MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Khamis, Jun 28, 2018

HIBS, G3 jayakan program apresiasi penyu

SEBAHAGIAN daripada warga HIBS yang menyertai gotong -royong bersihkan pantai di Kemaman baru-baru ini.-UTUSAN ONLINE

28 Jun 2018 3:53 PM

KEMAMAN 28 Jun - Penyu, haiwan yang suatu ketika dulu cukup sinonim dengan pengenalan negeri ini namun ia semakin berdepan dengan kepupusan dan semakin jarang pula disebut kini.

Sempena Hari Penyu Sedunia baru-baru ini yang tidak begitu disedari umum, sebuah sekolah menengah swasta, Highlands International Boarding School (HIBS), Genting Highlands turut menyahut seruan ke arah  meningkatkan apresiasi terhadap alam sekitar dan pemuliharaan haiwan itu.

Dicetuskan oleh Jabatan Bahasa HIBS yang diketuai Indra Arumugam, usaha yang menarik penglibatan 40 pelajar dari pelbagai negara itu dijayakan bersama Generasi Hijau Genting (G3) di Resorts World Kijal (RWK).

Program turut dihadiri Naib Presiden Perhubungan Korporat dan Komunikasi Genting Malaysia Bhd. (GMB), Datuk Seri Kay Prakash dan Pengurus Besar RWK, Julia Ter Siew Wha.

Program yang ditaja oleh GMB di bawah tanggungjawab sosial korporatnya diisi dengan ceramah kesedaran di Santuari Penyu Ma’ Daerah dan penanaman telur di pantai RWK di samping gotong-royong membersihkan persekitaran pantai.

“Kegiatan dirangka dalam bentuk yang menggembirakan  pelajar walaupun bersifat mendidik, mereka juga didedahkan dengan usaha yang dilakukan oleh G3 bagi mengawal dan mengekalkan persekitaran dan hidupan yang mempunyai kaitan dengan corak perniagaan syarikat.

“Kami berbangga dan gembira untuk bersama dengan HIBS untuk mendidik pelajarnya tentang koservasi penyu,” ujarnya Kay Praksah dalam satu kenyataan hari ini -UTUSAN ONLINE



Rabu, Jun 27, 2018

Bot Vietnam ditahan berhampiran pelantar

Kapten Maritim, V. Pannir Selvan a/l Veloo menunjukkan sebahagian daripada sotong kering yang dirampas dari bot nelayan asing, di Kemaman, hari ini. - UTUSAN ONLINE



27 Jun 2018 6:31 PM

KEMAMAN 27 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritm Malaysia (MARITIM) menahan sebuah bot Vietnam bersama 20 nelayan yang menceroboh perairan negara ketika sedang menangkap ikan berdekatan pelantar minyak pada pukul 9.30 pagi semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Wilayah Timur, Kepten Maritim V.Pannir Selvan Veloo berkata, tangkapan di lokasi berkenaan pada jarak 140 batu nautika dari timur Kemaman jarang berjaya dilakukan kerana penceroboh mudah lolos ke perairan antarabangsa.

"Kita sering terima aduan daripada pihak pelantar minyak tentang kehadiran bot nelayan asing ini (di lokasi yang dianggap lubuk ikan).. dan apabila kita terus bergerak dan sampai ke lokasi, mereka ini telah melarikan diri tapi kali ini kita bernasib baik.

"Kebiasaan mereka ini akan menghampiri pelantar minyak pada waktu malam untuk menangkap ikan kerana pada waktu malam biasanya kapal Maritim tidak ada di kawasan tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pangkalan Maritim Kemaman, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebanyak dua tan ikan campur, dua tan ikan baja dan 400 kilogram sotong kering berserta alatan menangkap ikan yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM1 juta.

Kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dikawasan perairan Malaysia tanpa kebenaran. - UTUSAN ONLINE

Ahad, Jun 24, 2018

Keputusan Pemilihan Sayap Pemuda UMNO Bahagian Kemaman

23 Jun 2018 9:12 PM

Keputusan Pemilihan Sayap Pemuda UMNO Bahagian Kemaman.

