MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, Jun 30, 2013

Petronas Carigali dah pindah ke Pelabuhan Kuantan

30 Jun 2013 8.00 Malam

Mulai esok segala aktiviti perkapalan yang melibatkan Petronas Carigali akan berpindah ke Pelabuhan Kuantan. Menurut sumber, segala aktiviti perkapalan yang melibatkan carigali akan mendarat di Pelabuhan Kuantan sebelum dipindah ke KSB. 

Petronas Carigali terpaksa berbuat demikian bagi mengatasi masalah birokrasi KSB dan terpaksa membayar dengan jumlah yang tinggi. Diharap dengan tindakan ini KSB dapat mencari jalan bagi mengatasi masalah yang berbangkit selama ini.

Petronas Carigali memberi tempuh hingga Julai ini bagi Kemaman Supply Base membaiki mutu perkhidmatan

30 Jun 2013

Ketika menonton perlawan bolasepak di antara pasukan Johor Darul Takzim menentang Kelantan malam tadi di sebuah restoran di Bandar Cukai Utama Kemaman, saya bersama saorang rakan di datangi dua orang yang mendakwa dari syarikat Petronas Carigali di Kerteh Terengganu. 

Olih kerana tiada tempat duduk maka mereka menumpang duduk dimeja kami. Pada mulanya kami hanya berbual mengenai bolasepak walau pun saya tidak mahir tentang bolasepak, secara tak langsong perbualan kami bertukar tajuk kepada pilihanraya kecil Kuala Besut dan juga perkerjaan.

Mereka mendakwa Petronas Carigali telah menulis surat kepada pengurusan Kemaman Supply Base supaya membaiki mutu perkhidmatan kepada yang lebih baik dari sebelumnya. Menurut mereka, banyak aduan yang mereka terima dari syarikat syarikat pembekal yang mendakwa tiada kemudahan asas dan kerenah birokrasi Kemaman Supply Base menyebabkan kelewatan mereka membekal barang barang keperluan yang diminta olih Petronas Carigali.

Menurut mereka, Petronas Carigali telah memberi kata dua kepada Kemaman Supply Base supaya mengambil tindak segera sebelum bulan Julai ini jika tidak mahu kehilangan pelanggan. Jika pihak Kemaman Supply Base gagal membaiki mutu perkhidmatan, Petronas Carigali tidak teragak agak untuk keluar dari Kemaman Supply Base dan mencari lokasi baru. 

Jika Petronas Carigali keluar dari Kemaman Supply Base, Syarikat syarikat pembekal kepada Petronas Carigali juga akan mengikut langkahnya dan ini akan merugikan Kemaman Supply Base itu sendiri.

Tamat

Wan Ahmad Nizam bakal terajui Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad?

30 Jun 2013

Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid
Bekas calon Barisan Nasional Dun Cukai pada PRU 13 yang lalu Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid ( Gambar ) bakal menerajui Eastern Pacific Indutrial Corporation Berhad pada bulan Julai ini bagi menggantikan Ramli Shahul Hameed.

Ketika saya berurusan di Pejabat JPJ Pahang pada hari Jumaat lepas, saya di tanya olih saorang kakitangan JPJ tentang kebenaran berita ini. Beberapa pelanggan JPJ juga menceritakan perkara yang sama. Saya menyatakan yang saya sendiri tidak pernah dengar tentang berita ini.

Dakwa mereka lagi, sejak akhir akhir ini Kemaman Supply Base anak Syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad gagal memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada syarikat syarikat yang berada dalam kawasan Pelabuhan Kemaman Supply Base.

Jika keadaan ini berterusan berkemungkinan banyak syarikat yang akan berpindah ke pelabuhan lain yang lebih mesra dan dapat menjamin masa depan mereka. 

Jika benar dakwaan mereka, saya berharap Menteri Besar perlu campurtangan bagi memulihkan imej Kemaman Supply Base yang satu ketika dahulu adalah sebuah pelabuhan yang termasuk dalam kategori sepuluh pelabuhan termahal didunia.

Sabtu, Jun 22, 2013

Husam Musa dan Khalid Ismath ditahan untuk siasatan

Husam Musa ditahan untuk siasatan
Datuk Husam Musa
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ditahan polis hari ini untuk siasatan mengikut Akta Hasutan. 

Husam di dalam laman twitternya memberitahu beliau ditahan di Desa Pandan, Ampang oleh polis Bukit Aman dan dibawa ke Balai Polis Ampang. 

"Akan dibawa ke Kelantan untuk siasat bawah Akta Hasutan," katanya. Pemangku Ketua Polis Selangor A. Thaiveegan mengesahkan mengenai penahanan Husam dan berkata kes berkenaan dikendalikan Bukit Aman. 

Husam seperti dilaporkan dalam Harakahdaily Ahad lalu berkata, peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan pembangkang di Padang Merbok di sini hari ini dianggap sebagai mati syahid. 

Kenyataannya itu bertentangan dengan pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang mahu ahli parti mematuhi pendirian serta nasihat Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa tiada paksaan untuk mereka menyertai perhimpunan itu. - BERNAMA

Sumber http://www.bharian.com.my 


Khalid Ismath ditahan bantu siasatan - Polis

KUALA LUMPUR 22 Jun - Aktivis pembangkang, Khalid Mohd. Ismath ditahan sepasukan anggota polis di rumahnya di Bandar Putri Fasa 2 di Klang, Selangor hari ini, dipercayai bagi membantu siasatan komennya dalam laman sosial berkaitan perhimpunan haram baru-baru ini.
Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang digantung tiga semester kerana mengugut polis Jun tahun lalu ditahan pukul 5.45 petang ini dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang. - UTUSAN ONLINE

Selasa, Jun 04, 2013

Dr M tolak parti tunggal

Yogyakarta: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, belum sampai masanya bagi Barisan Nasional (BN) untuk menjadi sebuah parti yang terbuka kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia. 

Bekas Perdana Menteri berkata, pendekatan terbaik pada masa ini ialah kerjasama antara parti-parti yang mewakili kaum dalam konsep perkongsian kuasa dan kekayaan negara. 
Kita tak boleh ketepikan parti yang mewakili kaum mereka. Walaupun dalam BN, ada parti-parti yang berbilang kaum, tetapi pada hakikatnya parti yang mendakwa dirinya sebagai berbilang kaum juga didominasi satu kaum saja. 

Kalau kita lihat parti GERAKAN sebagai sebuah parti berbilang kaum, tapi ia dikuasai oleh orang Cina, jadi belum sampai masa kita boleh ketepikan kaum dan kita adakan satu parti, katanya kepada BERNAMA di sini.

Dikuasai satu kaum

Kita lihat DAP umpamanya dikatakan berbilang kaum, tapi sebenarnya dikuasai oleh orang Cina. Demikian juga dengan PKR dikuasai oleh orang Melayu. 

Walaupun diadakan satu parti berbilang kaum, satu-satu kaum akan mendominasi dan ini tidak menjadikannya sebuah parti berbilang kaum, kata Dr Mahathir. 
Beliau berada di sini kerana memberi syarahan umum mengenai Keamanan Global dan Penyelesaian Konflik sempena perasmian Mahathir Global Peace School di Universiti Muhammadiyah Yogyakarta (UMY). 

Dr Mahathir berkata, BN tidak boleh tergesa-gesa menerima sesuatu cadangan mengenai corak dan bentuk parti itu di masa depan, sebaliknya semua cadangan perlu dikaji dengan mendalam akan kesan baik dan buruknya. 

Ditanya mengenai sama ada BN boleh menerima kemasukan parti-parti pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) seperti Perikatan pada suatu masa lalu membawa masuk parti pembangkang ke dalam parti gabungan itu.

Dr Mahathir berkata BN terbuka kepada parti pembangkang, tetapi mereka mestilah membelakangkan prinsip mereka yang bertentangan dengan perjuangan BN.

Nasib Melayu

Mengenai prestasi UMNO pada PRU-13, Dr Mahathir berkata walaupun parti itu menjadi parti terbesar yang menang dalam pilihan raya itu, ia masih berdepan banyak kelemahan. 

Kemenangan UMNO kali ini bukan kerana kekuatan UMNO atau perpaduan dalam UMNO, kemenangan UMNO kali ini disebabkan oleh perasaan takut orang Melayu, terutama kalau-kalau parti lawan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim bersama dengan DAP mendirikan kerajaan di Malaysia. 

Kalau mereka mendirikan kerajaan di Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk. Sebab itu mereka memberi sokongan kepada UMNO, kata Dr Mahathir. 
BERNAMA

Sumber : http://www.bharian.com.my

Blogger melenting

Singapura: Blogger republik ini merancang mengadakan perhimpunan bantahan dan mogok internet minggu ini bagi membantah peraturan baru yang dianggap menyekat kebebasan bersuara kerana memerlukan portal berita memohon lesen untuk beroperasi. 

Gabungan 34 blogger terkenal digelar Free My Internet akan mengadakan perhimpunan Sabtu ini, seminggu selepas peraturan baru dilaksanakan pada 1 Jun lalu.

Laman web berita termasuk yang dikendalikan enjin carian Yahoo! beribu pejabat di Amerika Syarikat perlu memperoleh lesen daripada pihak berkuasa. 

Gelapkan laman web 

Blogger terbabit juga akan menggelapkan laman mereka dengan dan memaparkan perkataan #Freemyinternet selama 24 jam pada hari Khamis. 

Bantahan ini perlu diadakan kerana pelbagai dialog dengan kerajaan sejak lima tahun lalu mengenai kebebasan dan tiada kawal selia internet membuahkan hasil sebaliknya. 

Kami mahu kerajaan sedar ia perlu berunding dengan rakyat, dengan Parlimen sebelum melakukan perubahan yang dijadikan perundangan, kata jurucakap kumpulan itu, Choo Zheng Xi, pengasas bersama laman web politik popular, The Online Citizen. 
Blog yang dikendalikan sukarelawan mencapai populariti sebagai berita alternatif dan sumber pandangan di Singapura, yang media arus perdana dianggap sebagai prokerajaan. 

Berusaha reda kebimbangan 

Pihak Berkuasa Pembangunan Media (MDA) minggu lalu berusaha meredakan kebimbangan peraturan baru itu menyasarkan komuniti blogger, menyatakan blog tidak dianggap sebagai portal berita. 

Rangka kerja lesen cuma dikenakan kepada laman yang memberi tumpuan kepada melaporkan berita Singapura dan diberitahu MDA ia mematuhi kriteria pelesenan, kata pegawai, Jumaat lalu. 

Choo, bagaimanapun, berkata jaminan pihak berkuasa tidak selari dengan kuasa luas peraturan baru itu. 
AFP

Sumber : http://www.bharian.com.my