MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Isnin, Februari 08, 2010

Zul Kulim dalam soal jawab TV 3

Salam blogger

Saya tak sempat melihat sepenuhnya rancangan soal jawab di TV 3 yang disiarkan pada jam 10.00 hingga 11.00 sebentar tadi disebabkan sentiasa pulang lewat dari tempat kerja.

Apa yang menarik dalam rancangan tersebut adalah soal jawab bersama Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru dari PKR iaitu YB Zulkifli Nordin atau lebih dikenali Zul Kulim yang pernah mencetus kontroversi dengan Ahli Parliman Shah Alam YB Khalid Samad baru baru ini.

Dalam rancangan tersebut, Zul Kulim menyatakan akan berusaha mengumpulkan tiga parti islam supaya duduk satu meja bagi membincangkan mengenai kepentingan islam, orang melayu dan negara.

Beliau menjelaskan sudah sampai masanya orang islam melayu memperkasakan islam sepertimana suatu ketika dahulu orang islam amat disegani dan dihurmati. Beliau melihat apabila dua orang pemimpin kanan PAS, iaitu Mursyidul AM Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang telah senada ingin berbincang dengan UMNO dan berharap pemimpin UMNO tidak berdolak dalih dalam mengenai keikhlasan pemimpin PAS.

Beliau berharap antara kedua parti ini dapat berbincang mengenai kepentingan islam dan orang melayu walau pun kedua duanya berlainan parti demi kestabilan dan keamanan negara.

Bila ditanya mengenai perpecahan dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang, Beliau menjelaskan DAP dah mula tunjuk taring. Menurutnya lagi, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Mohamad Fairus Khairuddin dari PKR pernah menyuarakan pendapat, tetapi tidak diterima olih pucuk pimpinan kerajaan negeri menyebabkan Mohamad Fairus Khairuddin meletak jawatan.

Begitu juga yang berlaku di negeri Perak apabila ADUN dari PKR tidak diberi layanan yang samarata dengan ADUN DAP, mereka pun meletak jawatan dan Barisan Nasional menerajui negeri Perak. Beliau tidak merasa hairan jika selepas ini ada ahli yang keluar beramai ramai.

Zul menjelaskan sepanjang pentadbiran DAP di Pulau Pinang, parti itu tidak membuat apa apa melainkan mencari kesalahan kerajaan terdahulu. Bagi beliau DAP adalah parti anak beranak dan YB Lim Guan Eng sendiri tidak diterima di Melaka menyebabkan beliau bertanding di Pulau Pinang.

Beliau menjelaskan Almarhun Ustaz Fazhil Nor telah melakukan perkara yang betul apabila bergabung dengan PKN tanpa DAP pada pilihanraya umum 1999. Selepas Almarhun Ustaz Fazhil Nor meninggal dunia, PAS dan PKR bergabung dengan DAP bagi menjatuhkan Barisan Nasional. Pakatan Rakyat tidak menjangka dapat memerintah negeri tetapi hakikat adalah sebaliknya.

Sekarang barulah sedar yang DAP ini tidak diperlukan lansung. Kita kena akui dalam Pakatan Rakyat ada idealogi yang berbeza. Kita ketepikan soal idealogi disebabkan kita nak jatuhkan Barisan Nasional.

Kita tidak bolih menafikan di Malaysia majoriti Ahli Parlimen Islam Melayu paliang ramai dengan UMNO 88 kerusi PKR 23 kerusi dan Pas 21 kerusi. Ahli Parlimen bukan islam 90 kerusi. Islam mempunyai 60 peratus kerusi dalam parlimen berbanding bukan islam 40 peratus.

Beliau berharap ketiga tiga parti islam melayu ini dapat duduk satu meja berbincang mengenai masa depan islam melayu dan beliau akan berusaha kearah itu supaya islam diterima semua pihak termasuk bukan islam. Kita kena tunjuk keadilan islam pada semua. sebagai contoh, orang india dan cina juga ada yang miskin, mengapa hanya orang melayu sahaja diberi bantuan? Sedangkan mereka juga berhak mendapat bantuan.

Ditanya kemana arah jika beliau keluar parti? Beliau menjelaskan, apabila berlaku barulah beliau umumkan dan setakat ini beliau masih lagi Ahli Parlimen PKR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.