Pengerusi Tetap - Md. Amirulizam Md. Mokhtar
Timbalan Pengerusi Tetap - Muhammad Faiz Idris
Ketua - Hashim Ali
Naib Ketua - Mohd Fadini Rahim

Ahli Jawatankuasa
1. Mohd Azizul Walik @ Mokhtar.
2. Mohd Sultamizi Othman.
3. Mohamad Nabil Mohd Nasir.
4. Mohd Hafiz Rajik.
5. Mohammad Norzaidi Ab. Majid.
6. Wan Muhamad Najib Wan Abu Bakar.
7. Mohd Syamsul Kamarudin.
8. Mohd Sufian Mohd Zubir.
9. Hasran Ifwat Harun.
10. Alias Sahak @ Ishak.
11. Muhammad Khairi Afiq Mohd Yusof
12. Muhamad Faizal Salim.
13. Ahmad Takhairi Mohd Hamdan.
14. Khairul Azmir Awang.
15. Che Wan Mohd Zarodi Che Wan Jusoh. - UTUSAN ONLINE

http://m.utusan.com.my/berita/politik/keputusan-pemilihan-sayap-pemuda-umno-bahagian-kemaman-1.695252

Keputusan Pemilihan Sayap Puteri UMNO Bahagian Kemaman


23 Jun 2018 7:54 PM




Keputusan Pemilihan Sayap Puteri UMNO Bahagian Kemaman.

Pengerusi Tetap - Tuan Norasykin Tuan Ngah
Timbalan Pengerusi Tetap - Nurul Fadila Mohd.
Ketua - Hafizah Zakaria
Naib Ketua - Noor Azizah Mohd Ali

Ahli Jawatankuasa
1. Normah Ismail
2. Nor Hazmira Mat Nasir
3. Noroziana Azizad
4. Hasyuza Ab Hamid
5. Noor Azira Wahab
6. Siti Norzablina Ibrahim
7. Siti Azyrah Ab. Rahman
8. Rosamidaliana Dahalan
9. Siti Nurazila Hanafi
10. Nor Anymee Norden
11. Nur Ainalhanisah Rasli
12. Tuan Nor Aslina Tuan Abd Aziz
13. Nur Asmira Azman
14. Nordiana Mohd Saleh
15. Norliana Ali - UTUSAN ONLINE



Ketua Wanita UMNO Kemaman bertukar selepas 20 tahun

Rosmiza (kiri) bersama Wan Nora. - UTUSAN ONLINE

23 Jun 2018 9:25 PM


KEMAMAN 23 Jun - Rosmiza Mokhtar dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO bahagian sesi 2018/2021 setelah menewaskan pencabarnya, Norzamziah Afzanizam dalam pemilihan hari ini.

Tempat Rosmiza sebelum ini selaku Naib Ketua Wanita UMNO bahagian pula disandang oleh Wan Nora Wan Ibrahim yang menang tanpa bertanding.

Jawatan Ketua Wanita dikosongkan oleh Datuk Rohani Abdullah yang menjawat jawatan itu selama 20 tahun.

Sementara itu, jawatan Ketua Pemuda UMNO bahagian disandang oleh Hashim Ali yang menewaskan pencabarnya, Mohd Zammil Mohd Zuslaini.

Mohd Fadini Rahim pula menewaskan Mohd Hanafi Rahman bagi jawatan Naib Ketua Pemuda.

Dalam pertandingan bagi jawatan Ketua Puteri, Hafizah Zakaria menewaskan Tuan Noraishah Tuan Puteh. - UTUSAN ONLINE


© Utusan Melayu (M) Bhd 


Selasa, Jun 12, 2018

Enam pasar raya dikenakan kompuan


Enam pasar raya dikenakan kompuan


Pegawai penguat kuasa menunjuk antara barangan yang disita kerana melanggar peraturan di bawah Akta Makanan 1983 dalam Ops Raya di Kemaman, semalam. - UTUSAN ONLINE

12 Jun 2018 6:01 PM

KEMAMAN 12 Jun - Empat buah pasar raya di daerah ini dikenakan kompaun kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan penjualan bahan makanan dalam 'Ops Raya', semalam.

Operasi dianjurkan bersama Jabatan Kesihatan Awam dan Kesihatan Alam Sekitar Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Pejabat Kesihatan Daerah dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan 30 orang anggota penguat kuasa.

Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Mohd Anuar Abd Rahman berkata, operasi bertujuan memastikan makanan yang dijual kepada orang ramai adalah selamat dan tiada aspek penipuan.

Hasil pemeriksaan, sebanyak 350 daripada 531 item makanan yang diperiksa, didapati tamat tarikh luput, 28 lagi melibatkan bungkusan yang kemek dan berkarat, 23 makanan rosak dan satu kesalahan pelabelan.

"Ada barangan makanan yang telah tamat tempoh pada tahun lepas lagi masih dijual, kebanyakannya  adalah barangan keperluan harian pengguna antaranya beras ketupat, pasta sejuk beku, produk tenusu, kuih bahulu dan minuman bertenaga.

