MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Rabu, Jun 27, 2018

Bot Vietnam ditahan berhampiran pelantar

Kapten Maritim, V. Pannir Selvan a/l Veloo menunjukkan sebahagian daripada sotong kering yang dirampas dari bot nelayan asing, di Kemaman, hari ini. - UTUSAN ONLINE



27 Jun 2018 6:31 PM

KEMAMAN 27 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritm Malaysia (MARITIM) menahan sebuah bot Vietnam bersama 20 nelayan yang menceroboh perairan negara ketika sedang menangkap ikan berdekatan pelantar minyak pada pukul 9.30 pagi semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Wilayah Timur, Kepten Maritim V.Pannir Selvan Veloo berkata, tangkapan di lokasi berkenaan pada jarak 140 batu nautika dari timur Kemaman jarang berjaya dilakukan kerana penceroboh mudah lolos ke perairan antarabangsa.

"Kita sering terima aduan daripada pihak pelantar minyak tentang kehadiran bot nelayan asing ini (di lokasi yang dianggap lubuk ikan).. dan apabila kita terus bergerak dan sampai ke lokasi, mereka ini telah melarikan diri tapi kali ini kita bernasib baik.

"Kebiasaan mereka ini akan menghampiri pelantar minyak pada waktu malam untuk menangkap ikan kerana pada waktu malam biasanya kapal Maritim tidak ada di kawasan tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pangkalan Maritim Kemaman, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebanyak dua tan ikan campur, dua tan ikan baja dan 400 kilogram sotong kering berserta alatan menangkap ikan yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM1 juta.

Kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dikawasan perairan Malaysia tanpa kebenaran. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.