MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Isnin, November 25, 2013

Majlis Perasmian Pusat Pendidikan Alam Sekitar ecoCare di Kertih

StorySITI AIRUNNISA ALAUI ( Utausan Malaysia )
Gambar : MUKHATAR BIN A. RAHMAN


KEMAMAN 20 Nov. - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mahu rasa cinta terhadap alam sekitar diterapkan di segenap lapisan masyarakat kerana tindakan itu berkait rapat dengan kesejahteraan kehidupan masa depan.

Menurut baginda, ini boleh dilakukan dengan mengadakan program kesedaran dan penglibatan meluas secara berterusan dalam memikul tanggungjawab bersama memulihara dan mengekalkan keseimbangan ekologi di negara ini.

Baginda menarik perhatian tentang ancaman terhadap hutan paya bakau yang merupakan ekosistem unik dan menjadi habitat flora serta fauna daratan mahupun kehidupan marin selain berfungsi untuk menapis air ke laut dan menjadi benteng penahan ombak.

Titah baginda, inisiatif Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) bagi menjayakan program tanggungjawab sosial korporat tertumpu kepada usaha perhutanan semula serta melibatkan paya bakau yang spesifik di sepanjang ekosistem sungai perlu dipergiatkan.

"Beta yakin usaha penanaman hutan bakau adalah satu pendekatan integrasi yang perlu diberi keutamaan oleh semua pihak. Beta juga ingin menyarankan agar pengetahuan tentang fungsi hutan paya bakau dapat dipertingkat dari masa ke semasa," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berangkat menyempurnakan majlis Perasmian Pusat Pendidikan Alam Sekitar ecoCare (EEC) di Kampung Labohan dekat sini hari ini.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah; Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan isteri, Toh Puan Sri Norliza Mahmud; Naib Presiden Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Petronas, Raiha Azni Abdullah Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Group Berhad (PCG), Datuk Dr. Abd. Hapiz Abdullah dan Presiden MNS, Prof. Dr. Maketab Mohamed.

Baginda turut berharap agar pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut memberi sumbangan dan komitmen untuk meneruskan baik pulih ekosistem paya bakau di negeri ini.

"Kerajaan beta komited dalam memastikan khazanah negeri terus kekal dan dipelihara dan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh generasi yang akan datang.

"Inisiatif penanaman semula bakau di tebing sungai ini sudah tentun dapat membantu dalam pengurusan hutan bakau secara berkekalan selain program yang dapat meningkatkan penglibatan masyarakat umum," titah baginda.








 



PELAJAR LEMAS DI SUNGAI KEMAMAN DITEMUI

KEMAMAN 18 Nov – Setelah hampir 40 jam usaha mencari dan menyelamat murid tahun lima SK Binjai, Mohamad Shafei Mohamed Amin, 11, yang terjatuh ke dalam Sungai Kemaman ketika memancing bersama seorang rakannya berhampiran Loji Rawatan Air Sungai Pinang di sini Sabtu lalu akhirnya ditemui.

Mayat mangsa ditemui olih terapung 50 meter dari tempat kejadian olih pasukan Bomba dan Penyelamat Cukai jam 9.00 pagi tadi.

Mayat mangsa kemudian di bawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.

Sabtu lalu mangsa dikatakan keluar memancing di sungai berkenaan bersama rakannya berusia 21 tahun kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Mangsa bersama rakannya itu dikatakan menaiki bot fiber terbalik dan terjatuh ke dalam sungai berarus deras berhampiran sebuah empangan kecil lalu dihanyutkan air.

Bagaimanapun rakan mangsa berjaya berenang ke tepi untuk menyelamatkan diri manakala mangsa dihanyutkan arus lalu tenggelam ke tengah sungai.

Bapa mangsa Mohamad Amin Salleh, 61, mengucapkan terima kasih kepada pasukan mencari dan menyelamat dan orang awam yang terlibat. Beliau melahirkan rasa syukur kepada Allah diatas penemuan ini. Katanya lagi, beliau dan keluarga tidak jemu jemu berdoa dan bergilir gilir menunggu mangsa.

Dalam pada itu, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Kemaman Senator Hajjah Rohani Abdullah dan Mohd Hisham Zubir yang di temui di Hospital Kemaman turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Mayat mangsa dituntut olih keluarga mangsa jam 11.30 pagi dan akan dikebumikan ditanah perkuburan Islam Kg Tok Kapur Binjai.











Ahad, November 24, 2013

LATIHAN PERSIAPAN MENGHADAPI BANJIR ( BOMBA )

Penolong Kanan Penguasa Bomba Yahaya Hanafi

Kemaman 24 Nov – Jabatan Bomba dan Penyelamat Cukai telah bersiap sedia menghadapi bencana banjir yang dijangka berlaku akhir bulan ini.

Ketua Balai Cukai Penolong Kanan Penguasa Bomba Yahaya Bin Hanafi berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat kini bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir  lebih besar dari tahun lepas berdasarkan amaran yang dikeluarkan olih Jabatan Metrologi baru baru ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena tamat latihan teknik pemanduan bot dan teknik menyelamat yang betul terutama bagi keselamatan anggota penyelamat itu sendiri dan juga orang awam. Dalam latihan hari ini perserta terpaksa berenang sejauh 500 meter bagi menguji ketahanan fizikal.  Latihan ini dibuat di Sungai Kemaman dan Sungai Bukit Kuang.

 Katanya lagi latihan kali ini mengabungkan tiga buah balai bomba terdiri dari Balai Cukai seramai 23 orang anggota termasuk empat orang dari Unit Scuba, Balai Bandar Ceneh Baru seramai enam orang anggota dan Balai Jalan Abdul Rahman empat orang anggota.

Latihan ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi menguji stamina bagi menghadapi banjir. Skop atau bidang tugas anggota bomba bukan saja memadamkan kebakaran semata malah menyelamatkan mangsa kemalangan jalan raya dan bencana alam yang lain termasuk juga mangsa banjir

Mengenai kerja menyelamat mangsa banjir, beliau berkata bomba akan bekerjasama dengan anggota penyelamat lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM),  Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan juga Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA).

Menurutnya selaian dari menyelamatkan mangsa banjir, anggota bomba juga perlu mahir mengendali bot serta pandai berenang bagi tugasan menyelamat mangsa lemas, sama ada disungai atau dilautan