“Selain itu terdapat keperluan barangan asas seperti buah buahan dan sayuran yang dijual bercampur dengan produk yang telah rosak, berbau dan berkulat di samping rak pameran jualan yang tidak bersih," ujarnya. - UTUSAN ONLINE


Isnin, Jun 04, 2018

Ramadan ujian paling berat buat Mazlan

Ramadan ujian paling berat buat Mazlan

 MAZLAN menyiram air di atas pusara isteri dan tiga anaknya yang selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Fasa 2, Bandar Ceneh Baharu, malam tadi. 




UTUSAN ONLINE
Mukhatar  A. Rahman    
04 Jun 2018 11:18 AM


KEMAMAN 4 Jun - Jenazah ibu bersama tiga anaknya yang maut dalam kemalangan di Kilometer 161.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dekat Maran, Pahang, pagi semalam selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Fasa 2, Bandar Ceneh Baharu, dekat sini, tengah malam tadi.

Hampir 1,000 penduduk setempat  selain saudara mara dan sahabat handai sudah menunggu lebih awal ketibaan jenazah empat beranak malang itu dan kemudian mengiringi  ke tanah perkuburan.

Bagi  Mazlan Mohd Rashid,54, malam tadi merupakan Ramadan terakhir buatnya bersama isteri dan tiga daripada lima anaknya, dengan pemergian mereka secara serentak dalam keadaan yang sangat mengejutkannya.

Tiada kata yang dapat diungkapnya bagi menggambarkan kesedihannya ketika ditemui  di tanah perkuburan  tetapi reda dengan ujian paling berat yang dilaluinya itu, apatah lagi ketika menjelang ketibaan Aidilfitri.

“Saya terima Allah ambil mereka dahulu. Kita pun tidak boleh jangka giliran kita pula, sampa masa kita akan pergi juga,”ujarnya.

Kemalangan kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku apabila kereta yang dipandu anaknya Mohd Mohd Shahrul Ikram,20, semasa dalam perjalan pulang membeli-belah keperluan Aidilfitri di Kuala Lumpur terbabas lalu merempuh penghadang jalan.

Rempuhan yang dikuat menyebabkan kenderaan itu remuk dan meragut nyawa isteri Mazlan,  Azian Abdulah, 50, di samping tiga anaknya Fatin Najwa Mazlan, 27,  Fatin Nur Ardiana Mazlan, 15 dan Mohamad Danish Najmi Mazlan, 10 manakala  Fatin Nur Athirah Mazlan, 19, cedera parah dan dikejarkan hospital Sultan Haji Ahmad Shah, (Hoshas) Temerloh dan Mohd Shahrul Ikhram hanya cedera ringan. - UTUSAN ONLINE

Sabtu, Jun 02, 2018

Restoran di Kemaman diarah tutup kerana kotor


Restoran di Kemaman diarah tutup kerana kotor

MUKHATAR  A. RAHMAN
02 Jun 2018 8:10 PM


Lipas turut ditemui di restoran berkenaan yang boleh menjadi agen pembawa bakteria penyebab penyakit.

KEMAMAN - Sebuah restoran makanan yang dimiliki pengusaha bukan Islam di Jalan Masjid dekat sini diarah tutup serta-merta semalam selain dikenakan notis atas beberapa kesalahan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kemaman.

Pegawai kesihatan daerah, Dr. Mohd. Anuar Abd. Rahman berkata, seramai lapan anggota penguat kuasa menjalankan operasi pemeriksaan ke atas tiga buah kedai makan bukan Islam di sekitar bandar Chukai yang beroperasi pada bulan Ramadan.

Menurutnya, salah sebuah daripada tiga restoran yang diperiksa telah diarahkan tutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berikutan tahap kebersihan yang tidak mencapai piawaian.

"Hasil pemeriksaan mendapati bahan mentah seperti sayur-sayuran diletakkan di atas lantai yang kotor selain beras yang disimpan di dalam stor dibiarkan di atas rak tanpa pelapik.

"Stor tersebut juga sangat kotor, berbau dan menjadi tempat pembiakan lipas. Kami juga mendapati terdapat sisa makanan dan air buangan tidak diuruskan dengan sempurna sehingga menimbulkan bau yang memualkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Anuar berkata, kehadiran lipas di premis berkenaan boleh menjadi agen pembawa bakteria penyebab penyakit yang mendatangkan risiko seperti keracunan makanan.

