MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Khamis, Jun 28, 2018

HIBS, G3 jayakan program apresiasi penyu

SEBAHAGIAN daripada warga HIBS yang menyertai gotong -royong bersihkan pantai di Kemaman baru-baru ini.-UTUSAN ONLINE

28 Jun 2018 3:53 PM

KEMAMAN 28 Jun - Penyu, haiwan yang suatu ketika dulu cukup sinonim dengan pengenalan negeri ini namun ia semakin berdepan dengan kepupusan dan semakin jarang pula disebut kini.

Sempena Hari Penyu Sedunia baru-baru ini yang tidak begitu disedari umum, sebuah sekolah menengah swasta, Highlands International Boarding School (HIBS), Genting Highlands turut menyahut seruan ke arah  meningkatkan apresiasi terhadap alam sekitar dan pemuliharaan haiwan itu.

Dicetuskan oleh Jabatan Bahasa HIBS yang diketuai Indra Arumugam, usaha yang menarik penglibatan 40 pelajar dari pelbagai negara itu dijayakan bersama Generasi Hijau Genting (G3) di Resorts World Kijal (RWK).

Program turut dihadiri Naib Presiden Perhubungan Korporat dan Komunikasi Genting Malaysia Bhd. (GMB), Datuk Seri Kay Prakash dan Pengurus Besar RWK, Julia Ter Siew Wha.

Program yang ditaja oleh GMB di bawah tanggungjawab sosial korporatnya diisi dengan ceramah kesedaran di Santuari Penyu Ma’ Daerah dan penanaman telur di pantai RWK di samping gotong-royong membersihkan persekitaran pantai.

“Kegiatan dirangka dalam bentuk yang menggembirakan  pelajar walaupun bersifat mendidik, mereka juga didedahkan dengan usaha yang dilakukan oleh G3 bagi mengawal dan mengekalkan persekitaran dan hidupan yang mempunyai kaitan dengan corak perniagaan syarikat.

“Kami berbangga dan gembira untuk bersama dengan HIBS untuk mendidik pelajarnya tentang koservasi penyu,” ujarnya Kay Praksah dalam satu kenyataan hari ini -UTUSAN ONLINE



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.