MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, November 24, 2013

KEJADIAN TEMBAK MENGGUNAKAN SENAPANG ANGIN








Kemaman 21 Nov – Saorang petani Hamzah Bin Salleh 51, ditembak dengan senapang angin di kepala dalam satu kejadian di Jalan Jambu Kubang Ikan Bandar Baru Chendor Kuantan Pahang.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Che Suza Che Hitam berkata, kejadian berlaku pada jam 3.00 pagi. Mangsa dan seorang abangnya Yusof Salleh 55, sedang tidur di rumah alamat Lorong Jambu Kubang Ikan Bandar Baru Chendor Kuantan terdengar bunyi bising diluar rumah. 

Mangsa bangun dan terus buka pintu besar depan rumah dan ternampak dua lelaki disyaki lelaki melayu telah menangkap seekor ayam kampung milik jirannya.

Apabila terserempak dengan mangsa dua lelaki tersebut melarikan diri dan mangsa mengejar sejauh 50 meter dan nampak ada sebuah kereta pacuan empat roda jenis  Storm berwarna putih di tepi jalan dalam jarak 30 meter,dan ada saorang lelaki dibahagian pemandu.

Saorang dari suspek telah masuk dalam kenderaan tersebut dibahagian belakang dan mangsa mendengar jeritan tembak sebanyak tiga kali. Apabila mangsa terdengar perkataan tembak,mangsa segera melarikan diri dan.masa yg sama mangsa terdengar bunyi "pusss" sebanyak 1kali. 

Mangsa tidak merasa apa-apa kesakitan hanya rasa bunyi angin di belakang kepala. Mangsa balik ke rumah dan minta abangnya melihat di belakang kepala tetapi tiada apa-apa yg kelihatan. Mangsa masuk tidur semula.
Pada jam 1100 pagi mangsa berjumpa jirannya yang dikenali sebagai Shaari 40, menceritakan kejadian tersebut. Shaari kemudian melihat belakang kepala mangsa dan dapati ada besi bulat di kepala mangsa. Mangsa kemudian meminta adik iparnya menghantar ke Hospital Kemaman.

Pemeriksaan dibuat oleh Dr. Fareena Zahari bahagian kecemasan, imbasan xray telah dilakukan dan didapati ada satu besi bulat disyaki “ball bearing” di kulit kepala belakang sebelah kanan. Besi bulat tersebut tidak terkena pada tempurung kepala mangsa. Besi bulat tersebut kelihatan lebih kurang 0.5cm dari paras kulit kepala. Saiz besi bulat lebih kurang 1cm. Pembedahan kecil telah dilakukan bagi mengeluarkan besi bulat dan mangsa dibenarkan pulang.  


Mangsa yang beralamat 1410 Lorong 7 Kampung Besut Cukai Kemaman Terengganu telah menetap di Kg Kubang Ikan Bandar Baru Chendor selama sebelas tahun. Mangsa anak ke sembilan dari dua belas beradik bersama abangnya mengusahakan tanaman sayur sayuran dan menternak kambing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.