MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, Mac 11, 2023

KENALI PEMIMPIN PELAPIS UMNO BAHAGIAN KEMAMAN

Muhammad Khairi Afiq Mohd Yusof, Calon No 23 Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kemaman 2023 / 2026


KEMAMAN - Ketua Cawangan UMNO Kampung Baru Kertih, Muhammad Khairi Afiq Mohd Yusof menawarkan diri bertanding jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kemaman pada pemilihan UMNO 18 Mac ini.

 

Beliau yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kemaman berkata, keputusan untuk bertanding jawatan berkenaan dibuat atas kehendak diri sendiri tanpa didorong oleh mana-mana pihak demi sayangkan parti berkenaan.

 

"Kita meraikan demokrasi dan saya mengharapkan semua calon pun begitu. Apa yang penting kita mempertahankan perlembagaan parti dan institusi presiden kerana ia ialah paksi sesebuah parti itu.

 

"Saya rasa dalam pemilihan kali ini kita lihat ramai yang masih sayangkan parti dan semestinya saya sebagai ahli parti mengharapkan yang terbaik agar UMNO Bahagian Kemaman menjadi lebih baik.

 

Setiap calon mempunyai kelebihan masing-masing dan terserah kepada perwakilan untuk memilih siapa yang layak untuk berada didalam Jawatankuasa UMNO Bahagian Kemaman 2023 / 2026,” katanya yang merupakan calon ke 23 daripada 35 orang yang bertanding ketika ditemui selepas Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian di Dewan UMNO di sini hari ini.

 

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac hadapan.

 

Sedikit maklumat dan sejarah latar belakang

 

KELUARGA

 

Mempunyai seorang isteri dan empat orang cahaya mata yang berusia 8 hingga 2 tahun.

 

PENDIDIKAN

 

Mendapat Pendidikan awal di Sekolah Rendah Rantau Petronas Kerteh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman Kuala Terengganu (Tingkatan 1 hingga 3) dan Tingkatan 4 hingga 5 di Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu.

 

Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang) Diploma Kejuruteraan (Kepujian) Mekanikal 2004 – 2007

 

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Mekanikal 2007 - 2011

 

PENGLIBATAN POLITIK

 

Berusia 37 tahun dan mula bergiat dalam politik tahun 2012 dan dilantik sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Kampung Baru Kerteh pada tahun 2012 sebelum dilantik menjadi Setiausaha Urusetia Pemuda UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik pada tahun 2013.

 

Dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kemaman 2017 hingga 2023

 

Dilantik sebagai Ketua Penerangan Urusetia UMNO DUN Kemasik 2017 hingga sekarang

 

Dipilih sebagai Ketua Cawangan UMNO Kampung Baru Kertih 2017 hingga sekarang

 

PENGALAMAN KERJA

 

Pengurus di Kay Inn & Kerteh Inn Hotel, 2011 – sekarang

 

• Mengurus dan memastikan pesanan hotel dalam keadaan teratur.

 

• Memastikan pelanggan berpuas hati dan membina hubungan baik dengan pelanggan.

 

• Memastikan pekerja melaksanakan tugasan dengan sebaiknya.

 

Ketua Penyelia di Agensi Transformasi Rakyat (ATRA) DUN Kemasik, 2013 – 2016

 

• Membantu Wakil Rakyat DUN Kemasik memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat melalui kerjasama baik antara agensi kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

 

• Memastikan dasar Kerajaan iaitu TRANSFORMASI TERENGGANU BAHARU dapat diimplimentasi dengan baik di DUN Kemasik.

 

Pesuruhjaya Sumpah, 2017 – sekarang

 

• Menguruskan dan mengesahkan akuan bersumpah seseorang individu antaranya yang berkaitan dengan justifikasi jaminan, menerima pengakuan ikatan jaminan, affirmation bagi affidavit dan exhibits dan bon serta mengambil dan menerima apa apa akuan berkanun mengikut peraturan yang telah disediakan.

 

Board of Director Brave Engineering Sdn Bhd, 2021 – sekarang

 

• Memastikan syarikat memperolehi kerja-kerja yang boleh dilaksanakan mengikut kepakaran yang diperolehi.

