MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, September 21, 2013

Mengapa Shafie Afdal dan Zahid Hamidi perlu dikekalkan sebagai Naib Presiden UMNO.

Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
 Dilahirkan di SempornaSabah 20 Oktober 1957 ,Beliau berketurunan Bajau dari daerah Semporna.Dato'Seri Mohd Shafie memperoleh Diploma dalam Pengurusan dan dalam Perkapalan dari Kolej Perniagaan London, dan Ijazah Sarjana Muda  dalam Ekonomi dengan Kepujian daripada Politeknik Staffordshire Utara (sejak 1992, Universiti Staffordshire) di England
Ketika UMNO mula bertapak di negeri itu, beliau telah menyertai parti itu dan terpilih sebagai Exco Pemuda UMNO bagi penggal 1993/1996 setelah mendapat tempat ke-12 dengan jumlah 198 undi. Pada tahun 1995 beliau telah dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Semporna dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah. Mohd Shafie menyandang jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan antara 15 Mei 1995 dan 24 Mei 1999
Beliau menjadi Ahli Parlimen Kawasan Semporna, Sabah pada tahun1995 dan berjaya mengekalkan kerusi parlimen sehingga kini (2006). Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 25 Mei 1999 dan kemudian berpindah ke Kementerian Pertahanan untuk menyandang jawatan Timbalan Menteri antara 14 Disember 1999 dan 29 Mac 2004. Antara tahun 2000 dan 2003, Mohd Shafie juga menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Mohd Shafie dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 30 Mac 2004 dan kemudian diberikan pula portfolio Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Mohd Shafie terpilih Naib Presiden UMNO bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.Perhimpunan Agung UMNO 2009 telah diadakan pada 28 Mac 2009.
Beliau perlu dikekalkan sebagai Naib Presiden UMNO bagi mewakili Malaysia Timur ia itu Sabah dan Serawak di dalam Kerajaan Barisan Naional. Sabah dan Serawak adalah aset paling penting dalam Barisan Nasional bagi membentuk sebuah kerajaan persekutuan. Dengan pengekalan beliau sebagai Naib Presiden UMNO, dapatlah beliau memainkan peranan yang lebih besar di kedua negeri tersebut dalam membantu kerajaan persekutuan dan dan kerajaan negeri. 

Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Dilahirkan pada 4 Januari 1953 di Kampung Sungai Nipah Darat,RungkupBagan Datoh,Perak.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Balai dan menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Izuddin ShahIpoh dan Sekolah Tengku Ampuan RahimahKlang. Selepas itu beliau menyambung pengajiannya ke Universiti Malaya dalam bidang Sastera pada tahun 1975-1976.Selanjutnya mengambil kursus Certificate in Banking dan Diploma in Marketing Communication .Seterusnya M.Sc jurusan Komunikasi Koprporat dari UPM.Seterusnya mendapat PhD dari Universiti Putra Malaysia (UPM) semasa 'cuti rehat' selepas tahanan ISA 1998.
Semasa di universiti , beliau menjadi editor tabloid 'Mahasiswa Negara' yang diterbitkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya. 
Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datok, Naib Ketua Pemuda UMNO Perak, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Beliau memikul tanggungjawab sebagai Setiausaha politik Datuk Seri Najib Abdul Razak semasa di Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pertahanan. Seterusnya sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Kemudian beliau dilantik sebagai Senator di Dewan Negara Malaysia.
Dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-53 (1997), beliau menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berhubung isu KKN (Kroni,Korupsi dan Nepotisme) dalam kerajaan.Berikutan itu, Dr Mahathir telah mendedahkan nama-nama Melayu / Bumiputera yang mendapat saham dan jawatan dalam syarikat tertentu.
Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang pada masa itu merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO sejak 1996 dan empat pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 21 September 1998 kerana menyokong kegiatan Reformasi oleh bekas Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jawatan beliau selaku Ketua Pemuda UMNO pada masa itu dipangku oleh Datuk Hishamudin Tun Hussien.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terpilih Naib Presiden UMNO bersama Datuk Seri Mohd Shafie Afdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.Perhimpunan Agung UMNO 2009 telah diadakan pada 28 Mac 2009.
Beliau pernah dilantik Timbalan Menteri Pelancongan dan Menteri Pertahanan.
Pada 14 Mei 2013 Belaiu dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri menggantikan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin,  Selepas beberapa hari mengambilalih tugas sebagai Menteri Dalam Negeri, Zahid telah memberi amaran kepada pembangkang supaya berhijrah kepada negara republik jika enggan terima sistem negara. Lihat disini dan "Negeri ini pun bukan bapa dia" Lihat disini  
Ketegasan dan kewibawaan Zahid menerajui Kementerian Dalam Negeri dalam memerangi keganasan termasuk jenayah siber dan mempertahankan Kalimah ALLAH sebagai hak mutlak Agama Islam dalam usaha mempertahankan keamanan negara terus mendapat sokongan dan haruslah dipuji. 

Pengerusi UMNO Kedah merangkap Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun DrMahathir
Dato' Paduka Mukhriz bin Mahathir (dilahirkan pada November 1964) ialah anak kelima bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Antara 2009 dan 2013, beliau menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Selepas Barisan Nasional menguasai Kedah pada pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kedah ke-11.[1]

Pada Tahun 2009 Mukhriz tewas kepada Khairy Jamaludin dalam perebutan tiga penjuru ketua pemuda umno bersama Mohd Khir Toyo bekas menteri besar selangor.


Dengan penawaran Mukhriz untuk bertanding Naib Presiden Umno pada kali ini menampakan beliau begitu bersungguh sungguh dan begitu komited untuk memperkasa dan meremajakan umno. 


Semoga ketiga tiga calon ini mendapat sokongan dari akar umbi untuk terus bersama sama pucuk pimpinan umno membawa hala tuju umno dan barisan nasional bagi menghadapi pilihanraya umum ke 24 nanti. 


21 September 2013