MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Rabu, Januari 01, 2020

Kerajaan negeri perihatin setiap aduan rakyat

OLIH:  MUKHATAR  A. RAHMAN
mukhatar@gmail.com


Pantai Kuala Kerteh

KEMAMAN 1 Jan. – Kerajaan negeri amat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat terutama golongan yang memerlukan bantuan dan perlu diberi perhatian yang serius setiap aduan yang dikemukakan oleh mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamat Puteh berkata, setiap aduan perlu dilihat dalam skop keperluan dan peruntukan sebelum sesuatu bantuan itu dapat dilaksanakan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamat Puteh

“Hari ini kita (kerajaan) menerima aduan daripada nelayan kawasan Kerteh mengenai terdapat benting pasir di Muara Sungai Kuala Kerteh akibat daripada musim terkujuh yang melanda daerah ini Disember lalu yang menghalang laluan bot-bot nelayan daripada keluar atau masuk bagi tujuan menangkap ikan.

Akibat daripada itu, terdapat sebanyak 100 buah bot dan seramai 230 orang nelayan tidak dapat turun kelaut bagi tujuan menangkap ikan sebagai sumber pendapatan mereka.

Pantai Kuala Kerteh

 “Kita dapati timbunan pasir ini berlaku daripada timur ke selatan tetapi apabila berlakunya musim tenggara… pasir ini berubah daripada selatan ke utara yang nenyebabkan muara sungai ini tertimbus.

Beliau berkata demikian kepada penulis selepas meninjau Muara Sungai Kuala Kerteh petang semalam.

Pantai Kuala Kerteh 

Turut hadir Adun Kawasan Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan 2, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu, En. Shaari Haron, Jurutera JPS Daerah Kemaman, Nik Mohd Fariz Zamani, wakil Persatuan Nelayan Kawasan Kerteh dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Gelugor, Kerteh.

Pantai Kuala Kerteh 

Dr. Mamat berkata, kerajaan sentiasa berusaha memastikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dapat diambil tindakan dan tidak dibiarkan berpanjangan.

Untuk menyelesaikan masalah ini, kita kena buat perancangan jangka panjang dan jangka pendek. Bagi jangka panjang kita kena kajian bagaimana untuk membina struktur yang kekal bagi menghalang pergerakan pasir ini, katanya

Pantai Kuala Kerteh

 Kerajaan negeri pada tahun 1993 melalui JPS Daerah Kemaman telah membina struktur “Groyne” sepanjang 200 meter, membina lapisan batu “rivertment” di kiri dan kanan dan mendalam Muara Sungai Kerteh.

“Bagi pembinaan jangka pendek ia memerlukan peruntukan yang tinggi kerana pembinaan ini tidak kekal dan hanya bersifat sementara seperti mendalamkan muara sungai yang hanya mampu bertahan dua tiga bulan sahaja.
Pantai Kuala Kemasik 

“Walau bagaimana pun kita terpaksa lakukan dengan kadar segera bagi memudahkan nelayan-nelayan ini turun kelaut mencari punca pendapatan bagi menanggung keluarga mereka,” katanya.

Dr. Mamat dan rombongan juga turut melawat tapak pembinaan struktur “Groyne” di Muara Sungai Kemasik yang dilanda ombak baru-baru ini.


Habis.

Pantai Kuala Kemasik 


Pantai Kuala Kemasik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.