 

PENGLIBATAN KEGIATAN LUAR

 

Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Sekolah Kampung Baru Kertih, 2021- sekarang

 

Timbalan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Baru Kerteh, 2021-sekarang

 

Bendahari Khairat Kematian Masjid Lama Kg Baru Kertih, 2013- sekarang

 

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kampung Baru Zon 4 Kertih, 2017-2018

 

Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 2 Kertih, 2014-2017


Selasa, Februari 28, 2023

PEMILIHAN UMNO : Mohamed Rahim Hussin cabar Ahmad Said di Kemaman

Setiausaha UMNO Bahagian Kemaman, Rosli Ahmad

KEMAMAN 27 Februari 2023 – Tiga jawatan utama UMNO Bahagian Kemaman iaitu Ketua UMNO Bahagian, Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan Naib Ketua UMNO Bahagian menyaksikan pertandingan satu lawan satu pada pemilihan parti itu yang akan diadakan pada Sabtu 18 Mac 2023 hadapan.

 

Setiausaha UMNO Bahagian, Rosli Ahmad berkata, selepas tarikh akhir percalonan pada Ahad, Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Dr. Haji Ahmad Said akan di tentang oleh bekas Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Mohamed Rahim Hussin.

 

Manakala jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian pula melibatkan persaingan dua penjuru antara Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Tuan Kechil Tuan Tengah dan Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid bekas calon Dun Chukai pada pilihan raya umum ke 13 lalu.

 

Bagi jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian pula, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Mohd Hisham Zubir akan di tentang oleh Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Datuk Mustafa Ab. Rahman.

 

Seramai 35 orang merebut jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian dan tiga orang merebut jawatan sebagai pemeriksa kira-kira.

 

Menurut Rosli, mantan Adun Kemasik Ir Rosli Othman dan mantan Adun Air Putih Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar buat kali pertama turut bertanding jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian.

 

Manakala jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian, Rosmiza Mokhtar dan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian, Asmida A. Rahman yang menggantikan Wan Nora Wan Ibrahim yang bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian menang tanpa bertanding dan 20 orang ahli pergerakan itu merebut jawatan Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian.

 

Sementara itu Bendahari Pemuda UMNO Bahagian, Zulkefli Abu Bakar mencabar Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Mohd Fadini Rahim bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian.


Seramai 19 orang merebut jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian pada pemilihan Sabtu 11 Mac 2023 hadapan.

 

Semua 15 orang Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian menang tanpa bertanding dengan Sulieana Aziz sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian dan Nur Syafiqah Zulkifli sebagai Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian.

 

Mengulas mengenai proses pemilihan kali ini, Rosli berkata, parti itu membuka ruang seluas-luasnya buat mana-mana pihak untuk bertanding dalam memastikan pertembungan sihat antara setiap calon terlibat.

 

“Bagi saya pemilihan kali ini tiada masalah dan diharapkan jawatankuasa baharu yang dibentuk nanti dapat memberi nafas baharu buat UMNO Bahagian Kemaman memandangkan setiap calon yang bertanding pastinya komited untuk berkerja,” katanya.

 

Habis

 

Isnin, Februari 20, 2023

Roti Lembut Gebu terus mendapat sambutan

Assalamualaikum dan selamat pagi

Alhamdulillah

Walau pun tak banyak tempahan TETAPI tetap bersyukur kerana masih ada pelanggan yang memesan dan ada juga dermawan yang membeli untuk disumbangkan kepada Rumah Anak Yatim dan Pusat Tahfiz setiap minggu

Semoga uasaha dermawan diberkati ALLAH sepanjang masa

Aamiin Yarabbal'alamiin











Selasa, Januari 10, 2023

Tahun Baru 2023 penuh cabaran

Assalamualaikum dan selamat pagi

Sejak tahun 2022 pertumbuhan ekonomi tidak begitu memberasangkan. Pendapatan perkapita rakyat semakin menurun dan kos sara hidup semakin meningkat.

Bagi pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) dan pengguna amat tertekan dengan kenaikan harga keperluan yang naik secara mendadak dan sukar didapati.

Keluhan pengguna seolah-olah tidak didengari oleh pemimpin yang menerajui negara.

Ya ALLAH Ya Tuhanku Di hari yang mulia ini ku sedekahkan Fatihah ini buat diriku, kedua ibu bapaku, sahabatku dan mereka yang membaca blog ini. Ya ALLAH Ya Tuhanku Ampunkan dosaku, dosa kedua ibu bapaku, sahabatku dan mereka yang mengaminkan doa ini.

Alfatihah
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾ الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ﴿٧﴾ آمين آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

Sinar Harian 15 Oktober 2022