Jelas beliau, hasil penilaian yang dilakukan juga mendapati restoran berkenaan memperolehi markah rendah iaitu 49 peratus, dibawah paras yang ditetapkan iaitu sebanyak 60 peratus. - K! ONLINE



Jumaat, Jun 01, 2018

Peniaga cemarkan kesucian Ramadan


Peniaga cemarkan kesucian Ramadan
Sikap tamak jadi punca


Anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kemaman 'menahan' makanan dan minuman yang dijual peniaga pada waktu yang ditegah penjualannya, pagi semalam. - UTUSAN ONLINE


01 Jun 2018 6:20 PM

KEMAMAN 1 Jun - Didorong oleh keinginan meraih untung dengan mudah, segelintir peniaga sanggup mencemarkan kesucian Ramadan dengan membekalkan makanan kepada kalangan yang ponteng puasa.

Gelagat peniaga yang sanggup bersengkongkol ini dikesan dalam operasi oleh penguat kuasa Pejabat Agama Daerah di sekitar bandar Cukai dan Geliga semalam.

Pegawai Agama Daerah, Ahmad Azhar Harun@Musa berkata, ada peniaga sudah menyediakan set makanan bersama air dengan harga RM4 hingga RM6 sebungkus sejak awal pagi.

Lebih 200 bungkus makanan dan minuman dirampas pihaknya untuk sementara waktu.

"Ada di dua tiga tempat kita tahan barang-barang jualan dan di satu kedai kita beri amaran kepada peniaganya.

"Ada juga peniaga kalangan lelaki dan wanita yang melarikan diri ketika menyedari kehadiran penguat kuasa.

"Kita tahan barang jualan kerana kita tak mahu mereka membuat jualan pada waktu tidak dibenarkan." ujarnya, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Azhat memberitahu, tiada sebarang tangkapan dibuat kerana pihaknya memberi tumpuan terhadap pencegahan agar tiada peniaga yang menjual makanan sebelum sebelum pukul 3 petang setiap hari.

Menurutnya, operasi pencegahan dilakukan sepanjang Ramadan bagi mencegah aktiviti penjualan makanan dan minuman kepada orang yang tidak berpuasa daripada berleluasa.

"Kadang-kadang penjual sendiri juga tidak berpuasa. Kalau dia jual 300 hingga 400 bungkus makanan sehari, akan ada 300 hingga 400 umat Islam juga tidak berpuasa," katanya. - UTUSAN ONLINE



Masjid Jamek Cukai ceriakan warga kariah

SEBAHAGIAN daripada penerima sumbangan Masjid Jamek Cukai Kemaman dalam majlis yang berlangsung semalam. - UTUSAN ONLINE


Mukhatar  A. Rahman
01 Jun 2018 3:21 PM

KEMAMAN 1 Jun- Masjid Jamek Cukai di sini meneruskan tradisi tahunan yang dimulakan 12 tahun lalu dengan meraikan lebih 100 anak yatim dan ibu mereka dalam Majlis Berbuka Puasa Perdana semalam.

Dalam majlis itu mereka menerima sumbangan wang tunai agar dapat menyambut Aidilfitri dalam suasana lebih menceriakan.

Pengerusi masjid, Hamid Johary berkata, pemberian sumbangan kali ini dibuat secara beramai-ramai di masjid dan tidak lagi dari rumah ke rumah.

“Kami memberi sumbangan sebegini termasuk semasa menjelang pembukaan seai sekolah menggunakan tabung masjid yang sebahagiannya juga untuk menambah baik masjid dan urusan pentadbiran,” katanya.

Selepas penyampaian sumbangan, disusuli tazkirah oleh imam masjid, Abdul Hadi Salleh sebelum jamuan berbuka puasa dan solat maghrib.

Sementara itu Melati Awang Noh, 41, berkata, ini kali pertama menerima dia dan anak-anak sumbangan dari Masjid Jamek Cukai sejak kematian suami awal tahun lepas.

Beliau yang tinggal di kediaman Flat Dusun Nyior dan bekerja sebagai kerani mengucapkan terima kasih diatas keprihatinan jawatankuasa maajid.

“Sumbangan ini dapatlah membeli pakaian buat dua anak saya, Nur Izah-Izzati Maliki, 12, dan Nur Aisyah Izzatul Maliki, 7,” ujarnya.

Bagi Zaimah Omar, 54, pula, ini merupakan sumbangan raya kali keempat yang diterima.

“Makcik ada 11 anak hasil dua perkahwinan. Dua orang anak hasil perkahwinan pertama tinggal bersama nenek mereka. Sembilan lagi tinggal bersama makcik.

“Lima masih bersekolah dan Alhamdulillah hari ini empat anak makcik menerima sumbangan dari pihak masjid,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE