OLIH: MUKHATAR
A. RAHMAN
mukhatar@gmail.com
Pantai Kuala Kerteh
KEMAMAN
1 Jan. – Kerajaan negeri amat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat
terutama golongan yang memerlukan bantuan dan perlu diberi perhatian yang
serius setiap aduan yang dikemukakan oleh mereka.
Pengerusi
Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri,
Dr. Mamat Puteh berkata, setiap aduan perlu dilihat dalam skop keperluan dan
peruntukan sebelum sesuatu bantuan itu dapat dilaksanakan.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamat Puteh
“Hari
ini kita (kerajaan) menerima aduan daripada nelayan kawasan Kerteh mengenai
terdapat benting pasir di Muara Sungai Kuala Kerteh akibat daripada musim
terkujuh yang melanda daerah ini Disember lalu yang menghalang laluan bot-bot
nelayan daripada keluar atau masuk bagi tujuan menangkap ikan.
Akibat daripada itu,
terdapat sebanyak 100 buah bot dan seramai 230 orang nelayan tidak dapat turun
kelaut bagi tujuan menangkap ikan sebagai sumber pendapatan mereka.
Pantai Kuala Kerteh
“Kita
dapati timbunan pasir ini berlaku daripada timur ke selatan tetapi apabila
berlakunya musim tenggara… pasir ini berubah daripada selatan ke utara yang
nenyebabkan muara sungai ini tertimbus.
Beliau
berkata demikian kepada penulis selepas meninjau Muara Sungai Kuala Kerteh
petang semalam.
Pantai Kuala Kerteh
Turut hadir Adun Kawasan Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili, Ketua
Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan 2, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS)
Negeri Terengganu, En. Shaari Haron, Jurutera JPS Daerah Kemaman, Nik Mohd
Fariz Zamani, wakil Persatuan Nelayan Kawasan Kerteh dan Pengerusi Majlis
Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Gelugor, Kerteh.
Pantai Kuala Kerteh
Dr.
Mamat berkata, kerajaan sentiasa berusaha memastikan masalah yang dihadapi oleh
rakyat dapat diambil tindakan dan tidak dibiarkan berpanjangan.
Untuk menyelesaikan
masalah ini, kita kena buat perancangan jangka panjang dan jangka pendek. Bagi
jangka panjang kita kena kajian bagaimana untuk membina struktur yang kekal
bagi menghalang pergerakan pasir ini, katanya
Pantai Kuala Kerteh
Kerajaan
negeri pada tahun 1993 melalui JPS Daerah Kemaman telah membina struktur
“Groyne” sepanjang 200 meter, membina lapisan batu “rivertment” di kiri dan
kanan dan mendalam Muara Sungai Kerteh.
“Bagi pembinaan
jangka pendek ia memerlukan peruntukan yang tinggi kerana pembinaan ini tidak
kekal dan hanya bersifat sementara seperti mendalamkan muara sungai yang hanya
mampu bertahan dua tiga bulan sahaja.
Pantai Kuala Kemasik
“Walau
bagaimana pun kita terpaksa lakukan dengan kadar segera bagi memudahkan
nelayan-nelayan ini turun kelaut mencari punca pendapatan bagi menanggung
keluarga mereka,” katanya.
Dr.
Mamat dan rombongan juga turut melawat tapak pembinaan struktur “Groyne” di
Muara Sungai Kemasik yang dilanda ombak baru-baru ini.
Habis.
Pantai Kuala Kemasik
Pantai Kuala Kemasik