MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Khamis, Jun 25, 2009

Kenapa Kementerian Pelancongan nak bagi RM1 juta kepada tunang Michelle Yeoh

Peruntukkan RM1 juta kepada Datuk Seri Jean Todt, tunang kepada pelakon antarabangsa kelahiran Ipoh, Datuk Michelle Yeoh,yang dilantik sebagai duta pelancongan Malaysia di Eropah adalah untuk bayaran perjalanan,majlis pertemuan yang diaturnya dan bukan gaji.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menjelaskan Todt berkhidmat sebagai sukarelawan yang tidak dibayar apa-apa gaji. "Beliau masih seorang sukarelawan. Takkan anda harapkan beliau membayar dari poketnya sendiri. Sukarela bererti kita tidak membayarnya gaji atau bayar apa-apa. Tetapi kita suruh dia lakukan penerbangan, takkan dia nak bayar sendiri. Dia nak adakan jamuan malam, takkan kita nak dia sendiri bayar," kata beliau di bangunan Parlimen Rabu.

Katanya peruntukkan RM1 juta itu belum pun digunakan lagi. Beliau menjawab dakwaan Ahli Parlimen PKR Gombak Azmin Ali bahawa kementerian itu membelanjakan hampir RM1 juta dengan anggaran RM593,400 bagi mempromosikan negara dan memberi peruntukan sebanyak RM388,000 untuk percutian dalam negara serta sebidang tanah di Pulau Besar kepada Todt.
Ng berkata Todt, bekas pengurus Formula 1 Ferrari dilantik sebagai duta Tourism Malaysia selama dua tahun pada Mei lepas.

Beliau juga turut menolak dakwaan bahawa Todt diberikan sebidang tanah di Terengganu. Azmin mendakwa beliau ada dokumen yang menunjukkan ada perhubungan antara Todt dan kementerian Pelancongan mengenai hal tanah. Ng turut menerangkan kepentingan Todt dalam usaha memacu pertumbuhan sektor pelancongan dan menarik pelaburan asing ke Malaysia.

"Dengan kehadiran beliau di Eropah dan dunia dan rangkaian hubungannya, kita percaya beliau akan menjadikan Malaysia lebih terkenal terutama di kalangan pelancong berada," katanya. Menurut beliau untuk mempromosi Malaysia di Eropah RM 1 juta ‘terlalu sedikit’.- Petikan www.agendadaily.com 24/6/200

Memanglah RM 1 juta di Eropah terlalu sedikit, tapi di Malaysia dah cukup banyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.