terengganu.
Tujuan lawatan adalah bagi melihat dan mendengar sendiri masalah orang kampong terutama warga emas.
Kunjungan Adun Air Putih dan kakitangan pusat khidmat masyarakat DUN Air Putih disambut olih Pengerusi JKKK yang juga Ketua UMNO Cawangan Kg Lot Seri Jaya dan ahli jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pemuda dan juga Puteri yang kebetulan sedang membersih persekitaran kawasan surau Kg Lot Seri Jaya.
Dalam lawatan tersebut Wan Abdul Hakim sempat menziarahi lapan buah rumah warga emas dan memberi sedikit sumbangan sebagai cenderahati.
Antara rumah yang dilawati, Bekas Iman Surau Kg Lot Seri Jaya Tuan Haji Saleh Mohd, Puan Fatimah Sulong, En Mohd Hassan, En Ton Lahat Ton Mamat, Puan Aishah Saman, En Ramli Mohd, En Jaffar Karim dan Puan Fatimah Dollah.

Dengan kunjungan tersebut sedikit sebanyak dapat mempeeratkan lagi hubungan rakyat dan pemimpin.
Diharap pemimpin lain dapat mencontohi kepimpinan Wan Abdul Hakim dimasa akan datang.

Khamis, April 15, 2010

Adun Bakar Arang Kedah keluar parti


Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun ) Bakar Arang Kedah, Tan Wei Shu ( gambar ) hari ini mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) kerana hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR yang hanya mementingkan diri sendiri. Beliau menyatakan demikian pada satu sidang akhbar khas di Kuala Lumpur hari ini.
** Gambar Berita Harian

P Kamalnathan calon BN Hulu selangor


Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan diumumkan sebagai calon Barisan Nasional pada Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Pengumuman dibuat olih Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis sebentar tadi. Kamalanathan 45, merupakan anak jati Rawang. Selain Kamalanathan yang disebut sebut sebelum ini ialah Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor yang juga Naib Ketua Pemuda MIC Pusat V Mugilan dan calon pilihan Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu yang juga Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel.

Dalam perkembangan lain, pilihanraya kecil Hulu Selangor dijangka menyaksikan pertandingan empat penjuru selain Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat terdapat dua calon bebas. Calon Barisan Nasional P Kamalanthan, PKR Datuk Zaid Ibrahim, Bekas Timbalan Pengerusi MIC Hulu Selangor yang sedang digantung keahlian selama setahun olih parti V. S. Chandran dan saorang ahli perniagaan Johan Mohd Diah pula calon Bebas.

** Gambar Berita Harian

Sabtu, April 03, 2010

Hormati keputusan Sultan Pahang

Kuantan - Semua pihak perlu menghormati keputusan Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah yang berkenan meringankan hukuman sebat keatas Kartika Sari Dewi Shukarnor yang didapati bersalah meminum arak dan diganti dengan kerja khidmat komuniti selama sebulan.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang ( MUIP ) Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, Sultan Pahang telah mengambil kira kesalahan tersebut kali pertama dilakukan olih bekas model sambilan itu.
"Namun jika ada pihak yang tidak puas hati dengan keputusan ini bolihlah membawanya kemuka pengadilan" katanya pada sidang akhbar sempena Pelancaran Kempen Ops Potongan Zakat Berjadual ( PZB ) 2010 disini hari ini.

Petikan Utusan Online

Sementara itu Peguam Peguam Muslim Malaysia ( PPMM ) dukacita hukuman sebat Kartika Sari Dewi Shukarnor, diganti dengan kerja kemasyarakatan selam tiga minggu bermula hari ini.
Setiausaha Agungnya, Abdul Halim Bahari, dalam satu kenyataan, berkata pengantian hukuman itu didakwa tidak mengambil kira hasrat dan kemahuan Kartika yang mahu disebat secara syarie.

Berita lanjut Berita Harian online

Pada 1 April lalu Sultan Pahang, Sutan Ahmad Shah berkenan meringankan hukuman sebat terhadapat bekas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor, kerana kesalahan minum arak yang diganti dengan kerja khidmat komuniti selama sebulan.

Berita lanjut Utusan Online

Sabtu, Mac 13, 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kemaman.

Salam 2 All


Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Kemaman begitu meriah walau pun cuaca begitu panas tidak melemahkan semangat umat islam Daerah Kemaman.
Seramai lebih 28 ribu perserta dari pelbagai jabatan dan agensi serta kanak kanak sekolah dan Tadika menyertai perarakan yang dirasmikan olih Datuk Seri Hishamudin Tun Hussien Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu merangkap Menteri Dalam Negeri.
Pegawai Daerah Kemaman sedang menyampaikan ucapan aluan.














Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said memberi ucapan.



Datuk Seri Hishamudin merasmikan perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kemaman.









Antara jemputan yang hadir.












