MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, Februari 23, 2020

ROTI : Minggu ke 3


Bermula dengan hanya untuk makan sendiri pada 1 Februari lalu saya belajar membuat roti paung lembut gebu dengan cikgu dari Temerloh Pahang.

Alhamdulillah selepas satu minggu belajar membuat roti paung lembut dan sekadar suka suka menulis status WhatsApp dan Facebook, kini setiap hari ada sahaja tempahan dari rakan rakan.

Jika dahulu hanya membeli tepung gandum dalam bentuk satu kilogram (1kg) dan sekarang telah mula membeli dalam bag 25kg.



Walaupun pengeluaran yang terhad tetapi saya bangga dengan keupayaan yang ada. InsyaAllah dengan izin Allah SWT pengeluaran dapat ditingkatkan dari masa ke semasa.

Saya juga perlu belajar lebih banyak lagi agar roti paung lebih enak dan dilihat lebih menarik agar pengguna diluar sana tertarik untuk membelinya.

Buat masa ini, tempahan sehingga 28 Februari dah penuh.  Tempahan hari Sabtu (29/2/2020) masih dibuka.
Tempahan 4 Mac juga penuh.

Terima kasih rakan rakan yang telah membeli dan memberi kata kata semangat untuk terus maju. Terima kasih juga kepada rakan rakan yang memberi sokongan dan teguran yang membina agar kualiti roti paung ditambah baik.


InsyaAllah saya akan berusaha menambahbaik kualiti roti paung mengikut kehendak pelanggan. Tiada pelanggan, tiada roti paung.

Dikesempatan ini, saya juga ingin memohon maaf kerana masih gagal membuat penghantaran sepertimana orang lain. Keupayaasn saya memangnya amat terhad.

Isnin, Februari 17, 2020

Akhirnya kau tewas juga

Liong Meng Soh (dua kiri) dan Ridwan dibawa Mahkamah Majistret Kemaman pagi tadi.

Empat lelaki didakwa miliki, angkut rokok seludup


KEMAMAN - Empat lelaki termasuk seorang warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majisteret hari ini atas pertuduhan mengangkut 828 kotak barang larangan Kastam dan memiliki rokok seludup bernilai keseluruhan RM18,484.42.


Tertuduh, Liong Meng Soh, 30; Al Marzaid Mohd Ardin, 25; Maliki Ngah, 43 dan warga Indonesia, Ridwan membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan.

Tertuduh, Liong Meng dikenakan ikat jamin RM11,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 2 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dia didakwa mengangkut barang larangan Kastam iaitu 224 karton rokok pelbagai jenama yang ditaksirkan bernilai RM6,077 dan melibatkan cukai sejumlah RM8,160 menggunakan kereta jenis Proton Waja.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan, Jalan Pantai Kemasek, di sini, jam 6.10 petang, pada 9 Febuari lalu.

Tertuduh Al Marzaid dan Maliki pula didakwa bersama-sama memiliki 136 karton rokok pelbagai jenama yang ditaksirkan bernilai RM345.42 dan melibatkan cukai berjumlah RM524.40.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 50521, Lorong Melati 2, Taman Seri Pandan, di sini, jam 10.40 malam, pada 23 Oktober tahun lalu.

Mereka dibenarkan diikat jamin RM11,000 dengan seorang penjamin bagi setiap seorang dan mahkamah menetapkan 1 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, Ridwan didakwa memiliki 468 karton rokok pelbagai jenama ditaksirkan bernilai RM12,062 dan cukai RM51,260.60 di sebuah rumah pekerja di Ladang Rakyat Bukit Bandi, di sini pada jam 4.30 petang.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 2 April depan sebagai sebutan semula kes sementara menunggu keputusan laporan kimia.

Kesemua tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 135(1)(v)(aa) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali nilai barangan dan tidak melebihi 20 kali nilai barangan atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Jabatan Kastam Di Raja Malaysia, Terengganu.

https://www.sinarharian.com.my/article/70420/EDISI/Terengganu/Empat-lelaki-didakwa-miliki-angkut-rokok-seludup

Anggap segala kritik sebagai teguran membina


Khamis lalu apabila saya kirim status WhatsApp dan Facebook mengenai tempahan roti paung tutup sehingga hari selasa 18.2.2020 saya menerima kiriman WhatsApp mengatakan roti saya tak laku dan cuba cari publisiti murahan.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas kiriman tersebut yang saya anggap sebagai satu cabaran untuk terus berjaya.
Sebenarnya bukanlah banyak sangat pun tempahan yang saya terima setiap hari tetapi lepaslah bayar bil ultiliti.
Saya masih baru dalam bidang membuat roti, masih banyak kelemahan yang perlu saya pelajari dan segala peralatan pun tidak mencukupi.
Setakat hari ini saya hanya mampu menerima tempahan paling banyak hanya 3 kilogram tepung sahaja sehari, itu pun terpaksa tidur pukul 2 atau 3 pagi.
Walaupun letih, tempahan rakan rakan terpaksa juga disiapkan kerena itu satu harapan dan kepercayaan rakan rakan terhadap saya.
Sejak dari pukul 11 pagi tadi baru sekarang siap menguli dan menbentuk roti untuk tempahan esok.
Lagi 2 jam baru siap sepenuhnya dan bolehlah tidor awal sedikit dari hari hari yang lain.





