MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Jumaat, April 20, 2018

Isteri Tan Sri Wan Mokhtar meninggal


Puan Sri Aishahtun Mohd Fadlullah Suhaimi bersama anaknya, Wan Abd Hakim bin Wan Mokhtar. - UTUSAN ONLINE/ MEDIA SOSIAL




20 April 2018 8:55 PM

KEMAMAN 20 April -Isteri bekas menteri besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Puan Sri Aishahtun Mohd Fadlullah Suhaimi meninggal dunia di kediamannya di Monterez Golf & Country Club  Shah Alam Selangor lewat petang tadi akibat  sakit tua.

Allahyarham Aishahtun juga merupakan ibu kepada penyandang kerusi Dewan Undangan negeri Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar. Jenazah akan dikebumikan di Shah Alam pagi esok.

Allahyarham yang meninggalkan lima orang anak pernah menerima banyak penghargaan termasuk Anugerah Tokoh Wanita Terengganu kerana komitmennya yang tinggi dan berterusan melalui pelbagai badan sukarela dan kebajikan di negeri ini, menggerakkan kegiatan bagi kepentingan masyarakat. - UTUSAN ONLINE


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.