Antara jemputan yang hadir.
















UMNO Cawangan Kg Lot Seri Jaya.




























Perserta berusia 8 Tahun yang berjaya menamatkan perarakan sejauh 6.5 kilometer











Perserta yang berusia 9 tahun yang berjaya menamatkan perarakan sejauh 6.5 kilometer.












Sebahagian daripada perserta yang mewakili JKKK Kg Lot Seri Jaya.























Kontijen JKKK Kg Lot Seri Jaya.
























Perserta dari Tabika Kemas.






































































































































Datuk Ahmad Shabery Cheek sedang menyampaikan hadiah.








































Ahad, Mac 07, 2010

Penubuhan Sayap Parti.

Salam 2 All
Semalan Umno Cawangan Kg Lot Seri Jaya selamat menubuhkan sayap parti terdiri dari Pergerakan Wanita Umno Cawangan, Pergerakan Pemuda Umno Cawangan dan Pergerakan Puteri Umno Cawangan.
Penubuhan ini bagi memperkasakan lagi umno di peringkat cawangan dan juga Bahagian Kemaman.
Penubuhan ini dirasmikan olih Ketua UMNO Cawangan merangkap Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kemaman YM Tuan Kechil Bin Tuan Tengah dan turut dihadiri wakil daripada Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kemaman, Wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kemaman dan juga Wakil Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kemaman.
Dalam ucapannya, Tuan Kechil berharap dengan adanya sayap parti diharap semua jawatankuasa ini dapat memainkan peranan bagi membangunkan kampong dan merancang aktibiti bagi menguatkan lagi UMNO bagi menghadapi PRU 13 yang tak berapa lama lagi.

Zul Kulim dipecat

Salam 2 All
Semalan Parti Keadilan Rakyat telah memecat YB Zulkifli Nordin Ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru dari menjadi ahlinya. Pemecatan ini tidak mengejutkan banyak pihak kerana selama ini Zulkifli sering mendakwa adanya " firaun kecil " yang ingin beliau keluar dari PKR.
Zulkifli dalam blognya mendakwa tidak diberi peluang membela diri mengikut hak asasi kemanusian dan nilai keadilan sejagat seperti dilaungkan olih kepimpinan PKR selama ini.
Lain pula cerita Setiausaha Agung PKR yang baru dilantik pada 1 Februari 2010, YB Saifudin Nasution Ismail yang mengantikan Salehuddin Hashim semasa temuramah olih Lim Hong Siang dan Cheng Shaua Fui dari merdekareview dalam blog Che Gu Bard
Walau apa pun yang berlaku, kini PKR telah kehilangan 4 orang ahli parlimen dan masih berharap dapat menarik 30 ahli parlimen BN untuk terajui Putra Jaya.

Gambar Pertandingan Pendidikan Lalulintas Peringkat Negeri Terengganu

6 Mac 2010

Majlis perasmian penutup Pertandingan Pendidikan Lalulintas SHELL / MKJR / JPNT Peringkat Negeri Terengganu 2010 telah diadakan di Taman Bandar Cukai, Kemaman Terengganu telah di sempurnakan olih YB Haji Wan Abdul Hakim Bin Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahli Dewan Undangan Kawasan Air Putih.
YB Haji Wan Abdul Hakim Tan Sri Haji Wan Mokhtar sedang memberi uacapan.
Sebahagian Tetamu Jemputan

Sebahagian Tetamu Jemputan

Pemenang Katogeri Kereta Peringkat Sekolah Rendah

Pemenang Katogeri Basikal Peringkat Sekolah Rendah

Pemenang Katogeri Penjalan Kaki Peringkat Sekolah Menengah

Pemenang Kategori Kereta Sekolah Menengah

Pemenang Katogeri Basikal Sekolah Menengah
Pemenang Kategori Jalan Kaki Sekolah Menengah
Johan Keseluruhan Sekolah Rendah
Johan Keseluruhan Sekolah Menengah

Khamis, Mac 04, 2010

Saorang lagi Ahli Parlimen PKR keluar parti

Salam Blogger




Saorang demi saorang ahli Parlimen PKR keluar parti, yang terbaru semalan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri ( Gambar ) telah meletak semua jawatan dalam parti dan sekali gus keluar dari Parti Keadilan Rakyat.

Dengan keluarnya Mohsin Fadzli menjadikan tiga orang Ahli Parlimen PKR keluar parti dalam masa tak sampai sebulan.

Menurut beliau, ahli PKR hanya bolih menyuarakan pendapat tetapi tidak pernah diambil kira olih pimpinan tertinggi parti. Beliau merasa kecewa dengan janji janji pemimpin Pakatan Rakyat yang menyatakan akan berlaku peralihan kerajaan pada 16 September yang lalu tetapi ia tidak menjadi kenyataan.
Penulis berharap, pemimpin UMNO tidak leka dan tidak merasa selesa dengan perkembangan terkini yang berlaku dalam PKR sekarang, sebaliknya UMNO terus berkerja kuat bagi menarik lebih ramai yang menjadi ahli UMNO. Masih ramai lagi remaja yang belum menjadi ahli UMNO dan juga mendaftar sebagai pemilih. Jika ahli ramai tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih, tiada maknanya UMNO mendabik dada kerana mereka ini tidak bolih memilih dalam pilihanraya umum nanti.
Sekian
Mukhatar

p/s Gambar petikan Berita Harian

Isnin, Mac 01, 2010

Terengganu Jadi Lokasi Penggambaran Filem Bollywood

Kerajaan negeri menyambut baik cadangan sebuah syarikat perfilaman Bollywood yang merancang menjadikan negeri ini sebagai sebahagian lokasi penggambaran filem terbaru mereka.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Bin Said berkata, filem lakonan Rani Mukherjee dijangka memulakan penggambaran di beberapa tempat seperti Tanjung Jara, Tasik Kenyir, Muzium Negeri, Pulau Redang dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud mulai Mei ini.
" Kita yakin apabila filem itu membuat penggambaran di negeri ini, ia memberi kelebihan kepada Terengganu apabila tempat tempat menarik dalam filem itu akan ditonton olih peminat filem hindi yang berada diseluruh dunia, " katanya.
Beliau berkata selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjianpersefahaman antar Primula Beach Hotel Sdn Bhd Taman Tamadum Islam ( TTI ) Management Sdn Bhd di sini petang ini.
Sementara itu, Beliau berkata kerajaan negeri menempah bot kaca bernilai RM 3 juta bagi merancakkan lagiaktiviti perlancongan terutamanya di Pulau Redang dan Pulau Perhentian.
Ahmad berkata reka bentuk bot berkenaan seperti tongkang di mana bahagian dindingnya di perbuat daripada kaca bagi membolihkan pelancong melihat kehidupan laut, manakala di bahagian atas pula menyediakan ruang makan dan minum.
" Kita buat sebuah dahulu untuk lihat sambutan pelancong terhadap bot berkenaan. Kalau ia memberi sambutan yang baik, kita akan tambah lagi,katanya.
Sumber Bernama
Sementara itu dalam majlis berasingan Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu menjangkakan lebih ramai lagi ahli dari pembangkang akan keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan pada pemimpin pakatan itu.
Beliau berkata perkara itu dapat dilihat selepas saorang demi saorang anggota pembangkang mengumumkan keluar parti dan menyertai umno serta menjadi wakil bebas kerana merasa kecewa dengan parti yang mereka sertai.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai pengumuman keluar parti olih beberapa anggota pembangkang baru baru ini.
Sumber Bernama
Sekian
Mukhatar

Antara Tengku Razaliegh Hamzah dan Datuk Mohd Alwi Che Ahmad

Salam Blogger

Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan usul untuk membawa tuntutan royalti minyak terhadap kerajaan pusat ke mahkamah.

Bernama hari ini memetik Speaker DUN Mohd Nasurrudin Daud meluluskan usul berkenaan setelah mendapat undi sebulat suara dan mendengar penghujahan lima anggota Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) yang menyokong usul berkenaan termasuk ketua pembangkang. Datuk Mohd Alwi Che Ahmad ( Barisan Nasional - Kok Lanas ).

Sebelum ini ramai yang memberi pandangan terhadap Tengku Razaliegh apabila beliau berucap berkenaan isu royalti minyak Kelantan diatas pentas NGO yang turut dihadiri pemimpin PAS.
Semalam Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dr Mohd Fuad Zakarshi mengesa umno supaya mengambil tindakan terhadap Tengku Razaliegh kerana bersengkokol dengan parti pembangkang dalam isu minyak Kelantan.
Hari ini apa pula pandangan Dr Mohd Puad Zakarshi terhadap Datuk Mohd Alwi Che Ahmad yang menyokong usul kerajaan PAS Kelantan supaya membawa tuntutan royalti minyak terhadap kerajaan pusat ke Mahkamah.
Sekian
Mukhatar

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng keluar PKR

Ahli Parlimen Nibong Tebal dari PKR Tan Tee Beng keluar parti berkuatkuasa sertamerta hari ini dan menjadi wakil Bebas.

Menurut Tee Beng, beliau kecewa dengan kepimpinan parti itu kerana tunduk kepada kepimpinan Lim yang dianggap diktator.

Semalam, Mohammad Fairus yang juga bekas pengerusi PKR Pulau Pinang keluar parti dan menyertai UMNO setelah hilang kepecayaan terhadap pimpinan PKR kerana gagal memperjuangkan kepentingan Ugama, Bangsa dan Negara.

Mohammad Fairus Khairuddin sertai UMNO

Salam 1Malaysia

Bernama hari ini melapurkan Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan menyertai UMNO. Pengumuman Mohammad Fairus di buat dihadapan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada majlis perjumpaan beliau dengan Persatuan Silat Seni Gayung dekat Ampang, Kuala Lumpur.
Datuk Seri Najib berkata Umno menyambut baik penyertaan Mohammad Fairus sebagai anggota baru Umno kerana yakin dengan keputusan Mohammad Fairus menyertai Umno atas soal prinsip dan dasar bukannya jawatan atau ganjaran.
Semalam Utusan Online juga melapurkan bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Datuk Salehhudin Hashim mengakui telah keluar parti beberapa hari selepas beliau meletakkan jawatan pada 7 Januari lalu.
Pada 8 Februari lalu Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, YB Zulkifli Nordin dalam program soal jawab terbitan TV 3 berkata, " Selepas ini ramai yang akan keluar parti " dan diikuti olih Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang juga bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang keluar parti kerana hilang keyakinan pada pucuk pimpinan PKR.
Sekian
Mukhatar

Kenyataan Mohd Puad tidak relevan

Salam untuk semua.

Semalam Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dr Mohd Puad Zarkashi dipetik Bernama sebagai berkata, Umno perlu mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, kerana bersekongkol dengan parti pembangkang dalam isu royalti minyak Kelantan.
Saya amat tidak bersetuju dengan cadangan Mohd Puad, sebaliknya umno perlu berbincang dengan Tengku Razaliegh dan bertanya mengapa beliau berbuat demikian yang mana bertentangan dengan dasar parti dan kerajaan. Dengan mengambil tindakan terhadap beliau, tidak ada yang untung. Dalam kontek ini kita mahu menang menang dan bukannya satu pihak menang dan satu pihak kalah.
Kenyataan Mohd Puad yang Tengku Razaliegh tidak ada kekuatan dan hanya bergantung kepada sokongan pembangkang adalah tidak benar. Tengku Razaliegh tidah pernah tewas dalam pilihanraya walaupun bertanding diluar umno dan Barisan Nasional begitu juga dengan Majlis Tertinggi Umno. Ini menunjukan yang Tengku Razaliegh mempunyai kekuatan yang tersendiri.
Sekian.
Mukhatar
Kemaman Terengganu.

Sabtu, Februari 13, 2010

Program Sehati Sejiwa Menteri Besar Bersama Rakyat.

Salam 2 All

Program Sehati Sejiwa Menteri Besar Bersama Rakyat anjuran APMT dan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Air Putih bertempat di Padang Awam Binjai Kemaman Terengganu semalam mendapat sambutan yang menggalakan.

Menteri Besar Datuk Ahmad Bin Said disambut dengan iringan perarakan motorsikal sejauh satu kilometer ke Padang Awam Binjai. Menteri Besar turut bersama rakyat membersih kubur lama, membaik pulih rumah dan melawat pesakit. Antara jemputan yang hadir ke majlis tersebut, Ketua Polis Daerah Kemaman, Pengawai Daerah Kemaman, dan Pengarah APMT serta Ajk UMNO Bahagian Kemaman, Ajk Wanita UMNO Bahagian, Ajk Pemuda UMNO Bahagian dan Ajk Puteri UMNO Bahagian.

Majlis berjalan dengan lancar, tetapi ada sedikit kecacatan semasa perarakan motorsikal mengiringi menteri besar. Dalam kegairahan menyambut menteri besar, pihak penganjur kurang peka terhadap keselamatan penunggang motosikal hinggakan perserta perarakan tidak memakai Topi Kaledar walau pun tahu sekarang ini musim perayaan dan Ops Sikap sedang dijalankan. Apa yang dikesalkan seolah olah pihak penganjur tidak menghormati undang undang dan Ketua Polis Daerah Kemaman yang turut serta dalam program tersebut. Diharap, dimasa masa akan datang, pihak penganjur lebih berhati hati mengenai keselamatan dan undang undang dan hendaklah membuat perancangan yang teliti bak cogankata " Teliti Untuk Kualiti "

Sekian

Mukhatar

YB ADUN Air Putih Haji Wan Abdul Hakim Bin Tan Sri Haji Wan Mokhtar ( kiri ) dan YAB Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Bin Said ( kanan ) memberi ucapan di majlis Progran Sehati Sejiwa Menteri Besar Bersama Rakyat di Padang Awam Binjai Kemaman Terengganu semalam.



Perserta perarakan bermotorsikal mengiringi Menteri Besar ke Padang Awam Binjai Kemaman.





Antara jemputan yang hadir di majlis Program Sehati Sejiwa Menteri Besar Bersama Rakyat

Menteri Besar sedang melayan kanak kanak di majlis Program Sehati Sejiwa Bersama Menteri Besar ( kiri ).