Selamat malam

Ahad, Februari 16, 2020

Akhirnya ke dalam juga

Dua suspek bunuh wanita warga emas direman seminggu



Gambar : Ihsan PDRM

KEMAMAN - Dua lelaki tempatan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang wanita warga emas dalam kejadian di Taman Baiduri Geliga di sini empat tahun lalu.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kemaman, Masni Hajar Ghazali.
Tahanan reman itu dilakukan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Suspek pertama berusia 26 tahun ditahan pada Khamis lalu dan perintah tahanan reman terhadapnya bermula kelmarin sehingga Khamis depan.
Suspek kedua berusia 35 tahun ditahan semalam dan perintah tahanan reman terhadapnya bermula hari ini sehingga Sabtu depan.
Sebelum ini, dalam kejadian pada 1 Mei 2016, seorang wanita warga emas yang menjadi mangsa samun di rumahnya di Taman Baiduri, Geliga, di sini disahkan meninggal dunia selepas lima hari menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kemaman di sini.
Hasil laporan bedah siasat mendapati mangsa yang tinggal bersendirian itu cedera parah di kepala dan siasatan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di luar rumah mendapati mangsa dipukul dengan objek keras oleh dua individu.

https://www.sinarharian.com.my/article/70310/EDISI/Terengganu/Dua-suspek-bunuh-wanita-warga-emas-direman-seminggu?fbclid=IwAR0cAx8O5ac-Fvehmrpcv3bWwFyqIIa5agorpg6Jdz8do9HkX9hZtoGBWUY

Rabu, Februari 05, 2020

ROTI BUN LEMBUT CUBAAN PERTAMA

Malam tadi telah mencuba membuat roti bun lembut dan Alhamdulillah berjaya walaupun tidak secantik sepertimana yang tenaga pengajar dari Temerloh, Pahang ajar minggu lalu.

ROTI PERTAMA

Pagi tadi sekadar suka suka memuatnaik di Status WhatsApp walaupun sebelum ini tidak pernah menulis Status WhatsApp.


Tak sampai satu jam selepas memuatnaik gambar roti di Status WhatsApp, ada rakan-rakan membalas WhatsApp bertanya harga satu paket roti.

Saya jawab setiap soalan yang ditanya dan memaklumkan ia hanya sekadar suka-suka mengisi masa lapang dan bukan untuk tujuan berniaga.

Pukul 9.30 pagi, saya membawa beberapa paket roti dan diagih kepada kenalan terdekat sahaja untuk mereka rasa hasil tangan yang pertama.


Satu jam kemudian saya menerima maklumbalas dari seorang rakan seolah-olah memberi semangat untuk saya terus membuat roti bun lembut untuk dijual.


Sabtu, Februari 01, 2020

ROTI BUN LEMBUT

Petang tadi ada tiga orang tenaga pengajar dari sebuah syarikat dari Temerloh, Pahang datang rumah mengajar isteri dan beberapa orang jiran cara cara menambah pendapatan dengan membuat roti bun lembut.

Kedatangan mereka yang sebenarnya untuk mempromosi produk keluaran syarikat mereka iaitu mesin pengadun tepung dan oven serbaguna selepas isteri mengikuti kelas membuat roti minggu lalu di Balairaya Kampung Bukit Mentok dekat sini.

Apa yang menarik tentang oven serbaguna keluaran syarikat mereka kerana oven serbaguna tersebut mempunyai mesin pengadun tepung sekali gus menjadikan 2 dalam 1.

Pengguna boleh menggunakan pengadum tersebut untuk menguli roti dan sekaligus boleh digunakan untuk membakar roti.

Selepas mendapat tunjukajar daripada mereka, saya yakin saya mampu membuat roti sepertimana yang mereka ajarkan.

Insyaallah saya akan mencuba apabila kelapangan sekadar untuk makan sendiri dan jika roti yang saya buat nanti menjadi cantik, saya akan menjual secara kecil-kecilan sebelum ke langkah seterusnya.

Roti yang dibuat oleh tenaga pengajar dari Temerloh, Pahang.