MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Isnin, Jun 21, 2021

Roti Lembut Gebu kini ke seluruh Semenanjung Malaysia


Kini tempahan Roti Lembut Gebu dibuka kepada pelanggan seluruh negara. Pelanggan akan menerima tempahan dalam masa 7 hingga 10 hari selepas pembayaran dibuat.

Tempahan boleh dibuat dengan cara WhatsApp Poktar 019-9506382
Pembayaran boleh dibuat melalui Touch N Go eWallet dan online banking.



Setiap kotak mengandungi 5 bekas dengan harga RM32.50 tidak termasuk pos
Harga pos setiap kotak RM15.00



Bagi pelanggan tempatan (dalam daerah) mereka boleh datang ambil sendiri dan tiada COD.


Satu bungkus RM4.50

1 Jun 2021 Bukit Mertajam Pulau Pinang, Kulim Kedah dan Arau Perlis

8 Jun 2021 Dungun Terengganu, Temerloh Pahang, Subang Jaya Selangor dan Bukit Mertajam Pulau Pinang

Subang Jaya, Selangor

Dungun Terengganu

Temerloh Pahang

Bukit Mertajam Pulau Pinang

Bera, Pahang

19 Jun 2021 Ampang dan Puchong Selangor


Setahun Berlalu

Setelah lebih setahun tidak melihat Blog Dunia Tanpa Sempadan, hari ini saya berkesempatan mengambil sedikit masa untuk mengemaskini serba sedikit tentang perkembangan Roti Lembut Gebu yang telah setahun beroperasi.

Sejak setahun lalu dunia dilanda pandemik Covid-19 yang mana segala pergerakan terbatas. Pejabat dan kilang kilang ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagi kakitangan kerajaan dan swasta yang bergaji tetap mereka diarah membuat kerja dari rumah kecuali beberapa sektor yang memerlukan mereka hadir kerja di kilang masing-masing.

Bagi yang bergaji hari kebanyakannya diberhenti kerja. Kebanyakan mereka tiada mempunyai wang simpanan yang secukupnya dan ini membebankan kehidupan mereka terutama mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai termasuk anak kecil.

Secara kebetulan Roti Lembut Gebu mula operasi sebulan sebelum PKP dilaksanakan. Dalam tempoh PKP lebih setahun ini pengeluaran Roti Lembut Gebu ada pasang dan surut.

Sepanjang PKP 1.0 hingga sekarang ramai dikalangan rakan-rakan dan kenalan terutama rakan media Terengganu dan luar Terengganu telah membeli Roti Lembut Gebu dah diagih kepada golongan yang kurang mampu, ibu bapa tunggal dan mereka yang terkesan akibat PKP serta ruamah anak yatim dan pusat-pusat tahfiz.

Tak kurang juga dikalangan mereka membeli dan menyumbang kepada barisan hadapan seperti POLIS, RELA dan pertugas Klinik Kesihatan. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan turut membeli dan mengagih Roti Lembut Gebu sebanyak tiga kali sebulan untuk tempuh beberapa bulan.

Terima kasih kepada semua diatas sokongan dan membeli Roti Lembut Gebu. Semoga anda semua dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman


Pusat Tahfiz

Pusat Tahfiz

Rumah Anak Yatim

Pusat Tahfiz

Pusat Tahfiz

Pusat Tahfiz

Klinik Kesihatan Batu 2 1/2 Jalan Air Putih Kemaman